September 30, 2011
Perjuangan yg hakiki adalah mencari keredhaan Allah
Renung-renungkan dan selamat beramal=)
Dr Asri : La Tahzan (Jangan Bersedih)
AR=)
September 28, 2011
Ustaz Azhar Idrus - Nikah Khitbah (Gantung)
Ustaz Azhar - Cara Berkawan, bertunang sebelum kahwin
September 27, 2011
PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON BG 2011 :
1.1 Peraturan berkenaan pertandingan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal.
1.2 Sebarang kejadian di luar dugaan atau tidak dinyatakan dalam peraturan akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa atas budi bicara.
1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Badminton Bandung Games 2011 adalah muktamad.
2 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN
2.1 10 Disember 2011, Bandung, Indonesia.
3 PENYERTAAN
3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua mahasiswa MALAYSIA di seluruh Indonesia.
3.2 Setiap cawangan hanya boleh mendaftarkan 1 pasukan sahaja yang terdiri daripada :
Perseorangan lelaki - 1 orang
Perseorangan wanita - 1 orang
Beregu lelaki - 1 pasang
Beregu wanita - 1 pasang
Beregu campuran - 1 pasang
4 KELAYAKAN PESERTA
4.1 Peserta mestilah mahasiswa dari Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia.
4.2 Semua pasukan hendaklah menghantar nama peserta disertakan salinan passport kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup yang ditetapkan oleh penganjur.
4.3 Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum taklimat pengurus sahaja.
4.4 Peserta yang didaftarkan oleh suatu pasukan mestilah dari cawangan sendiri. Pemain import dari cawangan lain adalah DILARANG sama sekali.
5 TAKLIMAT PENGURUSAN PASUKAN
5.1 Taklimat pengurus pasukan akan diadakan 1 hari sebelum pertandingan pertama dijalankan.
5.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta yang akan bermain bersama passport asal untuk disahkan.
5.3 Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan adalah TIDAK DIBENARKAN.
5.4 Senarai peserta yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad.
6 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
6.2 Permainan akan dijalan seperti Piala Sudirman.
6.3 Setiap pasukan akan bermain 5 pertandingan; perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
7 MENENTUKAN KEMENANGAN
7.1 Permainan akan dimainkan dengan sistem kiraan 21 mata atau Rally Point Scoring System. Pemain yang memenangi 2 permainan adalah dikira pemenang pertandingan.
7.2 Pasukan yang memenangi 3 atau lebih pertandingan akan dikira pemenang peringkat tersebut dan akan ke peringkat seterusnya.
7.3 Pasukan yang memenangi peringkat akhir akan dikira pemenang Pertandingan Bandung Games 2011.
8 KELEWATAN
8.1 15 minit akan diberikan kepada semua pasukan.
8.2 Jika selepas masa itu salah seorang pemain dari pasukan itu tidak hadir maka pasukan berkenaan akan dikira menarik diri dari pertandingan.
9 PAKAIAN PESERTA
9.1 Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan pertandingan.
9.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal amat mengharapkan agar pemain dapat memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
10 PENANGGUHAN
10.1 Sekiranya terjadi permasalahan yang tidak mengizinkan pertandingan untuk diteruskan, maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.
10.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal BERHAK menangguhkan atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu diberitahu ATAU secara serta-merta.
11 BANTAHAN ATAU RAYUAN
11.1 Sebarang bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh pengurus pasukan secara bertulis kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal tidak lewat daripada 30 minit sebelum sesuatu perlawanan itu dimulakan.
Semester 7 agak pack! =)
Several things need to be settled down slowly such as UTS 1, Lab works, reports, revision, TA 1 proposal, Ganesha Badminton Championship, UAS, Bandung Games 2011 and and January 2012 insyaAllah will go back to Malaysia for a few weeks resting! =)
AR =)
September 25, 2011
I think it's enough for me, now is time to study!
Alhamdulillah, sampai saat ini aku masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan di dunia ini, aku berharap ''hidup hanya sekali di dunia'' ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Aku bukannya alim ulamak, aku bukannya penghafal Al-Quran, aku bukannya pintar, aku bukannya siapa-siapa TETAPI aku adalah diri aku. Aku redha dengan nikmat kesenangan dan kesusahan yang menimpa ke atas aku. Moga semakin mematangkan aku ke depannya InsyaAlah. Jadi aku minta maaf kepada semua jika ada sesetengah dari anda yang berasa tidak puas hati. Eventhough aku bukan budak sekolah agama tetapi insyaAllah aku paham lagi adat ketimuran. Aku harap kita berkawan. bercinta biarlah ikhlas. Apa yang dilakukan sehari-hari janganlah dipaksa kelak merana diri sendiri. Just try to be the best among the best!
