September 30, 2011

Perjuangan yg hakiki adalah mencari keredhaan Allah

In this world i realised that so many people talking about money, why not we talking about death. We all will die too. please please remember that ''akan datang pada akhir zaman penyakit wahan, para sahabat bertanya,apa itu ya Rasulullah? cintakan dunia dan takot mati''

Renung-renungkan dan selamat beramal=)

Dr Asri : La Tahzan (Jangan Bersedih)

link : http://www.youtube.com/watch?v=SKTKkfyKiXg&feature=related

AR=)

September 28, 2011

Ustaz Azhar Idrus - Nikah Khitbah (Gantung)

link: http://www.youtube.com/watch?v=-JvpNrNp3aA&feature=related

Tips mencari jodoh yang baik

link : http://www.youtube.com/watch?v=ydAUnWgDAK4&feature=related

Ustaz Azhar - Cara Berkawan, bertunang sebelum kahwin

link : http://www.youtube.com/watch?v=SGX7oBkdPNM&feature=related

September 27, 2011

PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON BG 2011 :

PERATURAN AM
1.1 Peraturan berkenaan pertandingan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal.
1.2 Sebarang kejadian di luar dugaan atau tidak dinyatakan dalam peraturan akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa atas budi bicara.
1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Badminton Bandung Games 2011 adalah muktamad.

2 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN
2.1 10 Disember 2011, Bandung, Indonesia.

3 PENYERTAAN
3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua mahasiswa MALAYSIA di seluruh Indonesia.
3.2 Setiap cawangan hanya boleh mendaftarkan 1 pasukan sahaja yang terdiri daripada :
Perseorangan lelaki - 1 orang
Perseorangan wanita - 1 orang
Beregu lelaki - 1 pasang
Beregu wanita - 1 pasang
Beregu campuran - 1 pasang

4 KELAYAKAN PESERTA
4.1 Peserta mestilah mahasiswa dari Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia.
4.2 Semua pasukan hendaklah menghantar nama peserta disertakan salinan passport kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup yang ditetapkan oleh penganjur.
4.3 Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum taklimat pengurus sahaja.
4.4 Peserta yang didaftarkan oleh suatu pasukan mestilah dari cawangan sendiri. Pemain import dari cawangan lain adalah DILARANG sama sekali.

5 TAKLIMAT PENGURUSAN PASUKAN
5.1 Taklimat pengurus pasukan akan diadakan 1 hari sebelum pertandingan pertama dijalankan.
5.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta yang akan bermain bersama passport asal untuk disahkan.
5.3 Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan adalah TIDAK DIBENARKAN.
5.4 Senarai peserta yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad.

6 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
6.2 Permainan akan dijalan seperti Piala Sudirman.
6.3 Setiap pasukan akan bermain 5 pertandingan; perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

7 MENENTUKAN KEMENANGAN
7.1 Permainan akan dimainkan dengan sistem kiraan 21 mata atau Rally Point Scoring System. Pemain yang memenangi 2 permainan adalah dikira pemenang pertandingan.
7.2 Pasukan yang memenangi 3 atau lebih pertandingan akan dikira pemenang peringkat tersebut dan akan ke peringkat seterusnya.
7.3 Pasukan yang memenangi peringkat akhir akan dikira pemenang Pertandingan Bandung Games 2011.

8 KELEWATAN
8.1 15 minit akan diberikan kepada semua pasukan.
8.2 Jika selepas masa itu salah seorang pemain dari pasukan itu tidak hadir maka pasukan berkenaan akan dikira menarik diri dari pertandingan.

9 PAKAIAN PESERTA
9.1 Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan pertandingan.
9.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal amat mengharapkan agar pemain dapat memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

10 PENANGGUHAN
10.1 Sekiranya terjadi permasalahan yang tidak mengizinkan pertandingan untuk diteruskan, maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.
10.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal BERHAK menangguhkan atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu diberitahu ATAU secara serta-merta.

11 BANTAHAN ATAU RAYUAN
11.1 Sebarang bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh pengurus pasukan secara bertulis kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal tidak lewat daripada 30 minit sebelum sesuatu perlawanan itu dimulakan.

Semester 7 agak pack! =)

Hurmmm, better be busy so can finish this semester faster =p .. My hand is still in pain!! its ok bak kata Pak Sigit.

Several things need to be settled down slowly such as UTS 1, Lab works, reports, revision, TA 1 proposal, Ganesha Badminton Championship, UAS, Bandung Games 2011 and and January 2012 insyaAllah will go back to Malaysia for a few weeks resting! =)

AR =)

September 25, 2011

I think it's enough for me, now is time to study!

Assalamualaikum. Moga kalian semua sentiasa di bawah keredhaan Allah. ''Jauh perjalanan luas pengalaman'', itulah yang boleh diungkapkan sekarang ini. Dalam meniti hari sebagai seorang hamba Allah di atas muka bumi ini, terasa diri begitu kerdil sekali. Seringkali ungkapan ''moga hari ini lebih baik dari semalam'' kedengaran sayut di ruang telinga, aku jadi terpikir adakah hari-hari yang aku lalui semakin bertambah baik atau sebaliknya? Jauh aku merenung ke dalam ruang masa, aku merasakan diri ini masih terlalu jahil dengan sikap acuh tak acuh selama menjalani hidup di dunia ini. Mohon ampun ke atas keterlanjuran samada dalam percakapan, pergaulan dan sebagainya. Bak kata pepatah,''berkawan biar ramai, musuh seorang jangan dicari''. Let says kita telah melakukan yang terbaik dalam hidup tetapi orang di sekeliling kita seolah-olah masih tidak puas hari kepada kita, aku rasa perbuatan yang terbaik untuk dilakukan adalah just let it be like that. Kita bola menutup mulut tempayan tetapi mulut manusia siapa yang boleh. Dalam usaha masih mencari 'tapak' untuk meneruskan hidup ini pastinya jalan yang dilalui akan penuh berliku yang akhirnya akan dinikmati dengan kemanisan insyaAllah. Ya Allah, aku memohon keampunan kepada-Mu di atas segala dosa-dosa yang aku lakukan selama ini samada secara sengaja atau tidak sengaja, rahmat-Mu begitu luas ya Allah. Tetapkan keimanan aku di mana jua aku berada di atas muka bumi ini.

Alhamdulillah, sampai saat ini aku masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan di dunia ini, aku berharap ''hidup hanya sekali di dunia'' ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Aku bukannya alim ulamak, aku bukannya penghafal Al-Quran, aku bukannya pintar, aku bukannya siapa-siapa TETAPI aku adalah diri aku. Aku redha dengan nikmat kesenangan dan kesusahan yang menimpa ke atas aku. Moga semakin mematangkan aku ke depannya InsyaAlah. Jadi aku minta maaf kepada semua jika ada sesetengah dari anda yang berasa tidak puas hati. Eventhough aku bukan budak sekolah agama tetapi insyaAllah aku paham lagi adat ketimuran. Aku harap kita berkawan. bercinta biarlah ikhlas. Apa yang dilakukan sehari-hari janganlah dipaksa kelak merana diri sendiri. Just try to be the best among the best!

Moga semester 7 ini bermula dan berakhir dengan keputusan yang baik insyaAllah. Mohon doa semua saudara2 seagamaku untuk mendoakan kejayaan kita semua bersama. Aja aja fighting!!

Wslm.

September 23, 2011

MAN JADDA WAJADA

Barang siapa bersungguh-sungguh pasti ada jalan / terwujud (MAN JADDA WAJADA)

Dalam firman Allah Surat Ar rad ayat 11 ditegaskan : ” Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka

sendiri ”.
Dari Alqur’an dan hadist tersirat bahwa pewujudan keadaan yang membuahkan hasil adalah
kemampuan manusia berpikir untuk meyakinkan dirinya yang terbaik sehingga dapat mewujudkan cita-cita, tentunya sebagai kemurahan Allah SWT. Berarti manusia tidak boleh mudah menyerah dengan tantangan, hambatan dan kesulitan hidup dan harus dijalani dengan rasa optimis.
Memang sifat manusia yang tidak tetap adalah cepat mengharap kebaikan namun cemas bila menghadapi kerugian.
Dalam firman Allah Surat An Anfaal ayat 74 dikatakan bahwa :
“ orang-orang yang beriman, orang-orang berhijrah, orang-orang berjihad pada jalan Allah, orang-orang yang memberikan tempat perlindungan dan pertolongan, mereka itulah orang-orang yang sebenarnya beriman, mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia”.

