April 23, 2011

Keratan The Malaysian Insider-Hebatnya Kit Siang

24 APRIL — Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih teruja meraikan kejayaan besar parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak. Seperti yang dijangka percaturan DAP mempergunakan Pas dan PKR membuahkan hasil.

Rasanya keyakinan Kit Siang melonjak dengan misi DAP akan mencapai kemuncaknya pada pilihan raya umum akan datang. Semuanya kerana formula beliau memainkan sentimen perkauman melampau telah memikat pengundi Cina.

Ketika Perdana Menteri, Najib Razak komited menyatukan pelbagai kaum, Kit Siang membakar sentimen kaumnya. Pendekatan DAP menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan dan menafikan orang Melayu, amat berbahaya. Seingat Awang, DAP tidak pernah bersuara membela nasib orang Melayu yang miskin terutama di luar bandar. Perhatian kepada kaum India juga sekadar di bibir.

Sebab itu, Awang menganggap DAP adalah parti paling rasis. Berselindung di sebalik slogan demokrasi dan kesamarataan untuk semua kaum tetapi agenda utama parti itu hanya untuk kaum Cina. Pemimpin dan ahli kaum lain seperti India dan Melayu, hanya menjadi tukang seri.

Pada hari ini, ramai melihat DAP adalah parti milik Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Awang masih ingat cakap-cakap sebelum ini bahawa Kit Siang seorang diktator dalam parti. Beliau tidak boleh ditegur. Beberapa pemimpin DAP yang berkualiti terkeluar daripada arus perdana parti itu sejak lebih tiga dekad lalu hanya kerana mengkritik kepimpinan Kit Siang.

Dari segi strategi, Awang tahu sangat muslihat beliau. Orang Melayu yang pendek akal sahaja akan termakan umpannya. Awang juga tidak gundah atas apa sahaja dakwaan, tuduhan apatah lagi provokasi beliau. Kit Siang sendiri adalah politikus yang tidak sebersih mana. Khabarnya, ada kisah tertentu tentang beliau yang mula jadi bahan bualan. Partinya juga banyak kepincangan dan keburukan. Terbaru, Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin dan aktivis parti itu bagi mengaut banyak projek. Kerja-kerja yang sepatutnya milik kontraktor bumiputera kelas F juga disapu.

Itu yang kebetulan terdedah dalam siasatan suruhanjaya. Tidak mengejutkan jika lebih banyak berlaku salah guna kuasa di Selangor dan Pulau Pinang. Bayangkanlah kalau DAP memerintah lebih lama di negeri-negeri itu, bukan sahaja kaum lain akan ditindas seperti berlaku di Pulau Pinang malah rasuah menjadi parah.

Padanlah Kit Siang selama ini bermati-matian mengalihkan isu kepada kematian Beng Hock bagi menutup pokok persoalan iaitu siasatan SPRM terhadap rasuah dan salah guna kuasa parti itu. Bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru?

Persoalannya lagi di mana integriti DAP dalam melawan rasuah yang sepatutnya menjadi contoh dan kalau benar kononnya parti itu mencerminkan pemikiran kaum Cina?

Apa pun, Kit Siang harus memikul tanggungjawab jika sesuatu yang buruk melanda negara akibat daripada sentimen perkauman dahsyat yang beliau corakkan.

Bisik-Bisik Mingguan awang selamat — Mingguan Malaysia

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

*THINK 1ST BEFORE ACCEPTING IT.

Pelik tapi benar!

Ape yg peliknye?Ape yg benarnye?huhu.. Aku duk perhatikan, aku berada di dunia yang aneh! Kenape wes, kenapa bro? Har, mcm ni.. Kalo diperhatikan, wah bagusnye die,agama bagus,akhlak pun bagus. DI DEPAN mate la! Segala kegiatan agama die join.Salute! Tapi sifat die berkawan,kalo die ade kepentingan dengan kite mcm2 'offer' kite dpt. Makan free? Pujian? Perhatian yg lebih? Mak ai, complete noo... Tapi apabila hajat 'sebenar' die, die xdpt, kebalikan dari semua tu akan berlaku. Alangkah lucunye anda wes! =).