Moga semester 7 ini bermula dan berakhir dengan keputusan yang baik insyaAllah. Mohon doa semua saudara2 seagamaku untuk mendoakan kejayaan kita semua bersama. Aja aja fighting!!
Wslm.
September 23, 2011
MAN JADDA WAJADA
Barang siapa bersungguh-sungguh pasti ada jalan / terwujud (MAN JADDA WAJADA)
Dalam firman Allah Surat Ar rad ayat 11 ditegaskan : ” Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri ”.
Dari Alqur’an dan hadist tersirat bahwa pewujudan keadaan yang membuahkan hasil adalah
kemampuan manusia berpikir untuk meyakinkan dirinya yang terbaik sehingga dapat mewujudkan cita-cita, tentunya sebagai kemurahan Allah SWT. Berarti manusia tidak boleh mudah menyerah dengan tantangan, hambatan dan kesulitan hidup dan harus dijalani dengan rasa optimis.
Memang sifat manusia yang tidak tetap adalah cepat mengharap kebaikan namun cemas bila menghadapi kerugian.
Dalam firman Allah Surat An Anfaal ayat 74 dikatakan bahwa :
“ orang-orang yang beriman, orang-orang berhijrah, orang-orang berjihad pada jalan Allah, orang-orang yang memberikan tempat perlindungan dan pertolongan, mereka itulah orang-orang yang sebenarnya beriman, mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia”.
Beberapa kiat guna membangun keyakinan diri :
1. Hargailah dirimu dengan wajar.
Miliki konsep yang benar mengenai dirimu. Bukan hanya orang lain yang penting, tapi kamu
juga penting. Yakinlah bahwa kamu lahir ke dunia dengan potensi untuk meraih yang terbaik.
2. Ubahlah apa yang bisa kamu ubah, tapi terimalah apa yang tidak bisa diubah.
Rasa percaya dirimu akan terkikis kalau kamu terus memaksa perubahan atas apa yang tidak
bisa diubah.
3. Belajar bertanggung jawab terhadap perilaku.
Jangan mudah menyalahkan orang lain. Bertanggung jawab terhadap apapun yang dilakukan.
Katakan benar bila itu memang benar dan katakan dengan benar meskipun hal itu suatu
kesalahan, maka semua itu akan benar.
4. Bersikap positif terhadap kehidupan.
Ibaratnya hidup ini seperti air yang jernih, dan ia akan berubah warna tergantung warna apa
yang kamu tuangkan kedalamnya. Hidup ini ringan kalau kamu menganggapnya tidak berat.
Persoalan-persoalan kehidupan adalah senda gurau belaka, jangan dianggap sebagai racun
yang merusak dan melumpuhkan. Hidup ini bisa tampak indah sejauh mata tidak terfokus pada
awan yang kelabu.
5. Bacalah potensi diri.
Dengan keterbukaan potensi diri yang baik maka akan tumbuh kepercayaan diri.
6. Berani mengambil risiko.
To hope is to risk pain. To try is to risk failure. But risk must be taken, because the greatest
hazard in life is to risk nothing ( Leo FB). Seperti ungkapan Roosevelt : “The only thing we have
to fear is fear it self”. Jangan jadi penakut !!!
7. Bersikaplah realistis.
Hidup harus dijalani dengan apa adanya sesuai kemampuan diri jangan terlalu ingin melebihi
orang lain dengan cara yang tidak baik. Jalani dengan doa dan usaha maka akan memperoleh
yang terbaik.
8. Jadikan keresahan sebagai kawan.
Banyak peristiwa atau saat-saat dalam hidup yang membuat cemas / gelisah yang dapat
menimbulkan krisis kepercayaan diri. Ingatlah rasa cemas dan gelisah adalah “kawan” yaitu
desakan untuk beradaptasi dan berubah. Gunakan energi, kecerdasan, kewaspadaan daripada
membuangnya hanya untuk kecemasan yang berlebihan. Lebih baik hadapi tantangan secara
tegas dan berkesinambungan.