Beberapa kiat guna membangun keyakinan diri :
1. Hargailah dirimu dengan wajar.
Miliki konsep yang benar mengenai dirimu. Bukan hanya orang lain yang penting, tapi kamu
juga penting. Yakinlah bahwa kamu lahir ke dunia dengan potensi untuk meraih yang terbaik.

2. Ubahlah apa yang bisa kamu ubah, tapi terimalah apa yang tidak bisa diubah.
Rasa percaya dirimu akan terkikis kalau kamu terus memaksa perubahan atas apa yang tidak
bisa diubah.

3. Belajar bertanggung jawab terhadap perilaku.
Jangan mudah menyalahkan orang lain. Bertanggung jawab terhadap apapun yang dilakukan.
Katakan benar bila itu memang benar dan katakan dengan benar meskipun hal itu suatu
kesalahan, maka semua itu akan benar.

4. Bersikap positif terhadap kehidupan.
Ibaratnya hidup ini seperti air yang jernih, dan ia akan berubah warna tergantung warna apa
yang kamu tuangkan kedalamnya. Hidup ini ringan kalau kamu menganggapnya tidak berat.
Persoalan-persoalan kehidupan adalah senda gurau belaka, jangan dianggap sebagai racun
yang merusak dan melumpuhkan. Hidup ini bisa tampak indah sejauh mata tidak terfokus pada
awan yang kelabu.

5. Bacalah potensi diri.
Dengan keterbukaan potensi diri yang baik maka akan tumbuh kepercayaan diri.

6. Berani mengambil risiko.
To hope is to risk pain. To try is to risk failure. But risk must be taken, because the greatest
hazard in life is to risk nothing ( Leo FB). Seperti ungkapan Roosevelt : “The only thing we have
to fear is fear it self”. Jangan jadi penakut !!!

7. Bersikaplah realistis.
Hidup harus dijalani dengan apa adanya sesuai kemampuan diri jangan terlalu ingin melebihi
orang lain dengan cara yang tidak baik. Jalani dengan doa dan usaha maka akan memperoleh
yang terbaik.

8. Jadikan keresahan sebagai kawan.
Banyak peristiwa atau saat-saat dalam hidup yang membuat cemas / gelisah yang dapat
menimbulkan krisis kepercayaan diri. Ingatlah rasa cemas dan gelisah adalah “kawan” yaitu
desakan untuk beradaptasi dan berubah. Gunakan energi, kecerdasan, kewaspadaan daripada
membuangnya hanya untuk kecemasan yang berlebihan. Lebih baik hadapi tantangan secara
tegas dan berkesinambungan.

9. Tingkatkan iman kepada Tuhan Yang Maha kuasa.
Rasa percaya diri yang kokoh harus dibangun di atas fondasi yang kuat yaitu keimanan. Dan
belajar bersyukur dalam segala keadaan. Hati yang penuh dengan ucapan syukur akan
membuat hidup lebih ringan, pikiran lebih jernih dan perasaan lebih nyaman sehingga
mengendalikan perasaan bukan lagi beban yang berat.


source: http://yoshie99aulia.wordpress.com/2007/11/20/barang-siapa-bersungguh-sungguh-pasti-ada-jalan-terwujud-man-jadda-wajada/

September 18, 2011

Ubat anda@.@

Setiap manusia yang hidup zaman sekarang ni, boleh dikatakan hampir semuanya pernah memakan bahan kimia yang dinamakan sebagai ubat. Jadi sekarang aku nak berkongsi tentang asas-asas dan perkara-perkara yang anda perlu tahu setiap kali anda menggunakan ubat-ubatan atau alat-alat yang berfungsi untuk memasukkan sebarang jenis ubat ke dalam badan korang.

Terlebih dahulu, sedikit pengenalan tentang terminologi/istilah dalam bidang farmakologi (kajian tentang ubatan) dan perubatan (kajian tentang penyakit dan cara2 mengubati penyakit). Dalam bidang farmakologi, kebiasaannya anda akan bertemu dengan tiga kumpulan bahan kimia iaitu:

(a) dadah - sebarang bahan kimia yang boleh menyebabkan perubahan dalam fungsi dan keadaan normal badan. Contohnya, perindopril boleh menurunkan tekanan darah, morfin boleh menyebabkan halusinasi dan khayal

(b) ubat - bahan kimia yang digunakan untuk mengubati penyakit ataupun tanda-tanda penyakit. Ubat mungkin digunakan untuk mengawal penyakit dengan cara mengubah fungsi dan keadaan normal badan (contoh: atenolol boleh menurunkan kadar denyutan jantung), dan juga mungkin digunakan dengan tujuan untuk menghapuskan punca penyakit (contoh: penisilin digunakan untuk membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan).

selain daripada ubat yang kita sapu (for external use) atau yg disuntik, kebiasaannya ubat yang kita makan ni akan melalui proses macam ni:

- penyerapan, kalau makan melalui mulut ubat tu hancur kat perut, pastu diserap masuk kat perut @ usus, bergantung kpd sifat asid/alkali ubat tu.

- distribution/pengedaran, ubat tu diserap masuk ke dalam salur darah, kemudian ubat tu dibawa ke seluruh badan mengikut aliran darah. jadi semasa proses distribution ni, ubat akan sampai ke pelbagai organ - hati, limpa, jantung, otak dan sebagainya

- metabolisma, ubat tu dibawak ke organ kemudian diproses oleh organ (kebanyakan ubat diproses di hati).Masa kat sini ubat tu akan mengalami salah satu daripada perubahan ni: jadi inactive metabolite ataupun active metabolite. Inactive metabolite akan disingkirkan daripada badan, kalau active metabolite pulak akan bahan aktif yang berfungsi untuk mengubat penyakit.

- penyingkiran daripada badan. Ubat yang berada dalam aliran darah akan disingkirkan sama ada melalui hati ataupun buah pinggang.


(c) racun - bahan kimia yang mengakibatkan kesan toksik yang boleh menyebabkan ancaman terhadap nyawa, ataupun mengakibatkan kerosakan terhadap tubuh badan. Contohnya: racun rumpai (paraquat), dan juga gas sarin yng boleh melumpuhkan saraf.

Cuba fikirkan situasi di bawah

Paracetamol merupakan bahan kimia yang melegakan kesakitan dan menurunkan suhu badan, oleh itu John yang mengalami demam panas menelan 30 biji paracetamol. Akibatnya, beliau terpaksa dimasukkan ke hospital kerana paracetamol yang berlebihan menyebabkan kerosakan hati yang serius.

Ok, nampak tak? Paracetamol, melegakan kesakitan dan menurunkan suhu badan (ciri-ciri dadah - menyebabkan perubahan dalam fungsi badan), lalu digunakan sebagai ubat untuk meredakan tanda-tanda penyakit (demam panas) yang dialami oleh John. Tapi disebabkan memakan paracetamol melebihi dos yang ditetapkan (max dose bagi paracetamol: 4 gram/sehari bagi orang dewasa = 8 tablet), beliau mengalami kerosakan hati (kesan keracunan, paracetamol menjadi racun kepada beliau). Apa yang aku nak cakap, suatu bahan kimia boleh jadi dadah, ubat ataupun racun bergantung kepada situasi dan cara ia digunakan. Tapi ada jugak bahan kimia yang sekadar bertindak tak lebih sekadar racun dan juga dadah, contoh macam gas saraf, racun rumpai dan racun serangga, tetapi bagi kebanyakan bahan kimia yang digunakan untuk tujuan perubatan memiliki sifat-sifat dadah, ubat dan racun.

