June 30, 2011

Habislah la sudey department outpatient (ACC DAN UPL)

Assalamualaikum=) .. Fuhhh lega, macam-macam perasaan rase di hati sanubari.huhu. Setelah hampir seminggu yang memenatkan akhirnye beres jugok. Department outpatient dibahagi kepada due di hospital Ganu nih, iaitu ACC ( bahagian ubat under Doktor Pakar) dan UPL (unit pesakit luar bagi ubat under bukan Doktor Pakar). Bagi tempoh seminggu itu, pada waktu pagi aku ditempatkan di bahagian ACC dan pada sebelah petangnye pule di UPL. Seperti biasa, 8am until 5pm kerja time. Letih wes =p ..huhu.. Ok, aku royak letihnye sebab di ACC la.di UPL relax je.. tobak sedak kalu kene posting kat department UPL je.huhu.. Kat ACC, kaunter obat dispensing dibuka awal pagi. Biasanya sampai kul 9am, bilangan patient yang datang masih sedikit, atas je pade pukul 9am, siap sedialah anda.huhu. Di ACC, kalo xsilap aku die bese kene buat kerja mcm ni, patient datang amik nombor giliran dengan membawa sekeping surat preskrisi dari Doktor pakar, then kertas tu letak dalam box plastik, after that, PRP, pegawai farmasi yang da sah jawatan or attachment student macam aku akan ditugaskan untuk filling obat tu. Hari pertama aku masuk ACC, bengong wase, dok tahu name2 obat sangat dan dok tahu obat tu ada kat bahagian mane, sket2 g tanye yg da berpengalaman sampaikan ada yang marah kot.huhu. Relax2, sabor2, aku bukannye keje doh,aku pulok bukanye majoring dalam clinical pharmacy, but TEKNOLOGI FARMASI. Dengan tulisan doktor yang macam nok tulis ke takbuh dok ahu, susoh patut nok bulih ke baca BUT bukan seme deh, ade je yang lawo2, aku rase yang lawo2 tulisan mesti Doktor puan.huhu..Tapi sekarang Alhamdulillah bahagian filling obat, g cari2 obat,labeling obat tu berapa kali patient kene amik, CALCULATION PASAL INSULIN jgak da dapat sket, credit to my cousin, pegawai farmasi U48 kt unit ACC jgak, kak Ida, dia ajor aku calculation.huhu. For example, Doktor nak 32 U insulin( ada banyak jenis tau : 30/70, insulatard etc, pen biru, kelabu). so kite kire macam ni, 32 u X 30 hari = A .. A dibahagi kepada 300 =B. so, B la kite amik berapa batang insulin kene amik.hehe..

Alhamdulillah3x, boleh dikatakan orang2 yg in charge kt bahagian ACC tu dari yang bawah sampai atas tidak lokek untuk membantu aku. Boleh dikatakan aku ada ZERO KNOWLEDGE pasal clinical tp sekarang Alhamdulillah da ok sket. Kire keje tahun depan insyaAllah dok la teruk sangat just kene more rajin la dari sekarang ni. Time atachment ni leh la main2 sket, kekgi time keje da dikatakan FULL TIME worker. hik3.. Dari simple2 things aku belajo jgak seperti amik no angka giliran, dispensing =p ( dengan bantuan tunjuk ajar kak ma(orang perok) dan kak wawa(orang mix kelate ganu).. harrr,satu lg, 1st day aku kat ACC aku pergi kat pandu lalu, di situ patient tunjuk kad je then amik obat then terus balik umah, dokyoh nok beratur2 susoh2 lame2..terbaikkkk gok laa.. Agak efficient di situ..

UPL,perghh waktu untuk refresh, tobak sikit orang dan tak tension keje, seyes, dok nawok seket pung.huhu..

Last but not least, thanks thanks alot orang2 yang da bantu aku selama di ACC DAN UPL seperti kak ida, hajar, najmi, abang roi(aka sepul je padahal,huhu),kak moh terbaikkk.huhu, semua penolong pegawai farmasi, bro latfi belanja minum pagi, kak wan upl, kak na mok zulsyahmin bandung, kak wawa &ma,owoh tobak banyok, seyes2, seme sedak sedak lake =)all la yang kat ACC dan UPL tu=) Terbaikkkk...=)

June 25, 2011

Jauh perjalanan luas permandangan

Assalamualaikum, syukur hingga ke saat ini aku masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup, moga tidak disia-siakan dengan bende2 tak berapa nok ilmiah org kate=).. Baru2 ni aku ada msg bro mutawalli,tanya die pasal solat camne kalo kaki aku berbalut,air wuduk tak sampai. Then dia ckp solat tetap solat tp qada' balik nanti bila ok.. Aku pikir2, kalo xsilap dulu aku ada 2hari berbalut kaki buku lali, aku solat tp tak qada' pun lg.so now aku da start qada' balik, dalam islam insyaAllah dimaafkan sebab baru tahu.