9. Tingkatkan iman kepada Tuhan Yang Maha kuasa.
Rasa percaya diri yang kokoh harus dibangun di atas fondasi yang kuat yaitu keimanan. Dan
belajar bersyukur dalam segala keadaan. Hati yang penuh dengan ucapan syukur akan
membuat hidup lebih ringan, pikiran lebih jernih dan perasaan lebih nyaman sehingga
mengendalikan perasaan bukan lagi beban yang berat.
source: http://yoshie99aulia.wordpress.com/2007/11/20/barang-siapa-bersungguh-sungguh-pasti-ada-jalan-terwujud-man-jadda-wajada/
September 18, 2011
Ubat anda@.@
Terlebih dahulu, sedikit pengenalan tentang terminologi/istilah dalam bidang farmakologi (kajian tentang ubatan) dan perubatan (kajian tentang penyakit dan cara2 mengubati penyakit). Dalam bidang farmakologi, kebiasaannya anda akan bertemu dengan tiga kumpulan bahan kimia iaitu:
(a) dadah - sebarang bahan kimia yang boleh menyebabkan perubahan dalam fungsi dan keadaan normal badan. Contohnya, perindopril boleh menurunkan tekanan darah, morfin boleh menyebabkan halusinasi dan khayal
(b) ubat - bahan kimia yang digunakan untuk mengubati penyakit ataupun tanda-tanda penyakit. Ubat mungkin digunakan untuk mengawal penyakit dengan cara mengubah fungsi dan keadaan normal badan (contoh: atenolol boleh menurunkan kadar denyutan jantung), dan juga mungkin digunakan dengan tujuan untuk menghapuskan punca penyakit (contoh: penisilin digunakan untuk membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan).
selain daripada ubat yang kita sapu (for external use) atau yg disuntik, kebiasaannya ubat yang kita makan ni akan melalui proses macam ni:
- penyerapan, kalau makan melalui mulut ubat tu hancur kat perut, pastu diserap masuk kat perut @ usus, bergantung kpd sifat asid/alkali ubat tu.
- distribution/pengedaran, ubat tu diserap masuk ke dalam salur darah, kemudian ubat tu dibawa ke seluruh badan mengikut aliran darah. jadi semasa proses distribution ni, ubat akan sampai ke pelbagai organ - hati, limpa, jantung, otak dan sebagainya
- metabolisma, ubat tu dibawak ke organ kemudian diproses oleh organ (kebanyakan ubat diproses di hati).Masa kat sini ubat tu akan mengalami salah satu daripada perubahan ni: jadi inactive metabolite ataupun active metabolite. Inactive metabolite akan disingkirkan daripada badan, kalau active metabolite pulak akan bahan aktif yang berfungsi untuk mengubat penyakit.
- penyingkiran daripada badan. Ubat yang berada dalam aliran darah akan disingkirkan sama ada melalui hati ataupun buah pinggang.
(c) racun - bahan kimia yang mengakibatkan kesan toksik yang boleh menyebabkan ancaman terhadap nyawa, ataupun mengakibatkan kerosakan terhadap tubuh badan. Contohnya: racun rumpai (paraquat), dan juga gas sarin yng boleh melumpuhkan saraf.
Cuba fikirkan situasi di bawah
Paracetamol merupakan bahan kimia yang melegakan kesakitan dan menurunkan suhu badan, oleh itu John yang mengalami demam panas menelan 30 biji paracetamol. Akibatnya, beliau terpaksa dimasukkan ke hospital kerana paracetamol yang berlebihan menyebabkan kerosakan hati yang serius.
Ok, nampak tak? Paracetamol, melegakan kesakitan dan menurunkan suhu badan (ciri-ciri dadah - menyebabkan perubahan dalam fungsi badan), lalu digunakan sebagai ubat untuk meredakan tanda-tanda penyakit (demam panas) yang dialami oleh John. Tapi disebabkan memakan paracetamol melebihi dos yang ditetapkan (max dose bagi paracetamol: 4 gram/sehari bagi orang dewasa = 8 tablet), beliau mengalami kerosakan hati (kesan keracunan, paracetamol menjadi racun kepada beliau). Apa yang aku nak cakap, suatu bahan kimia boleh jadi dadah, ubat ataupun racun bergantung kepada situasi dan cara ia digunakan. Tapi ada jugak bahan kimia yang sekadar bertindak tak lebih sekadar racun dan juga dadah, contoh macam gas saraf, racun rumpai dan racun serangga, tetapi bagi kebanyakan bahan kimia yang digunakan untuk tujuan perubatan memiliki sifat-sifat dadah, ubat dan racun.