Baiklah, bila korang rasa badan tak sedap (contoh: suhu badan tinggi, cirit-birit ataupun ruam), ataupun bila korang mengalami keadaan yang memerlukan bantuan doktor (contoh: sesak nafas, pitam, sakit kepala, luka kemalangan dsbnya), setelah doktor melakukan pemeriksaan ke atas badan korang, maka selalunya lepas tu akan dapat ubat lah kan, selalunya dijual kat klinik doktor tu ataupun doktor bagi korang kertas yang bertulis senarai ubat-ubat yang korang kena makan (kertas ni digelar sebagai preskripsi) pastu korang pun bawak preskripsi tu ke farmasi, kemudian ahli farmasi akan memberikan ubat-ubat yang korang kena makan, tanya korang sama ada korang pernah makan ke tak ubat tu seterusnya penjelasan berkenaan ubat tu akan diberi (proses bagi ubat, temu ramah pesakit dan penerangan lengkap tentang ubat-ubat tu digelar sebagai proses pendispensan/ dispensing). Sekarang, katakanlah korang dah berdepan dengan ahli farmasi di depan kaunter, dan dah ada ubat-ubat yang perlu dimakan depan korang. Maka, berikut merupakan perkara-perkara penting yang perlu diberitahu oleh ahli farmasi tu kepada korang sebelum korang ambik dan makan ubat tu. Kalau ahli farmasi tu tak bagitau, aku galakkan supaya korang tanya, ok. Perkara2 tersebut ialah:

1) Nama ubat.
Setiap ubat yang dibekalkan akan mempunyai dua nama, satu nama ialah jenama yang diberikan oleh syarikat pengeluar ubat dan satu lagi nama generik (nama generik - nama ubat yang digunakan secara antarabangsa, maksudnya kalau kita bagitau nama generik ubat tu kepada mana2 doktor walaupun berlainan negara, dorang akan tau kegunaan dan jenis ubat tu). Contoh, Panadol (jenama), paracetamol (nama generik). Sila pastikan korang diberitahu nama ubat tu, both generic dan jenama, kemudian hafal nama yang paling mudah korang ingat. Perkara ni penting untuk rujukan pada masa depan kalau2 lepas korang makan, tiba-tiba korang alergik pada ubat tu, so kalau ingat nama ubat tu nanti lain kali boleh la doktor elakkan daripada bagi ubat tu.

2) Berapa kali, berapa lama dan berapa banyak kena makan ubat tu?


Ada ubat yang kena makan sekali sehari, dua kali sehari, tiga kali sehari. Ubat yang diberikan jugak selalunya ada jangka masa tertentu, kalau antibiotik contohnya selama seminggu. Ada ubat yang kena makan sebijik, dua bijik ataupun tiga bijik, kalau ubat cair ada sukatan ikut mililiter pulak. Jadi pastikan dos dan sukatan ubat diberitahu kepada korang.

3) Kegunaan ubat tu.


Korang dah jumpa doktor, dan katakanlah korang terkena jangkitan kuman. Maka ubat yang diberikan kepada korang ialah Augmentin (jenama)/kombinasi Amoxicillin & Clavulanic Acid (nama generik). Maka pastikan korang diberitahu, yang ubat tu bernama Augmentin, dalam tablet tu terdiri daripada gabungan amoxicillin dan clavulanic acid, yang bertujuan untuk membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan.

4) Kesan ubat tu kepada badan korang.


Sambung balik contoh kat atas, bila terkena jangkitan kuman, biasanya korang akan mengalami demam ataupun bengkak di bahagian tertentu pada badan. Jadi pastikan korang diberitahu apa yang akan jadi pas korang makan ubat tu - Augmentin akan membunuh kuman yang mengakibatkan jangkitan, jadi suhu badan korang ataupun bengkak kat kaki atau tangan atau mana2 jela kat badan korang akan surut dalam lingkungan 3 atau 4 hari. Di samping itu, augmentin jugak mempunyai kesan sampingan - kulit akan jadi kering dan merekah, kebiasaannya di kawasan yang membengkak atau bernanah. Jadi sekiranya kesan sampingan ni menyulitkan dan menyebabkan korang rasa tak selesa, korang mungkin perlu bagitau dan hubungi balik doktor@ahli farmasi untuk tindakan yang selanjutnya. Augmentin jugak kadang2 menyebabkan ruam-ruam (tanda alahan kepada ubat tu), jadi korang kena bagitau doktor @ ahli farmasi kalau hal ni berlaku - jadi mungkin korang kena makan ubat yang lain

5) Cara nak guna ubat tu.


Ada ubat yang perlu dimakan, ada yang perlu disapu, ada yang perlu dititik, ada yang perlu disuntik - pastikan korang diberitahu secara lengkap tentang cara nak guna ubat tu. Kalau ubat tu kena makan, Selepas makan atau sebelum makan? Sesetengah ubat tak boleh diambil bersama makanan, sebab ubat tu mungkin melekat pada makanan dan akibatnya tak banyak ubat dapat diserap ke dalam makanan. Ada jugak ubat yang kena diambik bersama makanan, sebab ada sesetengah ubat boleh menyebabkan pengeluaran asid yang berlebihan dan seterusnya sakit perut.

6) Cara nak simpan ubat tu.


Dalam peti sejuk? Kat tempat gelap? Kat dalam bekas kedap udara? Sesetengah ubat sensitif kepada suhu, udara dan cahaya, jadi memerlukan penyimpanan yang rapi. Tapi secara standard la, kalau ubat tablet atau capsule, asalkan kat tempat gelap dan sejuk (dalam almari ke), dah ok dah.

7) Amaran khas berkaitan ubat.


Ada sesetengah ubat menyebabkan mengantuk, jadi kena makan masa nak tidur. Ada ubat yang mengakibatkan sakit perut, jadi kena ambik lepas makan.

8) Tarikh luput ubat.


Pastikan korang diberitahu, sebab sesetengah ubat yang dibancuh sendiri oleh ahli farmasi di hospital (kebiasaannya dalam bentuk cecair) cuma boleh bertahan dalam tempoh 2 minggu je sebelum expired.

Baiklah tu perkara-perkara yang perlu diberitahu kepada korang masa ubat tu diberikan kepada korang. Sekarang, perkara2 lain yang secara umumnya korang kena ambil perhatian bila mengambil sesuatu jenis ubat.

1) Jangan gunakan ubat orang lain.


Contoh, kalau antibiotik korang habis, sakit tak sembuh lagi, tengok2 ada antibiotik member punya, korang sebat je antibiotik member tu, malas pergi klinik. Tak boleh buat camtu, sebab antibiotik tu mungkin berlainan jenis dengan yang korang makan, dan dos pun berbeza, kuman yang nak dibunuh pun berbeza. Dapatkan bekalan ubat baru di hospital atau klinik kalau ubat dah habis

2) Makan herba dan makanan tambahan bersekali dengan ubat.


Ada sesetengah jenis herba dan makanan tambahan boleh menyebabkan sesetengah ubat-ubat tak berkesan atau menjadi terlebih berkesan sampai mengakibatkan toksik. Jadi, beritahu doktor @ ahli farmasi kalau korang ada ambik herba @ supplement sekali dengan ubat tu

3) Kalau terlupa makan ubat..


contoh kena makan tiga kali sehari atau setiap 8 jam sekali. Makan pukul 12 tgh hari, 8 malam dan 4 pagi. Katakan korang terlupa makan pada pukul 12 tengah hari, tengok jam dah pukul 4. Jadi, takyah makan dah la ubat tu, dah lewat 4 jam, kalau lewat sejam atau dua jam baru teringat yang lupa makan ubat, boleh lagi makan ubat tu secepat mungkin.

Baiklah, tu lah sedikit sebanyak yang boleh aku kongsi, kalau nak lengkap lagi boleh ajukan pertanyaan kat aku, mana-mana doktor perubatan, ahli farmasi ataupun lawat website ni --> Know Your Medicine.

source : RX5 blog

Antibiotic.What u should know!

Antibiotik merupakan ubat yang digunakan untuk merawat simptom & tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Di kalangan profesional dalam bidang klinikal, antibiotik juga merupakan istilah yang digunakan khusus untuk merujuk kepada ubat yang digunakan bagi merawat jangkitan bakteria (contoh ubat: amoxicillin, ceftriaxone, gentamicin, vancomycin), manakala antifungal merujuk kepada ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat/fungus (contoh ubat: ketoconazole, fluconazole, itraconazole, anidulafungin, caspofungin). Antiviral pulak ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan virus seperti HIV, H1N1 (contoh ubat: oseltamivir, zanamivir. lamivudine, nevirapine). Dalam post kali ni, kita akan bercerita tentang antibiotik.