Setelah menjalani praktikal sementara di hospital, aku telah dapat meninjau sedikit sebanyak apa itu farmasi, bagaimana kerja sebagai pegawai farmasi nanti insyaAllah. I still remembered long time ago, aku seorang yang agak pemalu,kalo nk ckp dengan orang perempuan mesti nk tunduk kepale cepat2 (alim gile aku dulu =p , perasan lebihhh). Form 5 pun masih macam tu. A level berubah sket, start open sket tapi still pemikiran tidak matang. 1st year waktu di ITB bandung juga sama, agak pendiam sampai orang ckp aku 'alien' (some la). Then aku pikir2 balik, bahaya ni, nanti aku nk keje kene berurusan dengan perempuan jugak, bukan dengan lelaki je. so aku mula mengorak langkah cuba lebih open lg dengan perempuan. Farmasi la yg ajar kot.haha..sebab nk keje farmasi aku tengok kene banyak berinteraksi dengan perempuan.

Waktu dulu-dulu kalo keluar lepak dengan member lelaki mesti aku akan selitkan pasal awek, ni maybe boleh dikatakan survey aku, aku tengok kalo cakap pasal awek je respond yang luar biasa akan keluar, maybe sebab charge positif dan negatif kot..cepat2 je nok takkut(bhsa ganu)/lekat/attach. Patut la lelaki leh cair kalo dikasi awek seksi depan mata ke.hahaha..

Hoeayeh, esok praktikal lg.jom2 ready,cari segalan kelengkapan untuk besok.hehe..

sekian.

June 24, 2011

Indah permai suasana kampung

Alhamdulillah, indahnya dan tenang fikiran berada di kampung dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, mengamit ketenangan jiwa. Cuti adalah waktu untuk refresh balik energy yang hampir menurun. Next week agak penting sebagai 'bdak' attachment farmasi di Hospital Terengganu. ACC dan UPL. Itulah namanya, tempat ini penting untuk belajar secara cepat apa itu obat-obatan.huhu.

Hoayeahh, even buku lali aku masih sakit tapi insyaAllah rasenye sempat untuk tournament di uitm shah alam pada 21-25 julai 2011 ni. Aku mewakili ITB bandung.huhu..

Cuti hampir sebulan je lagi tinggal tapi pergi sekejap je kat bandung then balik semula raya. Route : Bandung ==> Singapore ==> Kuala Terengganu insyaAllah.

sekian=)

June 21, 2011

Photo-photo di CDR





Second day - CDR (21 jun 2011)

Assalamualaikum dan selamat malam .. =) Alhamdulillah, syukur bangun tidur hari ini kerana masih diberi peluang untuk menhirup udara pinjaman dari Allah. Hari ini, aku ditugaskan ke bahagian CDR atau well known as cytotoxic drug reconstitution. Ia melibatkan anti-cancer drugs seperti carboplatin yang mana clinically used as pallilation of ovarian cancer and its side effects such as bone marrow depression, nausea and vomiting. Basically, department sedikit sebanyak apply semi solid knowledge yang aku belajar time semester 5 yang merangkumi sterile suit, pass box, LAF, campur-campur obat. But, here it is more dangerous! why? This is because it's involving anti-cancer drug and very toxic. Biasanya PRP akan diajar satu kali then for the following preparation PRP akan disuruh untuk buat sendiri. PRP akan diposting di department ni for about 1 month. I think i dont like this department because it is dangerous.huhu. But i have to go through when i become PRP later on. Cara kerja dia macam sediakan kertas kerja dulu, buat formulation dia, calculation dan kemudian masuk ke ruangan CDR. Prepare segala macam alat dan bahan yang diperlukan. Semuanya disterilisasi menggunakan ethanol 70% dan akan di pass ke ruang dalam CDR melalui PASS BOX. Mcm biasa, campur2 obat tetapi perlu sangat berhati-hati dan jangan kasi ada cecair tu tumpah atau jarum syringe tu tertusuk secara tak sengaja ke body anda. BAHAYA BOH!! .. Then, siap2 seme, pass ke PASS BOX again, wrapping dengan aluminium foil, yang berkilat akan berada di luar, yang tak tberkilat dijadikan bahagian dalam.

Balik umah dengan motor around 5.30pm sampai kat umah, letih gila, tertdo sambil belom solat asar.huhu. Bangun tidur balik jam 6.30pm. Siap2 amik wuduk g solat asar. Solat isyak pada malam ini di Masjid Terapung, Kuala ibai, Kuala Terengganu. Lama tak g sana. Sebelom solat isyak ada tazkirah mcam biasa. Ada point yang agak penting menurut aku. Usatz tu kata, 3 golongan manusia yang tidak akan diganggu syaitan iaitu:

-Yang ikhlas
-Yang syukur dengan apa yg Allah kasi
-Dan yang redha akan Qada' dan Qadar Allah

Bagi aku, point di atas betul2 menyedarkan aku yang lagho ni, insyaAllah, kedepannya moga dok lagho2 doh = p ..