Baiklah, bila korang rasa badan tak sedap (contoh: suhu badan tinggi, cirit-birit ataupun ruam), ataupun bila korang mengalami keadaan yang memerlukan bantuan doktor (contoh: sesak nafas, pitam, sakit kepala, luka kemalangan dsbnya), setelah doktor melakukan pemeriksaan ke atas badan korang, maka selalunya lepas tu akan dapat ubat lah kan, selalunya dijual kat klinik doktor tu ataupun doktor bagi korang kertas yang bertulis senarai ubat-ubat yang korang kena makan (kertas ni digelar sebagai preskripsi) pastu korang pun bawak preskripsi tu ke farmasi, kemudian ahli farmasi akan memberikan ubat-ubat yang korang kena makan, tanya korang sama ada korang pernah makan ke tak ubat tu seterusnya penjelasan berkenaan ubat tu akan diberi (proses bagi ubat, temu ramah pesakit dan penerangan lengkap tentang ubat-ubat tu digelar sebagai proses pendispensan/ dispensing). Sekarang, katakanlah korang dah berdepan dengan ahli farmasi di depan kaunter, dan dah ada ubat-ubat yang perlu dimakan depan korang. Maka, berikut merupakan perkara-perkara penting yang perlu diberitahu oleh ahli farmasi tu kepada korang sebelum korang ambik dan makan ubat tu. Kalau ahli farmasi tu tak bagitau, aku galakkan supaya korang tanya, ok. Perkara2 tersebut ialah:
Ada ubat yang kena makan sekali sehari, dua kali sehari, tiga kali sehari. Ubat yang diberikan jugak selalunya ada jangka masa tertentu, kalau antibiotik contohnya selama seminggu. Ada ubat yang kena makan sebijik, dua bijik ataupun tiga bijik, kalau ubat cair ada sukatan ikut mililiter pulak. Jadi pastikan dos dan sukatan ubat diberitahu kepada korang.
Korang dah jumpa doktor, dan katakanlah korang terkena jangkitan kuman. Maka ubat yang diberikan kepada korang ialah Augmentin (jenama)/kombinasi Amoxicillin & Clavulanic Acid (nama generik). Maka pastikan korang diberitahu, yang ubat tu bernama Augmentin, dalam tablet tu terdiri daripada gabungan amoxicillin dan clavulanic acid, yang bertujuan untuk membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan.
Sambung balik contoh kat atas, bila terkena jangkitan kuman, biasanya korang akan mengalami demam ataupun bengkak di bahagian tertentu pada badan. Jadi pastikan korang diberitahu apa yang akan jadi pas korang makan ubat tu - Augmentin akan membunuh kuman yang mengakibatkan jangkitan, jadi suhu badan korang ataupun bengkak kat kaki atau tangan atau mana2 jela kat badan korang akan surut dalam lingkungan 3 atau 4 hari. Di samping itu, augmentin jugak mempunyai kesan sampingan - kulit akan jadi kering dan merekah, kebiasaannya di kawasan yang membengkak atau bernanah. Jadi sekiranya kesan sampingan ni menyulitkan dan menyebabkan korang rasa tak selesa, korang mungkin perlu bagitau dan hubungi balik doktor@ahli farmasi untuk tindakan yang selanjutnya. Augmentin jugak kadang2 menyebabkan ruam-ruam (tanda alahan kepada ubat tu), jadi korang kena bagitau doktor @ ahli farmasi kalau hal ni berlaku - jadi mungkin korang kena makan ubat yang lain
Ada ubat yang perlu dimakan, ada yang perlu disapu, ada yang perlu dititik, ada yang perlu disuntik - pastikan korang diberitahu secara lengkap tentang cara nak guna ubat tu. Kalau ubat tu kena makan, Selepas makan atau sebelum makan? Sesetengah ubat tak boleh diambil bersama makanan, sebab ubat tu mungkin melekat pada makanan dan akibatnya tak banyak ubat dapat diserap ke dalam makanan. Ada jugak ubat yang kena diambik bersama makanan, sebab ada sesetengah ubat boleh menyebabkan pengeluaran asid yang berlebihan dan seterusnya sakit perut.
Dalam peti sejuk? Kat tempat gelap? Kat dalam bekas kedap udara? Sesetengah ubat sensitif kepada suhu, udara dan cahaya, jadi memerlukan penyimpanan yang rapi. Tapi secara standard la, kalau ubat tablet atau capsule, asalkan kat tempat gelap dan sejuk (dalam almari ke), dah ok dah.