Pertama sekali, macam mana nak tahu sesuatu ubat tu merupakan antibiotik ataupun tak? Kebiasaannya doktor akan beritahu yang mereka akan beri anda antibiotik sebaik anda anda diperiksa oleh doktor, ataupun ahli farmasi akan beritahu jenis ubat apa yang anda terima masa ubat diberi kepada korang. Katakan semasa ubat diberi kepada anda, ahli farmasi tak bagi tau pun apa kegunaan ubat tu (perkara nitak patut berlaku, seriously perkara ni memang memalukan kalau berlaku) tapi kalau mereka tak bagitau, pastikan anda tanya ahli farmasi tersebut, apa kegunaan ubat tu. Dan pastikan pada bekas/sampul/kotak ubat tu ditulis dengan perkataan "antibiotik". Tapi katakan la anda baru balik daripada kerja/universiti/sekolah, sampai2 kat rumah tengok ada ubat kepunyaan ayah/mak/atau sape2 je, dan anda tak tau ape jenis ubat tu. Macam mana nak tau ubat tu antibiotik ke tak? Berikut merupakan cara mudah nak kenalpasti jenis2 antibiotik.

Bagi antibiotik jenis Penicillin, nama kandungan aktif (active ingredient) bagi ubat tu akan berakhir dengan imbuhan -cillin. Contoh: Amoxycillin, Cloxacillin, Ampicillin

Bagi antibiotik jenis Macrolides, nama ubat tu selalunya berakhir dengan imbuhan -thromycin. Contoh: Azithromycin, Clarithromycin

Bagi antibiotik jenis Cephalosporin, nama ubat selalunya bermula dengan imbuhan -cef. Contoh: Cefuroxime, Ceftazidime, Cefotaxime

Bagi antibiotik jenis sulfonamide, kalau kat Malaysia, paling common jenis ni Co Trimoxazole a.k.a Sulfamethoxazole + Trimethoprim a.k.a Bactrim

Baiklah, bukan tugas anda nak ingat nama2 ubat ni, terutama kalau anda semua bukan ahli farmasi. Langkah terbaik untuk tau jenis ubat ni, ialah dengan cara menghubungi ahli farmasi di hospital/kedai farmasi terdekat kalau nak dapatkan kepastian yang lebih lanjut, okeh.

Sekarang dah tau la sikit camne nak kenal ubat ni, melalui nama dia. Lebih baik sekarang kita straight away kepada fakta2 pasal antibiotik ni.

1. Bekalan ubat antibiotik perlu dihabiskan. Kalau anda dapat 42 butir, maka habiskanlah 42 butir ubat tu. Kecuali kalau antibiotik tu diberikan dalam bentuk cecair dan ahli farmasi bagitau anda , makan selama seminggu je, lepas tu tak perlu habiskan. Antibiotik perlu dimakan selama waktu tertentu untuk mengelakkan kuman daripada kebal terhadap antibiotik ni

2. Sesentengah antibiotik boleh mengakibatkan alahan dan kesan sampingan yang serius, terutamanya jenis penicillin dan cephalosporin. Kalau anda tiba2 dapat ruam kat badan atau sesak nafas lepas makan antibiotik, atau suhu badan bertambah melebihi 38 darjah selsius sebaik je lepas makan antibiotik, sila segera berjumpa doktor dengan segera

3. Minum banyak air kalau anda makan antibiotik, selepas 2 jam anda makan antibiotik tu. Sesetengah antibiotik dikeluarkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing, jadi banyakkan minum air untuk bersihkan buah pinggang anda .

4. Beritahu ahli farmasi/doktor kalau anda sekiranya anda ada masalah buah pinggang, atau mengandung ataupun menyusukan anak dan dalam masa yang sama antibiotik diberikan kepada anda. Sesetengah antibiotik tak sesuai untuk golongan ibu mengandung/menyusukan anak, dan pengubahsuaian dos diperlukan kalau pesakit ada masalah buah pinggang.

5. Pastikan anda bagitau ahli farmasi/doktor dan dapatkan nasihat mereka kalau anda nak makan makjun, ubat-ubat

source: RX5 blog

Actifed


Ubat selesema ni, pernah digunakan oleh kru misi penjelajahan angkasa iaitu semasa misi Apollo 7 dan Apollo 12.

Diformulasi kira-kira 53 tahun lepas, sampai sekarang ni pun Actifed masih digunakan sebagai ubat selsema di hospital, klinik dan farmasi. Formula asal Actifed ialah 60 mg pseudoephedrine dan 2.5 mg triprolidine. Pseudoephedrine bertindak sebagai pelega hidung tersumbat dengan cara merangsang pengeluaran noradrenaline yang mengecutkan salur darah dalam hidung so that mengurangkan jumlah histamine, sejenis bahan kimia yang bertenggungjawab dalam penghasilan hingus. Pseudoephedrine jugak bertindak sebagai stimulant untuk elakkan mengantuk, triprolidine pulak anti histamine yang menghalang histamine bertindak pada receptor dan seterusnya mengurangkan pengeluaran hingus. Secara teori, Actifed sepatutnya tak mengantuk tapi hakikatnya, memang mengantuk kalau makan ubat tu.

Memandangkan pseudoephedrine merupakan sejenis bahan kimia yang boleh dijadikan precursor untuk menghasilkan methamphetamine, maka sesetengah pengeluar Actifed sekarang dah gantikan pseudoephedrine dengan phenylephrine dan chlorpheniramine dalam produk mereka. Tapi kebanyakan pengguna komplen, new formulation ni tak berapa berkesan. Kat Malaysia pulak nampaknya dah bercampur, kat hospital masih pakai formulasi lama tapi kat retail farmasi dah ada yang jual formulasi yang baru.

Actifed tak digalakkan untuk diberi kepada penghidap darah tinggi, ulser perut, glaucoma, masalah buah pinggang atau hati, dan juga ibu mengandung. Boleh diambil sama ada sebelum atau selepas makan.

source: RX5 blog

Steven Johnson syndrome

Steven Johnson Syndrome senang cerita la, merupakan salah satu jenis reaksi alahan (allegic reaction) sistem pertahanan badan manusia terhadap ubat-ubatan ataupun ejen jangkitan (virus atau bakteria). Reaksi alahan ni kalau korang takde idea pasal apa yang aku maksudkan ni, contoh macam mak korang sapu sampah + debu kat dalam rumah, debu-debu berterbangan ke udara kemudian korang yang pemalas, duk main PS je kat depan TV, tersedut debu-debu tu. Lepas sedut debu, korang pun bersin. Haa, itu lah contoh paling mudah reaksi alahan. Bila sesuatu benda asing (debu, ubat, bulu ulat bulu, plastik atau ape2 jela) masuk ke dalam badan korang, atau tersentuh kat badan korang, sistem imun badan korang akan detect benda2 asing ni. Sistem imun badan manusia boleh detect, yang mana satu benda asing dan yang mana satu sel-sel badan korang sendiri. Kalau sel badan sendiri, sistem imun kita tak buat apa2 la. Tapi kalau sistem imun badan detect sesuatu yang pelik, selain daripada sel atau pun komponen2 yang berasal daripada badan kita sendiri, sistem imun kita akan bertindakbalas dengan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang kemudian merangsang tubuh kita supaya bertindakbalas agar benda asing tu dihapuskan atau dikeluarkan daripada badan kita. Dalam kes mak korang sapu sampah tadi, tindakbalas badan korang ialah bersin, jadi dengan cara bersin tu benda asing tu dapat dikeluarkan daripada badan korang, ok?

Subjek immunology sangat memeningkan kepala, dan aku pun tak pernah dapat A pun subjek ni. Tapi untuk menceritakan tentang macam mana ubat-ubatan, kuman atau virus boleh menyebabkan Steven Johnson Syndrome, ceritanya begini. Sistem imun bagi setiap individu mempunyai tahap kesensitifan yang berbeza terhadap benda asing. Ada yang tak sensitif, ada yang hypersensitif. Yang hypersensitif, nasib mereka tak berapa baik la sebab ada kemungkinan mudah dapat masalah alergik, termasuk la Steven Johnson Syndrome ni. Dalam kes sindrom nih, sejenis bahan kimia yang merupakan komponen dalam sistem imun badan kita bernama antigen akan melekat pada molekul ubatan, kuman atau pun virus. Bayangkan sebuah seluar panjang yang dikelilingi kemuncup. Bayangkan seluar tu bakteria/ubat, dan kemuncup tu antigen. Kemudian, bayangkan seekor binatang yang lapar, nampak seluar yang penuh kemuncup tu, kemudian binatang tu telan kemuncup dan seluar tadi. Binatang yang telan seluar yang penuh kemuncup tu, boleh diibaratkan sebagai macrophage. Macrophage merupakan sel dalam badan kita yang berfungsi memakan benda-benda asing yang dah dikelilingi dan dilekati dengan antigen. Bila macrophage dah makan benda asing tu, benda asing tu akan tercerna kat dalam macrophage, jadi tamat la riwayat benda asing yang merbahaya kat dalam badan.

