Berniaga cara Rasullulah
Ya Allah, murahkan lah rezeki Muhammad Adib dan keluarga. Tunjukkanlah jalan yang lurus dan benar..Amin
Rasulullah s.a.w juga diketahui sangat rajin sejak kecil. Baginda bekerja mengembala kambing dengan mendapat upah beberapa qirat (sen) sahaja. Hasil kerja baginda ini digunakan bagi membantu keluarga Abu Talib. Hal ini disebut dalam hadith baginda ;
" Allah S.W.T tidak mengutuskan seorang Nabi melainkan dia mengembala kambing." Para sahabat bertanya berkenaan diri baginda. Baginda menjawab, "Ya!..Aku juga pernah mengembala kambing penduduk Mekah dengan mendapat upah beberapa qirat."
(H.R Bukhari)
Salah satu dari sunnah Nabi S.A.W ialah berniaga.9/10 rezeki datangnya dari berniaga.
Cara Nabi berniaga :
Mengikut
riwayat Nabi menjual barang-barang baginda tidak seperti cara yang
diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu.
Baik peniaga Arab atau bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya
mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan cara meletakkan
harga setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu
harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa
harga yang mereka kehendaki. Dengan cara ini pembeli merasa puas dan
senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Nabi juga
mengambil sikap menjual modal apabila si pembelinya seorang yang
benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barangan itu.
Berniaga dan menjadi Usahawan adalah salah satu SUNAH
Nabi. Daripada pengalaman ramai kawan-kawan yang ingin jadi Usahawan
tapi tidak berani. Pekara yang paling di takuti ialah takut RUGI, takut GAGAL, takut BENGKRAP dan beribu lagi alasan.
Jika kita membaca biografi usahawan-usahawan yang berjaya, kesemua mereka telah melalui kegagalan. KEGAGALAN adalah package untuk menjadi usahawan yang BERJAYA.
Jadi jangan takut untuk GAGAL. Dan jangan fikir buat satu bisnis terus
je berjaya. Kebiasanya Usahawan yang berjaya itu telah mencuba
pelbagai bisnis sebelum mereka meraih kejayaan. Kita tidak akan merasa
serasi dengan sesuatu bisinis sebelum kita mencuba perniagaan tersebut.
Cara yang paling bagus sebelum kita memilih sesuatu perniagaan adalah buat solat Isthikarah.
Setelah berusaha bersungguh sekiranya BERJAYA Alhamdulillah tetapi
sekiranya GAGAL pasti ada hikmah yang baik dari ALLAH swt. Jangan lupa
amalkan solat dhuha setiap hari kerana solat dhuha itu adalah kunci rezeki. Berniagalah mengikut sunah Nabi dan jangan sesekali menipu timbang.
JANGANlah kita berputus asa jika baru 3-4 kali gagal berniaga samada perniagaan offline atau online dan JANGAN
sesekali menyalahkan orang lain bila kita GAGAL…REDHA ada ilmu yang
ALLAH beri dari kegagalan kita dan mungkin juga ALLAH hendak bersihkan
harta kita untuk kebaikan dunia dan akhirat. Kejayan tidak akan datang sekelip mata.
Firman ALLAH sw surah Fudhilat ayat 49 yang ertinya :
Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.
Dan berniaga jugalah cara untuk membuat kebajikan dengan mudah.Berniaga
dengan tidak mengambil keuntungan yang melampau,tidak mengurangkan
timbangan,selalu melebihkan timbangan kepada pelanggan,bertimbang rasa
serta jujur dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.Itulah antara cara
Nabi S.A.W berniaga.
source: http://darkkurosaki.blogspot.com/2010/12/berniaga-cara-rasullulah.html