Ada sesetengah ubat menyebabkan mengantuk, jadi kena makan masa nak tidur. Ada ubat yang mengakibatkan sakit perut, jadi kena ambik lepas makan.
Pastikan korang diberitahu, sebab sesetengah ubat yang dibancuh sendiri oleh ahli farmasi di hospital (kebiasaannya dalam bentuk cecair) cuma boleh bertahan dalam tempoh 2 minggu je sebelum expired.
Baiklah tu perkara-perkara yang perlu diberitahu kepada korang masa ubat tu diberikan kepada korang. Sekarang, perkara2 lain yang secara umumnya korang kena ambil perhatian bila mengambil sesuatu jenis ubat.
Contoh, kalau antibiotik korang habis, sakit tak sembuh lagi, tengok2 ada antibiotik member punya, korang sebat je antibiotik member tu, malas pergi klinik. Tak boleh buat camtu, sebab antibiotik tu mungkin berlainan jenis dengan yang korang makan, dan dos pun berbeza, kuman yang nak dibunuh pun berbeza. Dapatkan bekalan ubat baru di hospital atau klinik kalau ubat dah habis
Ada sesetengah jenis herba dan makanan tambahan boleh menyebabkan sesetengah ubat-ubat tak berkesan atau menjadi terlebih berkesan sampai mengakibatkan toksik. Jadi, beritahu doktor @ ahli farmasi kalau korang ada ambik herba @ supplement sekali dengan ubat tu
contoh kena makan tiga kali sehari atau setiap 8 jam sekali. Makan pukul 12 tgh hari, 8 malam dan 4 pagi. Katakan korang terlupa makan pada pukul 12 tengah hari, tengok jam dah pukul 4. Jadi, takyah makan dah la ubat tu, dah lewat 4 jam, kalau lewat sejam atau dua jam baru teringat yang lupa makan ubat, boleh lagi makan ubat tu secepat mungkin.
Baiklah, tu lah sedikit sebanyak yang boleh aku kongsi, kalau nak lengkap lagi boleh ajukan pertanyaan kat aku, mana-mana doktor perubatan, ahli farmasi ataupun lawat website ni --> Know Your Medicine.
source : RX5 blog
Antibiotic.What u should know!
Pertama sekali, macam mana nak tahu sesuatu ubat tu merupakan antibiotik ataupun tak? Kebiasaannya doktor akan beritahu yang mereka akan beri anda antibiotik sebaik anda anda diperiksa oleh doktor, ataupun ahli farmasi akan beritahu jenis ubat apa yang anda terima masa ubat diberi kepada korang. Katakan semasa ubat diberi kepada anda, ahli farmasi tak bagi tau pun apa kegunaan ubat tu (perkara nitak patut berlaku, seriously perkara ni memang memalukan kalau berlaku) tapi kalau mereka tak bagitau, pastikan anda tanya ahli farmasi tersebut, apa kegunaan ubat tu. Dan pastikan pada bekas/sampul/kotak ubat tu ditulis dengan perkataan "antibiotik". Tapi katakan la anda baru balik daripada kerja/universiti/sekolah, sampai2 kat rumah tengok ada ubat kepunyaan ayah/mak/atau sape2 je, dan anda tak tau ape jenis ubat tu. Macam mana nak tau ubat tu antibiotik ke tak? Berikut merupakan cara mudah nak kenalpasti jenis2 antibiotik.
Bagi antibiotik jenis Penicillin, nama kandungan aktif (active ingredient) bagi ubat tu akan berakhir dengan imbuhan -cillin. Contoh: Amoxycillin, Cloxacillin, Ampicillin
Bagi antibiotik jenis Macrolides, nama ubat tu selalunya berakhir dengan imbuhan -thromycin. Contoh: Azithromycin, Clarithromycin
Bagi antibiotik jenis Cephalosporin, nama ubat selalunya bermula dengan imbuhan -cef. Contoh: Cefuroxime, Ceftazidime, Cefotaxime
Bagi antibiotik jenis sulfonamide, kalau kat Malaysia, paling common jenis ni Co Trimoxazole a.k.a Sulfamethoxazole + Trimethoprim a.k.a Bactrim
Baiklah, bukan tugas anda nak ingat nama2 ubat ni, terutama kalau anda semua bukan ahli farmasi. Langkah terbaik untuk tau jenis ubat ni, ialah dengan cara menghubungi ahli farmasi di hospital/kedai farmasi terdekat kalau nak dapatkan kepastian yang lebih lanjut, okeh.