Tapi kadang2, macrophage tu tak banyak, tapi benda asing yang dah dilekati dengan antigen tu banyak melampau. Jadi gabungan benda asing-antigen tu akan merata ke seluruh badan, nak pulak kalau benda tu ada dalam darah kita. Gabungan benda asing-antigen tu kemudian melekat ke salur darah, atau pun terlepas ke celah-celah sel kulit. Akibatnya, bila dah melekat kat seluruh tempat dalam badan, sistem imun akan terangsang di tempat yang mana benda asing tu melekat dan mencetuskan pembengkakan kat bahagian badan tu (inflammatory response). Hasilnya macam kat gambar bawah ni..




Macam mana nak tau seseorang tu kena Steven Johnson Syndrome ke atau pun tak, berikut merupakan tanda-tanda yang kebiasaan terdapat pada seseorang yang mengalami sindrom tu:

- timbul ruam/bintik-bintik/lepuh berair kat kulit dan ruang mukus (lidah, hidung, tekak). Biasanya tanda2 ni meliputi ke seluruh badan

- demam, letih badan, sakit tekak. Tanda-tanda ni muncul sekali dengan tanda-tanda kat atas.

Macam aku cerita tadi, sindrom ni mungkin disebabkan jangkitan atau pun disebabkan ubat. Kalau disebabkan oleh ubat, antara ubat-ubat yang boleh menyebabkan sindrom ni ialah:

allopurinol
diclofenac
etravirine
Isotretinoin aka Accutane
fluconazole
valdecoxib
sitagliptin
oseltamivir
penicillins
barbiturates
sulfonamides
phenytoin
azithromycin
oxcarbazepine
zonisamide
modafinil
lamotrigine
nevirapine
pyrimethamine
ibuprofen
ethosuximide
carbamazepine
nystatin

Tak payah hafal, aku pun tak hafal, hahaha. Senang cerita, memang banyak ubat yang boleh menyebabkan sindrom ni, tapi sebenarnya, ikut nasib sebenarnya. Kalau nak kena, kena la. Allergic reaction memang sesuatu yang kita tak boleh nak jangka melainkan kalau sebelum ni seseorang tu pernah mengalami sindrom alahan tu. Jadi senang cerita, kalau lepas makan ubat (tak kira la ubat daripada hospital, klinik atau ubat tradisional), dalam tempoh seminggu tiba-tiba badan tumbuh ruam + berair, demam, atau pun timbul tanda-tanda kat badan korang/sesiapa saja macam yang aku tulis kat atas, maka usahakanlah supaya dapat berjumpa doktor dengan segera. Steven Johnson Syndrome boleh menyebabkan kematian, jadi memang kena bertindak cepat la kalau timbul reaksi alahan untuk elakkan perkara yang tak diingini.


source: rx5 blog

Nice blog, berguna untuk kerja PRP nanti.Thanks to RX5 blog=)

Assalamualaikum.. Tadi lepas lawan badminton antara batch aku rase mcm nak buka blog orang lain je.Then, jari jemari ini terclick blog rx5. Kaji punya kaji, didapati blog ini memiliki 'khasiat' yang tersendiri =p .. A lot of informations about how the work flow in the hospital in Malaysia of course as a young pharmacist. I learned about cholesterol drug which is statin group. This type of medicine should be taken by the patient at night. The question is why? This is because our liver produce the fat during the night so to inhibit this disease so we need to take it at night. For example, we can use lovastatin drug to treat it. And then, i also learned about what actually happen if the person having less 6GPD enzyme in our body? This will cause our blood cells to be homolysed. Whatever we eat most of them will produce free radical which will attack our body. The G6PD also well-known as glucose-6-phosphate dehydrogenase will neutralize this free radical. So, to conclude this one if we have enough G6PD enzyme then we will be safe, if not then vise versa.

Thats's all for today. hehe

September 15, 2011

Dr M

Islam dan keperibadian Dr M.


Islam adalah sebuah agama teori dan praktikal.Agama yang telah berusia ribuan tahun mempunyai panduan berasaskan Quran dan hadis.Segala ajaran Quran dan hadis adalah relevan kepada umat islam sejak ia lahir hingga kiamat. Islam mempunyai pelbagai asas yang menunjukkan ke arah kebaikan dan kemajuan.Islam tidak pernah sesekali mendidik penganutnya menjadi manusia jahat,zalim,tamak dan mementingkan diri sendiri. Jika diikuti kehidupan Dr Mahathir beliau adalah penganut agama islam yang mengikut segala acuan dan didikan islam. Walaupun ada pihak yang menggelar beliau Mahafiraun,kafir,laknatullah dan lain-lain,ia bukanlah menjadi bukti Dr Mahathir seorang pemimpin yang tidak mengamalkan ajaran islam. Dr Mahathir berpegang teguh dengan ajaran islam.Beliau menunaikan solat,berpuasa,mencari idea dan ilham memajukan negara malah berusaha menyatupadukan pemimpin dan negara islam.

Apa yang menyedihkan sebilangan pemimpin negara-negara arab yang merasakan diri mereka lebih islam dan berbangga dengan keturunan arab tidak melakukan usaha dan komited dalam meningkatkan ekonomi negara-negara islam yang masih miskin dan mundur. Buktinya,negara Palestin yang merdeka masih dizalimi pihak Israel dengan pengeboman dan pelbagai kezaliman dilakukan pihak Yahudi.Negara-negara arab yang kaya dan berkuasa hanya memerhatikan kezaliman Israel tanpa sebarang tindakan efektif.Jumlah penduduk berbangsa arab seramai 500 juta tidak mampu menewaskan bangsa Yahudi yang berjumlah 14 juta orang sahaja. Ini benar-benar memalukan.Palestin terus diserang,diancam,tanah dirampas,sekatan ekonomi dikenakan,tembok batu pemisah dibina dan pelbagai lagi kezaliman berlaku kepada orang Palestin.Bangsa arab hanya memerhati dan membuang masa di meja rundingan di mana terbukti Israel selalu merosakkan perjanjian.

Dr Mahathir adalah manusia bersuara lantang mengkritik negara-negara arab kerana tidak mahu bersatu dan mengabaikan nasib bangsa Palestin.Beliau berani bersuara dan mengabaikan kekuasaan dan kekuatan negara besar seperti Amerika dan negara-negara Eropah. Jika islam menyeru ke arah kerajinan dan ketekunan sebagaimana sebuah hadis bermaksud “ Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu kerja,maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya”. Maka Dr Mahathir mempraktikkan ajaran hadis tersebut.Beliau dikenali sebagai seorang yang tekun bekerja terutama sekali ketika menjawat jawatan Perdana Menteri . Beliau bekerja siang dan malam membangunkan negara sehingga Malaysia dikenali seluruh pelusuk dunia.Malah setelah bersara pun beliau masih bergerak menghadiri pelbagai program dan seminar untuk menyebarkan dakwah dan berkongsi pengetahuan serta kemahiran seantero dunia. Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya berusaha agar mampu hidup dalam kehidupan yang lebih baik.

Itulah yang dilakukan Dr Mahathir.Beliau berusaha mencari idea dan mencari jalan
meningkatkan pendapatan rakyat.Kebijaksanaan Dr Mahathir telah menambah baik
kehidupan dan rakyat mampu mendapat pendapatan yang lebih baik dengan peningkatan
ekonomi negara. Jika islam mengajar tentang sikap toleransi dan tolak ansur itulah yang diamalkan Dr Mahathir.Sebagai pemimpin sebuah negara yang mempunyai pelbagai lapisan kaum dan pelbagai agama beliau menunjukkan sikap toleransi kepada semua kaum.
Beliau membangunkan tempat ibadat bukan sahaja kepada umat islam tetapi juga untuk penganut agama-agama lain.Ini adalah toleransi beliau kepada semua rakyat. Dr Mahathir juga mengamalkan strategi membangunkan ekonomi semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.Semua bangsa mampu beroleh pendapatan yang baik asalkan berusaha.
Islam menunjukkan ke arah kemajuan dan kemodenan malah kemajuan memberi banyak kebaikan kepada manusia.Dr Mahathir mencanai pelan dan usaha agar negara mampu mencapai kejayaan dan kemajuan.