Macam2 sifat org deh. Ada aku jumpe mak cik tu. Dia ckp kat aku, mak cik suke die tu, kalo buat menantu bagus. Aku jd terpikir,apa ke hal plak mak cik ni! Dia kasitahu aku, sebabnya adelah die kaya. Kalo dpt die uihhh banggenye mak cik. Entah ape aku nk ckp alik, GELI GILE WES aku dengar!!!

Moral of the story: Tak boleh ke berkawan kerana Allah? Terima seadenya? terima kekurangan dan kelebihannye? Oh ye, aku jd teringat kata2 ni. Berhati2 anda kalo berjumpe dengan jenis orang yang mengumpat tentang keburukan teman die di depan anda kerana 100% die akan melakukan hal yg same di depan orang lain tentang anda! Renung2kan dan selamat beramal=)

April 22, 2011

Salah satu Blog Dr.Mahathir

http://chedet.co.cc/chedetblog/

Doctor Mahathir Tokoh Pemodenan Malaysia

Salam sejahtera,selamat petang =). Oh, politik lg,xde kej lain ke har?oppss sori, ini tidak ada kene mengene antara politik, yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Siapakah orang ini? Pada mulanye aku anggap die cume orang biase tapi setelah banyak kritikan, sanjungan etc yg diberikan kpd beliau, hati aku tertarik untuk tahu sedikit sebnyak tentang orang ini.. Ada yang bilang die racist, ade yg bilang die menggunakan duit negara untuk kroni,etc..

Buku karangan beliau yg pertame skali aku bace adalah 'Malay Dilema'. Banyak point2 menarik yg ada dalam buku tu. Dipendekkan cerite,bergunalah untuk renungan masa depan. Dikala org ramai yg marah kepada beliau, aku jadi terpikir, DENGAN IZIN ALLAH PASTINYE, kalo orang ni xde adakah Malaysia kebanggaan rakyat pada mase sekarang ni akan maju dan disegani dunia? Pendapat aku adalah TIDAK!!.. Oh, Blackberry baru,eh eh, i-Phone. canggih la hang mat, eh umah kome da ade internet?isk isk, jom facebook, friendster... Tidakkah anda terpikir ideas siapakah DENGAN IZIN ALLAH PASTINYE yg banyak memajukan lg Malaysia ke depan?!!Petronas,proton,MSC, KLCC, etc.. siapa yang tidak kenal? Kemajuan negara mostly disumbangkan oleh bende ni semua. Anda dpt biasiswa dpt belaja di United Kingdom.Idea siapa? Dan banyak lg hasil dari pemikiran orang ini.. So, hopefully korang yg banyak sangat condemn pasal orang ni berfikirlah balik.Selama aku memerhatikan sejarah Malaysia belum ada yg betul2 dpt menandingin kehebatan care kerja beliau.. Kalau ditanye adakah beliau patut jd PM Malaysia lg, jawapan aku adalah YES. Segala kekurangan dan kelemahan diperbaiki lg.

Jangan ckp aje lebih, hasil kene ade..

April 21, 2011

Apa nak jadi dengan Doctor di Malaysia?

Assalamualaikum, salam hormat semuanya=). Sebenarnya, da lama terpendam, duk pikir kenapa sistem ON CALL tidak diubah? I means care keje doctor. Bayangkan keje 24jam plus kene keje lagi keesokan harinye. Dengar kate nk jage kualiti, so mcm mane doctor nk productive kalo xleh focus?Sape leh focus kalo 1 hari xtidur bro? Kucing pun akan tidur. Cuma 'ikan' je buat2 tidur..

Kenapa sistem SHIFT keje x dibuat seperti nurses?? kenapa? kenapa? Biarkan soalan tergantung. Saya suke =). Then, keluar isu doctor ramai bekerja di luar negara. Dunia semakin dinamik =)