Sekarang dah tau la sikit camne nak kenal ubat ni, melalui nama dia. Lebih baik sekarang kita straight away kepada fakta2 pasal antibiotik ni.
1. Bekalan ubat antibiotik perlu dihabiskan. Kalau anda dapat 42 butir, maka habiskanlah 42 butir ubat tu. Kecuali kalau antibiotik tu diberikan dalam bentuk cecair dan ahli farmasi bagitau anda , makan selama seminggu je, lepas tu tak perlu habiskan. Antibiotik perlu dimakan selama waktu tertentu untuk mengelakkan kuman daripada kebal terhadap antibiotik ni
2. Sesentengah antibiotik boleh mengakibatkan alahan dan kesan sampingan yang serius, terutamanya jenis penicillin dan cephalosporin. Kalau anda tiba2 dapat ruam kat badan atau sesak nafas lepas makan antibiotik, atau suhu badan bertambah melebihi 38 darjah selsius sebaik je lepas makan antibiotik, sila segera berjumpa doktor dengan segera
3. Minum banyak air kalau anda makan antibiotik, selepas 2 jam anda makan antibiotik tu. Sesetengah antibiotik dikeluarkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing, jadi banyakkan minum air untuk bersihkan buah pinggang anda .
4. Beritahu ahli farmasi/doktor kalau anda sekiranya anda ada masalah buah pinggang, atau mengandung ataupun menyusukan anak dan dalam masa yang sama antibiotik diberikan kepada anda. Sesetengah antibiotik tak sesuai untuk golongan ibu mengandung/menyusukan anak, dan pengubahsuaian dos diperlukan kalau pesakit ada masalah buah pinggang.
5. Pastikan anda bagitau ahli farmasi/doktor dan dapatkan nasihat mereka kalau anda nak makan makjun, ubat-ubat
source: RX5 blog
Actifed
source: RX5 blog
Steven Johnson syndrome
source: rx5 blog
Nice blog, berguna untuk kerja PRP nanti.Thanks to RX5 blog=)
Thats's all for today. hehe
September 15, 2011
Dr M
meningkatkan pendapatan rakyat.Kebijaksanaan Dr Mahathir telah menambah baik
kehidupan dan rakyat mampu mendapat pendapatan yang lebih baik dengan peningkatan
ekonomi negara. Jika islam mengajar tentang sikap toleransi dan tolak ansur itulah yang diamalkan Dr Mahathir.Sebagai pemimpin sebuah negara yang mempunyai pelbagai lapisan kaum dan pelbagai agama beliau menunjukkan sikap toleransi kepada semua kaum.
Beliau membangunkan tempat ibadat bukan sahaja kepada umat islam tetapi juga untuk penganut agama-agama lain.Ini adalah toleransi beliau kepada semua rakyat. Dr Mahathir juga mengamalkan strategi membangunkan ekonomi semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.Semua bangsa mampu beroleh pendapatan yang baik asalkan berusaha.
Islam menunjukkan ke arah kemajuan dan kemodenan malah kemajuan memberi banyak kebaikan kepada manusia.Dr Mahathir mencanai pelan dan usaha agar negara mampu mencapai kejayaan dan kemajuan.
berserban dan berjubah semata-mata.Islam sebenarnya lebih kompleks dan perlu ditunjukkan melalui peribadi dan cara hidup. Pandangan pihak yang menganggap manusia berjubah dan berserban adalah lebih islamik adalah salah kerana Dr Mahathir membuktikan bahawa tanpa jubah dan serban,seseorang mampu menjadi pemimpin yang baik dan beragama. Islam adalah agama yang sering menyuruh umatnya menjadi manusia yang praktikal dan tidak hanya pandai berkata-kata.
Antara peribadi Dr Mahathir yang mengikut acuan Quran dan hadis :
1.Bekerja rajin.
Sabda Baginda saw
“ Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu kerja,maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya”. Dr Mahathir adalah manusia yang sentiasa komited dalam pekerjaan sama ada sebagai pelajar atau pemimpin.Peribadi beliau jelas mengikut saranan hadis saw.
2.Berjihad pada jalan Allah .
Riwayat Imam Bukhari & Muslim.