Pembinaan KLIA sebagai contoh,bukan satu pembaziran,ianya untuk kemudahan dan kesenangan pada masa akan datang.Kemudahan yang dibina jelas memberi manfaat apabila kedatangan pelancong bertambah dan meningkat.Kemajuan dan pembangunan yang dicetuskan Dr Mahathir adalah bersifat jangka panjang dan memberi banyak kebaikan kepada semua rakyat. Islam adalah agama yang sempurna dan sering menunjuk ke arah kebaikan dan kemajuan.Dr Mahathir membuktikan bahawa sikap dan tindak tanduk beliau jelas menurut kehendak islam. Dr Mahathir membuktikan bahawa islam bukan hanya pada pakaian seperti
berserban dan berjubah semata-mata.Islam sebenarnya lebih kompleks dan perlu ditunjukkan melalui peribadi dan cara hidup. Pandangan pihak yang menganggap manusia berjubah dan berserban adalah lebih islamik adalah salah kerana Dr Mahathir membuktikan bahawa tanpa jubah dan serban,seseorang mampu menjadi pemimpin yang baik dan beragama. Islam adalah agama yang sering menyuruh umatnya menjadi manusia yang praktikal dan tidak hanya pandai berkata-kata.

Dr Mahathir membuktikan kepada semua manusia bahawa beliau seorang yang bijak mencipta teori dan mempraktikkan teorinya dalam kehidupan.Beliau tidak mahu menjadi manusia hipokrit dan munafik.Manusia hipokrit hanyak bijak berkata-kata namun tidak mempraktikkannya dalam kehidupan. Jika Dr Mahathir memasuki pejabat lebih awal,mengurangkan waktu tidur, mencari jalan agar keamanan dan kemajuan negara dapat tercapai,itu jelas beliau manusia praktikal.Beliau lebih islamik berbanding manusia yang hanya menonjolkan islam pada pakaian. Manusia praktikal ialah manusia yang mengamalkan setiap kata-katanya. Dr Mahathir membuktikan bahawa beliau mempraktikkan ajaran agama walaupun ramai pihak mempertikaikan keislaman beliau.Sepanjang 22 tahun mengemudi negara,beliau hanya bekerja dan bekerja membangunkan negara disamping mencari jalan agar keamanan dan kestabilan negara dapat dikekalkan.

Sabda nabi saw bermaksud “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling berguna kepada orang lain”.Dr Mahathir berusaha menjadi manusia yang berjasa dan memberi banyak kebaikan kepada manusia lain terutama rakyat Malaysia. Keperibadian dan sikap beliau jelas menunjukkan beliau seorang penganut agama islam yang setia dan mengamalkan ajaran agama.Walau apa pun kritikan dan cemuhan yang dilemparkan Dr Ma athir telah membuktikan bahawa beliau adalah manusia bernama islam dan mengamalkan ajaran islam sebenar. Islam adalah agama sempurna dan benar,Dr Mahathir telah mengangkat darjat agama islam dan menjadi manusia contoh kepada pemimpin islam lain.

Antara peribadi Dr Mahathir yang mengikut acuan Quran dan hadis :

1.Bekerja rajin.

Sabda Baginda saw
“ Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu kerja,maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya”. Dr Mahathir adalah manusia yang sentiasa komited dalam pekerjaan sama ada sebagai pelajar atau pemimpin.Peribadi beliau jelas mengikut saranan hadis saw.


2.Berjihad pada jalan Allah .
Abdullah bin Mas'ud telah bertanya kepada Rasulullah saw: "Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya." Kata Abdullah: "Kemudian apa?" Sabda Rasulullah: "Berbuat baik kpd kedua ibubapa." "Kemudian apa lagi", tanya Abdullah. Jawab Rasulullah, "Berjihad di jalan Allah swt."
Riwayat Imam Bukhari & Muslim.

Dr Mahathir mementingkan jihad fi sabilillah.Jihad fi sabilillah bukan terhad kepada peperangan sahaja tetapi juga merangkumi meningkatkan ekonomi orang islam,mengubah cara kerja yang malas kepada rajin dan sebagainya. Apabila Dr Mahathir mula memegang jawatan Perdana Menteri,beliau berusaha meningkatkan taraf ekonomi negara bagi memajukan negara dan meningkatkan pendapatan rakyat.Jihad ekonomi diutamakan kerana negara masih miskin dan mundur.


3.Memilih teman baik.
"Perumpamaan teman yang salih dan teman yang jahat adalah seperti orang yang berteman dengan penjual minyak wangi dan tukang besi." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)Dr Mahathir amat memilih teman.Beliau dididik oleh ayah beliau agar memilih teman yang baik dan pentingkan pelajaran.Sejak kanak-kanak hingga bergelar pemimpin,beliau mempraktikkan ajaran ayahnya. Kejayaan Dr Mahathir dalam pelajaran dan pimpinan adalah kerana beliau peka dan teliti dalam pemilihan teman.


4.Membasmi kemiskinan.
“ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.”ayat 1-3 surah Al-Mauun. Dr Mahathir adalah seorang ayah yang mmebri anak-anak makan minum iaitu rakyat Malaysia.Beliau telah menggembeling daya usaha memakmurkan negara dan membasmi kemiskinan terutama bangsa Melayu. Beliau adalah pemimpin yang peka dengan nasib rakyat Malaysia dan telah berusaha membebaskan jutaan rakyat yang miskin mendapat nasib yang lebih baik. Beliau bukan seorang yang hanya tahu membaca ayat-ayat Quran sahaja namun membiarkan rakyat dalam kemiskinan dan kesusahan sebagaimana pemimpin yang menggunakan agama sebagai alat meraih undi rakyat.


5.Meningkatkan mutu pendidikan bangsa Melayu.
“Allah swt akan meninggikan derajat orang-orang yang beriman dan berilmu beberapa darjat”.
surah Al Mujadalah ayat 11. Dr Mahathir amat mementingkan ilmu pengetahuan.Beliau yang melihat sendiri kurangnya pelajar Melayu ketika di Universiti dalam pelbagai bidang telah menceburi politik untuk mengubah mentaliti bangsa Melayu. Apabila beliau menjadi Perdana Menteri beliau telah berusaha memajukan bangsa Melayu dalam pendidikan.Beliau berjaya melahirkan lebih ramai doktor perubatan di mana suatu waktu dahulu pelajar Melayu amat takut dengan bidang perubatan. Pelajar Melayu yang berjaya dalam bidang berasaskan sains seperti kejuruteraan bertambah dengan banyak.Kini jumlah pelajar Melayu dalam semua bidang semakin bertambah . Kejayaan ini adalah bukti Dr Mahathir menjalankan program dan dasar mengikut acuan Quran.


6.Mementingkan pendidikan dunia dan akhirat.
"Barang siapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Dr Mahathir adalah pemimpin yang mementingkan ilmu dan kemahiran.Sepanjang pemerintahan beliau,keseimbangan ilmu dunia dan akhirat diambil berat kerana mahu orang islam maju dan berjaya dunia akhirat. Beliau juga sedih dengan sistem pendidikan pondok dan sekolah agama rakyat yang tidak menitikberatkan ilmu dengan baik.Mereka hanya belajar agama sahaja sedangkan islam menyuruh mementingkan ilmu dunia dan akhirat.Pemimpin Pas hanya mementingkan sistem pondok dan tidak mahu menambahbaik kepada sekolah arab yang dibangunkan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Negeri. Tiada satu pun nas Quran atau hadis yang menyuruh kita belajar ilmu agama sahaja.Islam adalah agama yang maju dan berjaya.Oleh demikian ilmu dunia dan akhirat perlu seimbang.Orang islam perlu menguasai semua bidang ilmu.


7.Mempunyai pendirian.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: ”Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata:” Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka.” (Riwayat Imam Tirmizi) Dr Mahathir adalah seorang yang konsisten dan mempunyai pendirian.Apabila beliau mengumumkan persaraan,beliau bersara.Beliau bukan suka cakap lain buat lain terutama sekali pemimpin politik lain Islam adalah agama yang menyuruh umatnya menjadi manusia yang konsisten dan berpendirian.Dr Mahathir adalah tokoh yang berpendirian.


8.Meninggalkan perkara yang tidak penting.
“Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.” Hadis ini Hadis hasan diriwayatkan oleh Imam Tarmizi. Dr Mahathir dikenali sebagai “workaholic”.Beliau bekerja siang dan malam dan sering mengabaikan perkara yang tidak penting demi memajukan negara. Apabila ditohmah dan difitnah,beliau tidak pernah membawa kes ke mahkamah walaupun beliau berhak melakukannya. Dr Mahathir lebih mengutamakan perkara lebih penting berbanding naik turun mahkamah melayan pengkritik dan pemfitnah.Banyak kerja dan urusan penting yang perlu dibuat untuk membangunkan bangsa,agama dan negara.