Malam telah hampir melabuhkan tirainya, esok kene g praktikal lagi kat pital bahagian TPN (total parenteral nutrition) plak.

Gd nite ^_^


June 19, 2011

isnin. 20 jun 2011 -MC

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Bangun pagi ni tak begitu tangkas.huhu. Buku lali kaki injured lagi, baru balik ngurut semalam.perghh pure, macam-macam rasa ada!.huhu.. Agak sedih, terpaksa MC hari ni. Tak apa, tak apa, insyaAllah esok even susah nak berjalan, akan digagahi juga kaki ni nak berjalan. Hoayeahh!!

1st day praktikal-TDM (Therapeutic drug monitoring)


Tong Tong toink toink, loceng jam handphone Nokia E66 berbunyi, ouh jam 6am tanggal 16 jun 2011. What a sleepy day! Haha. Al-maklumlah sudah biasa bangun jam 12 tengahari atau jam 1pm selepas solat subuh. Tetapi, aku mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum ke bilik air, ngeliat-ngeliat lu orang kate. Hehe.

Then, siap2 semua pakai baju, kereta Toyota Vios bernombor ‘siri’ TAK 94 meluncur di atas jalan melalui lorong-lorong Jalan Pulau Musang, Durian Burung, Gong Kapas etc dan stop di depan bangunan hospital yang diberi nama ACC. Tanpa membuang masa yang berharga, aku terus ke farmasi utama yang menempatkan TDM untuk daftar dengan ketua Farmasi di sana. Aku berada hampir 1 jam di situ tanpa berbuat apa-apa sementara menunggu pegawai Farmasi yang in charge dengan budak praktikal datang ke pejabat. Dalam sela waktu itu aku berkenal-kenalan dengan beberapa pegawai farmasi, PRP dan budak UKM yang turut buat praktikal di situ tetapi diorang telah masuk hari last day praktikal sedangkan aku baru 1st day nak buat praktikal si situ. ‘Eh, mcm kenal’, ada seorang kakak tu menyapa aku, tilik punye tilik rupanye dia adalah senior aku waktu A level medicine di INTEC dulu.huhu. What a small world. Namanya fatimah aka kak fatimah=). Aku duduk seketika kerana kak fatimah nk pergi breakfast. Dalam pada itu, ada seorang bro uia menyapa aku. Sembang-sembang jap die tanye aku main futsal ke tak, aku cakap aku main. Dia offer main dengan staff2 farmasi yang lain. What a great offer, boleh mengeratkan silaturrahim sesame=)

Hari pertama, aku ditugaskan di bahagian TDM atau dikenali juga sebagai therapeutic drug monitoring. Secara ringkas, “TDM is testing drug levels in blood to evaluate if a patient has too much or too little drug in blood or body. Too much drug can cause toxicity and too lttle can cause viral failure. Whether or not TDM can be useful is controversial and has not yet been established very well”. Kat department ni, dia more kepada pharmacokinetic knowledge. Nasib baik aku dah belajar last semester so xde la terkial-kial sangat nak paham apa yang abang2, kakak kt situ terangkan kat aku. Perkara-perkara seperti centrifuge, ‘RUN’, pipetting by using micropipetting etc. Generally, step yang terlibat di TDM adalah open PC,check order, terima sample, centrifuge 5 minit, then micropipetting 150 microliter except for phenytoin adalah 180 microliter. Kalau hasil centrifuge tu sedikit(tak sampai level yang dikehendaki), kita akan melakukan step ‘STAT’. Kemudian, langkah ‘RUN’ dijalankan. Tempohnya bergantung ada yang cepat ada yang lambat. Time ni kene masukkan dulu data seperti nama,no siri untuk memudahkan rujukan nanti. Selepas result da dapat, PRP akan melakukan calculation. Calculation ni aku pernah buat time belajar pharmacokinetic dulu iaitu multiple daily dose yang melibatkan Cmax, Cmin, steady state condition dll. Ada beberapa istilah seperti TR bermaksud therapeutic range, ML pula bermaksud measured level. Good range for Cmax adalah 4-10 dan Cmin pula ialah less than 1. If out of the range means toxicity will occur. Antara drugs yang agak famous adalah carcamazepine, cyclosporine, digoxin, gentamicin, Phenobarbital, phenytoin, theophylline, vancomycin dan valproic acid.

Last but not least, pengalaman kt TDM sangat berharga dan best =). Kakak2 dan bro semuanya helpful.