"Perumpamaan teman yang salih dan teman yang jahat adalah seperti orang yang berteman dengan penjual minyak wangi dan tukang besi." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)Dr Mahathir amat memilih teman.Beliau dididik oleh ayah beliau agar memilih teman yang baik dan pentingkan pelajaran.Sejak kanak-kanak hingga bergelar pemimpin,beliau mempraktikkan ajaran ayahnya. Kejayaan Dr Mahathir dalam pelajaran dan pimpinan adalah kerana beliau peka dan teliti dalam pemilihan teman.
4.Membasmi kemiskinan.
5.Meningkatkan mutu pendidikan bangsa Melayu.
surah Al Mujadalah ayat 11. Dr Mahathir amat mementingkan ilmu pengetahuan.Beliau yang melihat sendiri kurangnya pelajar Melayu ketika di Universiti dalam pelbagai bidang telah menceburi politik untuk mengubah mentaliti bangsa Melayu. Apabila beliau menjadi Perdana Menteri beliau telah berusaha memajukan bangsa Melayu dalam pendidikan.Beliau berjaya melahirkan lebih ramai doktor perubatan di mana suatu waktu dahulu pelajar Melayu amat takut dengan bidang perubatan. Pelajar Melayu yang berjaya dalam bidang berasaskan sains seperti kejuruteraan bertambah dengan banyak.Kini jumlah pelajar Melayu dalam semua bidang semakin bertambah . Kejayaan ini adalah bukti Dr Mahathir menjalankan program dan dasar mengikut acuan Quran.
"Barang siapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Dr Mahathir adalah pemimpin yang mementingkan ilmu dan kemahiran.Sepanjang pemerintahan beliau,keseimbangan ilmu dunia dan akhirat diambil berat kerana mahu orang islam maju dan berjaya dunia akhirat. Beliau juga sedih dengan sistem pendidikan pondok dan sekolah agama rakyat yang tidak menitikberatkan ilmu dengan baik.Mereka hanya belajar agama sahaja sedangkan islam menyuruh mementingkan ilmu dunia dan akhirat.Pemimpin Pas hanya mementingkan sistem pondok dan tidak mahu menambahbaik kepada sekolah arab yang dibangunkan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Negeri. Tiada satu pun nas Quran atau hadis yang menyuruh kita belajar ilmu agama sahaja.Islam adalah agama yang maju dan berjaya.Oleh demikian ilmu dunia dan akhirat perlu seimbang.Orang islam perlu menguasai semua bidang ilmu.
7.Mempunyai pendirian.
8.Meninggalkan perkara yang tidak penting.
9.Berpegang dengan agama.
10.Nasihat untuk kebaikan.
11.Penyabar.
“ Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu.”Riwayat Imam Tarmizi. Dr Mahathir adalah seorang manusia penyabar dan ia dapat dilihat melalui keputusan dan kata-kata beliau. Terlalu banyak peristiwa yang dilalui beliau.Dipecat dari UMNO,Semangat46 ditubuhkan dan beliau dimaki hamun,penyebaran pelbagai fitnah tidak berasas seperti Dr Mahathir mempunyai isteri kedua beragama Kristian.Begitu juga dengan fitnah yang dilemparkan seorang ahli PAS memfitnah Dr Mahathir menonton filem lucah,tidak solat Subuh dan sebagainya. Dr Mahathir melalui banyak penderitaan dan tuduhan tidak berasas namun beliau tetap tenang dan bersabar menghadapi segala dugaan dan cabaran.Itulah peribadi Dr Mahathir yang jelas mengikut ajaran islam sebenar. “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang
12.Adil
12.Berani meminta maaf.
13.Menyuruh kebaikan dan mencegah kejahatan.
“Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi.Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya".Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan.Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya
kamu berfikir” (Surah Al-Baqarah ayat 219) Sebagai seorang anak yang mendapat didikan mulia dari ibu bapa yang mementingkan aspek moral dan didikan agama Dr Mahathir berpegang dengan ajaran mereka.Sejak bergelar manusia baligh dan berakal beliau tidak pernah terbabit dalam perbuatan tidak bermoral seperti minum arak atau berjudi.Walaupun ramai memfitnah
beliau kaki botol dan tahi judi namun tohmahan tersebut adalah fitnah yang tidak mempunyai bukti dan sekadar cakap kosong untuk menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai orang islam.
15.Berusaha dan bertawakal.
16.Tidak memfitnah.
17.Mengamalkan ajaran islam sepenuhnya.
18.Cerah mata hati.
19.Mencari akhirat.
20.Menunaikan janji dengan baik.