9.Berpegang dengan agama.
“Barang siapa meniru suatu kaum, maka dia adalah sebahagian dari mereka.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Dr Mahathir sentiasa berpegang dengan ajaran islam.Walaupun beliau tidak memakai jubah atau serban namun peribadi dan cara hidup beliau adalah jelas mengikut landasan islam. Walaupun menjemput Bill Gates untuk merasmikan MSC,ianya bukan bukti Dr Mahathir menyukai bangsa Yahudi.Bill Gates adalah tokoh yang berjaya dalam bidang teknologi maklumat dan beliau layak dijemput untuk merasmikan projek tersebut . Dr Mahathir juga hanya menjalankan tugas perasmian sesuatu majlis atas dasar sebagai ketua negara,bukan sebab agama.Adalah bodoh mneyatakan bahawa Dr Mahathir menyokong Yahudi hanya semata-mata menjemput Bill Gates merasmikan MSC.


10.Nasihat untuk kebaikan.
“Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya, untuk para pemimpin kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.” Hadis riwayat Imam Muslim. Dr Mahathir dikenali seorang yang suka mengkritik.Kritikan beliau boleh diumpamakan sebagai nasihat iaitu untuk memperbaiki diri. Dr Mahathir mengkritik bangsa Melayu yang malas dan leka.Beliau memberikan jalan untuk berjaya dan maju namun ramai tidak mendengar nasihat beliau.Dr Mahathir mengkritik kepimpinan Pak Lah kerana banyak dasar dan keputusannya merugikan rakyat dan negara.Beliau memberi nasihat berdasarkan fakta dan kenyataan benar bukan palsu atau rekaan. Dr Mahathir adalah manusia yang kaya dengan nasihat.Beliau menasihati orang lain untuk kebaikan bukan bertujuan mengaibkan atau merendahkan orang lain.


11.Penyabar.
“ Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu.”Riwayat Imam Tarmizi. Dr Mahathir adalah seorang manusia penyabar dan ia dapat dilihat melalui keputusan dan kata-kata beliau. Terlalu banyak peristiwa yang dilalui beliau.Dipecat dari UMNO,Semangat46 ditubuhkan dan beliau dimaki hamun,penyebaran pelbagai fitnah tidak berasas seperti Dr Mahathir mempunyai isteri kedua beragama Kristian.Begitu juga dengan fitnah yang dilemparkan seorang ahli PAS memfitnah Dr Mahathir menonton filem lucah,tidak solat Subuh dan sebagainya. Dr Mahathir melalui banyak penderitaan dan tuduhan tidak berasas namun beliau tetap tenang dan bersabar menghadapi segala dugaan dan cabaran.Itulah peribadi Dr Mahathir yang jelas mengikut ajaran islam sebenar. “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang
yang berbuat perkara-perkara yang baik”.(Surah Ali Imran ayat 133/134) Dr Mahathir mengikut ajaran Quran dengan bersabar di atas segala kesusahan dan penderitaan yang dialami kerana percaya kejayaan dan kemanisan hidup hanya akan diperolehi dengan kesabaran.Manusia sabar juga adalah manusia beriman sebagaimana firman Allah : “dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan.Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.”. (surah Al-Baqarah-177)


12.Adil
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al- Maaidah -8) Sebagai pemimpin sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama,beliau umpamakan rakyat sebagai anak-anak yang perlu dijaga segala keperluan dengan baik. Dr Mahathir sentiasa adil kepada semua rakyat.Tiada seorang rakyat yang tercicir dalam pendidikan,ekonomi dan sebagainya.Walaupun Malaysia negara islam dan pembinaan masjid dilakukan,pembinaan tempat ibadat agama lain juga dibenarkan.Itulah pemimpin yang adil kepada semua lapisan rakyat. Semua rakyat mendapat peluang sebaiknya.Apabila berlaku masalah kemiskinan
segelintir rakyat ianya berpunca dari sikap mereka sendiri yang malas dan tidak mahu berusaha.Malaysia adalah negara yang melimpah sumber rezeki di mana berjuta-juta pekerja negara asing datang mencari rezeki.Walaupun berbangsa Melayu dan Islam Dr Mahathir tidak pernah mengabaikan bangsa dan agama lain.Beliau sentiasa berlaku adil dengan semua rakyat kerana pemimpin islam diajar supaya menjadi pemimpin yang adil.


12.Berani meminta maaf.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.” (Surah Al Baqarah-222) Sebagai manusia biasa Dr Mahathir juga melakukan kesalahan.Namun sebagai manusia yang mempunyai kredibiliti dan prinsip beliau berani dan terbuka meminta maaf. Dr Mahathir terbuka memohon maaf dengan Tunku Abdul Rahman,Pak Lah dan orang lain apabila melakukan kesalahan.Dalam ucapan Aidilfitri setiap tahun beliau memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.Inilah pemimpin yang terbuka memohon kemaafan. Itulah kredibiliti Tun.Beliau tidak pernah merasa hina dengan memohon maaf kerana tahu sikap meminta maaf adalah terpuji dan digalakkan islam.Sebagai seorang manusia biasa beliau sedar bahawa setiap manusia pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik manusia adalah meminta maaf atas kesalahannya.


13.Menyuruh kebaikan dan mencegah kejahatan.
“ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” Surah Ali Imran-104

Dr Mahathir dikenali sebagai pemimpin yang mengislamisasikan banyak program dan dasar negara walaupun beliau hanya berkelulusan perubatan bukan agama.Sebagai orang islam yang mencintai agama beliau mengislamisasikan banyak aspek terutama sekali dalam pemerintahan negara. Beliau bukan seperti segelintir ahli politik yang hanya mengambil berat aspek islamisasi perkara remeh seperti pengasingan lelaki perempuan di pasar raya, slogan tanpa praktikal tetapi beliau menjalankan dasar besar mengikut apa yang lebih penting. Dasar seperti Kepimpinan melalui Teladan,Bersih cekap Amanah,Dasar pandang ke Timur adalah dasar yang mengislamisasikan banyak aspek penting dalam islam.Ia bukan dasar remeh sebagaimana pemimpin politik lain. Sepanjang bergelar pemimpin beliau tiak pernah mengajar rakyat melakukan perbuatan jahat dan keji seperti merompak atau berzina.Beliau sentiasa mengingatkan rakyat agar mempunyai nilai mulia dalam keidupan serta menjauhkan nilai-nilai buruk dan keji.


14.Tidak berjudi atau minum arak.
“Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi.Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya".Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan.Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya
kamu berfikir” (Surah Al-Baqarah ayat 219) Sebagai seorang anak yang mendapat didikan mulia dari ibu bapa yang mementingkan aspek moral dan didikan agama Dr Mahathir berpegang dengan ajaran mereka.Sejak bergelar manusia baligh dan berakal beliau tidak pernah terbabit dalam perbuatan tidak bermoral seperti minum arak atau berjudi.Walaupun ramai memfitnah
beliau kaki botol dan tahi judi namun tohmahan tersebut adalah fitnah yang tidak mempunyai bukti dan sekadar cakap kosong untuk menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai orang islam.


15.Berusaha dan bertawakal.
“Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159. Islam adalah agama yang menyuruh kepada usaha dan tawakal,bukan berserah kepada takdir.Islam tidak pernah mengajar umatnya bergantung kepada Qadak dan Qadar tanpa usaha. Dr Mahathir sering memperlihatkan peribadi agar berusaha mencapai sesuatu.Beliau tidak akan berjaya bergelar doktor jika tidak rajin menuntut ilmu.Beliau tidak akan berjaya memegang jawatan Perdana Menteri jika tidak menunjukkan sikap positif dalam kerjaya politik. Negara juga tidak akan maju dan berjaya jika Dr Mahathir hanya berdoa dan solat hajat tanpa berusaha.Beliau berusaha mencari idea dan mengaplikasikan idea dalam pemerintahan negara.Itulah usaha.Apabila seorang pemimpin politik mengatakan kemiskinan adalah takdir maka ia jelas bercanggah dengan islam dan tidak menepati dengan ayat Quran di atas.Dr Mahathir yang peka dengan ajaran Quran walaupun tidak fasih bahasa arab berbanding pemimpin tersebut namun beliau mempraktikkan apa yang diajar Quran. Tanpa usaha dan tawakal Malaysia tidak akan membangun dan maju seperti hari ini. Islam adalah agama yang menggalakkan usaha dan tawakal.