April 18, 2011

Mood terjun ke bawah

Assalamualaikum my fellow friends out there=)
Sori title kurang manis.. huhu.. 14 April 2011 adalah tarikh yang agak mendebarkan bagi aku.. Aku terlambat sampai ke kelas 20 minit. Apabila jari jemari ini cuba untuk membuka pintu ruangan kuliah, tiba-tiba,krek krek, tak dapat dibuka. Perasaan cemas mulai menguasai diri. Kelas pada pagi hari itu sangat penting kerana briefing lab untuk 19 April 2011. Akibatnya, aku tidak dibernarkan memasuki praktikum dan berita yang paling sedih kalau tidak dapat cari waktu yang kosong untuk buat lab maybe lab akan ditangguhkan untuk dibuat sewaktu musim cuti! Dugaannn, i just accept it=) Akan ada hikmah pastinya. Sape suruh datang lambat ke kelas.huU. Actually, itu adalah 1st timer aku datang lamabt sket ke kelas. Kebiasaannya aku datang awal ke kelas. Itulah namanya takdir=). Sebagai contoh, ada satu kes, mamat ni suke sangat kt motor die. Tiap2 hari kalo pergi mane2 tempat pasti dikunci lebih untuk safety. Tetapi, pada satu hari tu mamat ni lupa nk kunci lebih motor die. Tup tup, lesap motor die.haha Itu namanya takdir=) Just B redha. InsyaAllah, akan mematangkan lagi ke depannya insyaAllah. Ditambah, cik AR yg banyok ckp suruh sabar even dalam hati ni bercelaru je fikiran.huhu..

Oyeah, esok lab last untuk physicochemistry. Kenapa aku lega? Sebab dalam seminggu tu ada 4 lab dan satu lab akan memakan masa 4 jam secara am nya. Letih wes. haha. Tahu la nama pun teknologi farmasi tapi agak2 r wes.huhu.. Then, 24 April 2011 insyaAllah will go to karawang stadium, gonna watching safee saliii kick the ball.haha

Mata yang BULAT ini makin mengecil,menandakan waktu untuk tidur.huhu..yeeezaaaa,gd nite everybody=)

April 3, 2011

Malam yang full

Assalamualaikum dan salam sejahtera=)..

7pm, lepas solat isyak cepat2 aku pergi naik atas rumah member nak tengok bola Pelita Jaya versus Persijab.. @ minit ke-10, sebagaimana sinonimnya dengan Safee Sali, gol tercetak juga melalui tendangan gunting yang cantik untuk memberikan gol pertama buat pelita jaya. Congrates=). Kemudian, gol kedua pelita jaya diperolehi dari Joko, pemain muda Indonesia yang berbakat besar. Jadi, score akhir 2-0 dengan perlawanan dimenangi oleh Pelita Jaya. Overall, aku just nk komen gol safee sali walaupun cantik namun menurut aku agak berbahaya kerana kemungkinan kaki dia untuk terkena players lain agak besar. Aku pernah tengok time Pelita lawan Persib bandung kaki safee sali hampir terkena pemain Persib, bukannya kene bola! so, menurut aku tindakan yang sebegitu agak berbahaya. Hopefull, gol cantik dengan cara lain seperti sepakan dari kotak penalti atau tandukan dapat dihasilkan.

Latest news, hujan lebat sebentar menengelamkan bandar Medan. Diharapkan keadaan di sana kembali normal. Oh ye, malam ni ada anugerah ABH ke? Sebab lagu anuar zain 'sedetik lebih' banyak orang uag post kat facebook. Layan jugak lagu ni.huhu..

Malam makin larut, esok ada kelas. So, jom kita masuk tidur. hehe

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Mengisi masa lapang

Assalamualaikum.hei hei. hehe.. Petang yang indah, rase tenang melanda diri ini. Dapat chatting dengan someone nung jauh di sana. Hoho..
Sambil menelaah pelajaran Pharmaceutical Solid technology, dibantu dengan line internet yang agak baik maka dapat mendengar radio era.fm secara live non-stop.. Tadi time tengok youtube, ada new utuber dengan nickname aimanazlan90. Dia banyak membuat video berkaitan dakwah.Bravo bro=)

haishh, lamanya result exam 1st nak keluar. huhu. bukan apa, just takut dengan result exam. InsyaAllah tawakkal jela.. Maybe besok 4 april 2011 result akan keluar. Kalo da dapat result exam yang 1st baru senang sket nak prepare untuk exam kedua (final exam) yang dijangka pada bulan mei ini. mei? mei? hoho. Itu menandakan jun telah hampir.hehe. Malaysia,wait for me=) Tak ade alasan lagi untuk berlengah-lengah. Sikit je lagi then cuti 2 bulan lebih menjelma insyaAllah. Oh ye, tadi baru berbalas komen di Fb dengan kawan yang belajar di meiji University,jepan. Dia da balik malaysia dan akan bekerja kat s.alam nanti. Congrates bos=)

Hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah. Talk less, do more. Jom study study.hehe..