Surah Al- Maaidah ayat 1. Dr Mahathir adalah manusia yang peka dengan janji.Beliau tidak pernah berjanji dan memungkirinya.Sifat menunaikan janji yang diucapkan beliau adalah jelas mengikut ajaran Quran. Dr Mahathir tidak pernah melupakan janji kerana beliau hanya berjanji apa yang beliau rasa mampu ditunaikan dan apa yang terbuku dalam hati.
source : http://peribadidrmahathir.blogspot.com/2011/09/islam-dan-keperibadian-dr-m-part-1.html
September 6, 2011
Tahniah T-Team 1-Selangor 0
Assalamualaikum.. Alhamdulillah selesai sudah misi pada hari ini.. Kebetulan terbaca status fb kawan mengatakan ada game bola kat stadium Terengganu untuk grouping stage piala malaysia 2011.. Aku langsung sms teman2 mengajak menonton bola bersama pada malam ini.. Setelah sent msg kepada semua. Yang respond ada pa Cute boy, dan syahmi. Selepas solat maghrib kami berkumpul sebentar di Mydin Terengganu, aku pergi beli bendera Terengganu dan Malaysia jap.hehe... Kemudian, dengan kenderaan pacuan dua roda,kami menghala ke stadium untuk membeli tiket.. 1st half of the game, kedudukan masih 0-0. Walaupun T team menguasai perlawanan tetapi penyudah yang tumpul menghampakan sedikit perasaan peminat. Alhamdulillah, gol yang ditunggu-tunggu hadir pada 2ns half untuk menceriakan kem peminat terengganu. Overall, T team bermain bagus tetapi penyudah yang agak tumpul membuatkan peminat sedikit kecewa. Tidak dilupakan,di sini disertakan gambar kenangan bersama teman=)
September 4, 2011
Tradisi Baru, Mahasiswa Korea Berbogel Selepas Pesta Graduasi (apa kata anda? )
Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak mengatakan, reformasi pendidikan merupakan salah satu agenda utama negara tahun ini.
Beliau berjanji untuk selalu hadir dalam setiap pertemuan bulanan, yang diadakan untuk mengubah sistem pendidikan masyarakat.
“Reformasi pendidikan salah satu agenda utama kerajaan kita tahun ini,” kata Lee dalam satu ucapan melalui radio seminggu lalu.
“Kerajaan akan mengadakan pertemuan setiap bulan untuk meninjau polisi mengenai kurikulum pendidikan dan segala sesuatu yang berkaitan dengan budi pekerti pelajar. Diharapkan dalam tempoh terdekat ibu bapa dan guru akan segera merasakan perubahan yang nyata,” kata Lee.
Lee mengumumkan dasar tersebut setelah menyaksikan puluhan gambar telanjang para remaja yang merayakan pesta graduasi mereka.
Gambar bogel beberapa remaja yang berpesta bogel ini muncul di laman internet dan mengejutkan ibu bapa mahupun guru.
Pelbagai komen-komen negatif terhadap karenah para remaja muncul.
“Mereka telah menodai adat istiadat, kebudayaan dan keramahan bangsa ini. Namun masalah yang asas adalah bagaimana menyedarkan para pelajar tentang makna sebuah pendidikan,” kata Lee.
Minggu lalu, Lee menyebut masalah tersebut sebagai anjakan budaya yang melanda remaja adalah masalah dan penyakit serius yang harus segera dibanteras.
“Kita perlu mula melakukan pendekatan terhadap para remaja melalui kepentingan budaya dan adat istiadat dan menanamkannya dalam fikiran mereka,” kata Lee.
source : http://aduhaimedia.com/tradisi-baru-mahasiswa-korea-berbogel-selepas-pesta-graduasi/September 3, 2011
MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR
- Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
- Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
- Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
- Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
- Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
- Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
- Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.
- Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
- Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.
apa itu wahan bro
Ada seorang yang bertanya, ‘Apakah karena pada saat itu jumlah kami sedikit?’ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Tidak, bahkan kamu pada saat itu mayoritas, akan tetapi kamu seperti buih di atas permukaan air laut. Sesungguhnya Allah telah mencabut rasa takut dari musuh-musuh kalian, dan telah mencampakkan penyakit al wahan pada hati kalian’.
Seorang sahabat bertanya: ‘Ya Rasulallah, apa penyakit al wahan itu?.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Al Wahan adalah penyakit cinta dunia dan takut mati’ “. (HR. Abu Dawud, Ahmad, dan lainnya)