16.Tidak memfitnah.
“dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan” Surah Al Baqarah- 191. “Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.” “Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) agama Allah (Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya.” Surah At-Taubah ayat 47/48 Dr Mahathir ditohmah dan difitnah pelbagai fitnah dari pemimpin pembangkang dan wartawan asing.Malah pemimpin luar negara juga menjatuhkan maruah Dr Mahathir sebagaimana Paul Keting mengatakan Dr Mahathir keras kepala. Walaupun difitnah dan ditohmah pelbagai isu dan perkara Dr Mahathir tidak melawan dengan melemparkan fitnah kepada mereka. Sepanjang karier beliau dalam politik beliau tidak pernah memfitnah mana-mana pemimpin politik dalam atau luar negara.Segala kritikan beliau adalah berdasarkan fakta dan kenyataan benar untuk membuktikan kritikan. Budaya memfitnah bukan peribadi Dr Mahathir.Beliau berpegang dengan ajaran Quran bahawa fitnah itu berdosa besar dan lebih besar bahayanya dari membunuh.


17.Mengamalkan ajaran islam sepenuhnya.
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu” Surah Al-Baqarah -208. Sebagai orang islam Dr Mahathir yakin dan percaya dengan kesemua ajaran islam. Beliau mengamalkan segala ajaran yang diajar Quran kerana yakin dengan ayat-ayat Tuhan. Beliau mengamalkan ajaran islam dengan sepenuhnya dengan praktikal amalan harian serta menjalankan dasar-dasar islam dalam pemerintahan negara.


18.Cerah mata hati.
"Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (Surah al-Hajj: 46) Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang cerah mata hati.Beliau sering melihat sesuatu dan memikirkannya.Apabila ke luar negara beliau melihat pelbagai projek dan kemajuan negara lain serta menimbang untuk mencanai idea tersebut dalam negara.
Manusia yang buta mata hati sering melihat sesuatu tanpa mampu berfikir apa yang dilihat.Itulah keistimewaan Dr Mahathir.Manusia yang cerah mata hati adalah manusia yang kaya dengan idea untuk memajukan diri sendiri dan orang lain.


19.Mencari akhirat.
“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Surah Assyuura ayat 20) Dr Mahathir tidak melakukan sesuatu dengan sia-sia.Beliau mencanai pelbagai pembangunan negara untuk kebaikan manusia dan rakyat jelata. Pembangunan yang memajukan kehidupan manusia akan memudahkan manusia beribadat dan mampu mencari keredaan Allah dunia dan akhirat. Apabila orang islam hidup dalam kemiskinan dan kepaan adalah sukar untuk beribadat kerana memiliki kekurangan .mahu ke masjid untk beribadat pun susah kerana tidak memiliki kenderaan seperti kereta apabila hujan turun dengan lebat. Pembangunan dan kemodenan adalah wahana yang memudahkan manusia beribadat bukan melupakan akhirat.Kewujudan masjid yang mempunyai kemudahan moden seperti penghawa dingin dan pembesar suara adalah kemudahan yang memudahkan orang islam. Usaha pembangunan yang dilakukan Dr Mahathir bukan untuk mengejar kesenangan dunia tetapi ianya berlandaskan kepada akhirat.Islam menyuruh umatnya mementingkan kehidupan dunia dan akhirat.


20.Menunaikan janji dengan baik.
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian”.
Surah Al- Maaidah ayat 1. Dr Mahathir adalah manusia yang peka dengan janji.Beliau tidak pernah berjanji dan memungkirinya.Sifat menunaikan janji yang diucapkan beliau adalah jelas mengikut ajaran Quran. Dr Mahathir tidak pernah melupakan janji kerana beliau hanya berjanji apa yang beliau rasa mampu ditunaikan dan apa yang terbuku dalam hati.

source : http://peribadidrmahathir.blogspot.com/2011/09/islam-dan-keperibadian-dr-m-part-1.html

September 6, 2011

Tahniah T-Team 1-Selangor 0



















Assalamualaikum.. Alhamdulillah selesai sudah misi pada hari ini.. Kebetulan terbaca status fb kawan mengatakan ada game bola kat stadium Terengganu untuk grouping stage piala malaysia 2011.. Aku langsung sms teman2 mengajak menonton bola bersama pada malam ini.. Setelah sent msg kepada semua. Yang respond ada pa Cute boy, dan syahmi. Selepas solat maghrib kami berkumpul sebentar di Mydin Terengganu, aku pergi beli bendera Terengganu dan Malaysia jap.hehe... Kemudian, dengan kenderaan pacuan dua roda,kami menghala ke stadium untuk membeli tiket.. 1st half of the game, kedudukan masih 0-0. Walaupun T team menguasai perlawanan tetapi penyudah yang tumpul menghampakan sedikit perasaan peminat. Alhamdulillah, gol yang ditunggu-tunggu hadir pada 2ns half untuk menceriakan kem peminat terengganu. Overall, T team bermain bagus tetapi penyudah yang agak tumpul membuatkan peminat sedikit kecewa. Tidak dilupakan,di sini disertakan gambar kenangan bersama teman=)

September 4, 2011

Tradisi Baru, Mahasiswa Korea Berbogel Selepas Pesta Graduasi (apa kata anda? )

2119064p Tradisi Baru, Mahasiswa Korea Berbogel Selepas Pesta Graduasi

Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak mengatakan, reformasi pendidikan merupakan salah satu agenda utama negara tahun ini.

Beliau berjanji untuk selalu hadir dalam setiap pertemuan bulanan, yang diadakan untuk mengubah sistem pendidikan masyarakat.

“Reformasi pendidikan salah satu agenda utama kerajaan kita tahun ini,” kata Lee dalam satu ucapan melalui radio seminggu lalu.

“Kerajaan akan mengadakan pertemuan setiap bulan untuk meninjau polisi mengenai kurikulum pendidikan dan segala sesuatu yang berkaitan dengan budi pekerti pelajar. Diharapkan dalam tempoh terdekat ibu bapa dan guru akan segera merasakan perubahan yang nyata,” kata Lee.

2120308p Tradisi Baru, Mahasiswa Korea Berbogel Selepas Pesta Graduasi
Lee mengumumkan dasar tersebut setelah menyaksikan puluhan gambar telanjang para remaja yang merayakan pesta graduasi mereka.

Gambar bogel beberapa remaja yang berpesta bogel ini muncul di laman internet dan mengejutkan ibu bapa mahupun guru.

Pelbagai komen-komen negatif terhadap karenah para remaja muncul.

“Mereka telah menodai adat istiadat, kebudayaan dan keramahan bangsa ini. Namun masalah yang asas adalah bagaimana menyedarkan para pelajar tentang makna sebuah pendidikan,” kata Lee.

Minggu lalu, Lee menyebut masalah tersebut sebagai anjakan budaya yang melanda remaja adalah masalah dan penyakit serius yang harus segera dibanteras.

“Kita perlu mula melakukan pendekatan terhadap para remaja melalui kepentingan budaya dan adat istiadat dan menanamkannya dalam fikiran mereka,” kata Lee.

source : http://aduhaimedia.com/tradisi-baru-mahasiswa-korea-berbogel-selepas-pesta-graduasi/

September 3, 2011

Check iktiraf ke tidak

http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR

  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.
source: http://mizznadiah.blogspot.com/

apa itu wahan bro

Penyakit yang semakin menular dalam kalangan masyarakat merupakan virus “wahan” yang dinyatakan oleh Baginda SAW yang menimpa umat akhir zaman. Tsauban radliyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Akan datang suatu masa, di mana bangsa-bangsa akan mengeroyok kalian seperti orang-orang rakus memperebutkan makanan di atas meja.

Ada seorang yang bertanya, ‘Apakah karena pada saat itu jumlah kami sedikit?’ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Tidak, bahkan kamu pada saat itu mayoritas, akan tetapi kamu seperti buih di atas permukaan air laut. Sesungguhnya Allah telah mencabut rasa takut dari musuh-musuh kalian, dan telah mencampakkan penyakit al wahan pada hati kalian’.
Seorang sahabat bertanya: ‘Ya Rasulallah, apa penyakit al wahan itu?.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Al Wahan adalah penyakit cinta dunia dan takut mati’ “. (HR. Abu Dawud, Ahmad, dan lainnya)