November 5, 2011

Persoalan Agama: Makmurkan masjid tanggungjawab orang beriman

Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
bhagama@bharian.com.my
2011/06/05

ASSALAMUALAIKUM. Ustaz Zahazan, saya melihat beberapa masjid yang besar, namun jemaahnya sangat menyedihkan. Persoalannya bagaimana cara menghidupkan masjid? Soalan kedua, apakah adab yang perlu diketahui oleh orang Islam mengenai masjid? Harap dapat penerangan ustaz. Terima kasih.

Asrul,
Sri Damansara.
ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d. Allah SWT berfirman dalam surah at-Taubah ayat 19 yang bermaksud: “Dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim”.

Ayat itu jelas menunjukkan bahawa usaha memakmurkan masjid mempunyai kedudukan di sisi Allah. Allah SWT dengan tegas menyatakan bahawa tugas memakmurkan masjid Allah hanya dilaksanakan oleh orang yang beriman. Maka orang yang tidak memakmurkan masjid bererti bukanlah orang yang benar-benar beriman.

Satu hadis yang menjelaskan mengenai keutamaan membangun masjid iaitu diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim daripada Usman, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang membangun sebuah masjid untuk mencari keredaan Allah SWT, nescaya Allah SWT membangun untuknya sebuah rumah dalam syurga.

Bagaimanapun bagi setiap Muslim perlulah memelihara adab yang disyariatkan mengenai masjid, antaranya:
  • Pertama: Masuk ke dalam masjid hendaklah mendahulukan kaki kanan dan keluar dengan mendahulukan kaki kiri. Sebelum ke masjid hendaklah membaca doa ke masjid seperti diajar Nabi SAW, antaranya: Allahummaj’al fi qalbi nuran, wafi bashari nuran, wafi sam’i nuran, wa’an yamini nuran, wa’an syimali nuran, wa’an amami nuran, wa’an khalfi nuran, wafi ‘ashabi nuran wafi lahmi nuran, wafi sya’ri nuran wafi basyari nuran (yang bermaksud: Wahai Tuhanku, jadikanlah cahaya pada hatiku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada pendengaranku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya di sebelah mukaku, cahaya di sebelah belakangku, cahaya pada uratku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku, cahaya pada rambutku, dan cahaya pada kulitku.)

  • Kedua: Mengerjakan solat dua rakaat solat tahiyyatul masjid apabila masuk masjid.

  • Ketiga: Duduk dalam masjid dengan menghadap kiblat.

  • Keempat: Berniat iktikaf selama duduk di dalamnya.

  • Kelima: Memelihara kebersihan masjid dan tidak mengotorinya.

  • Keenam: Tidak melakukan perkara tidak disukai syarak seperti bernyanyi, bertanyakan barang-barang yang hilang dan seumpamanya.

    Bagi persoalan bagaimana cara untuk kita memakmurkan masjid, ada banyak sebenarnya. Ini termasuk:

    Pertama: mendirikan masjid di tempat dirasakan perlu untuk memudahkan umat Islam mendirikan jamaah. Hukum melaksanakan perkara ini adalah fardu kifayah.

    Kedua: membantu dan menyokong masjid yang sudah didirikan.

    Ketiga: memuliakan masjid dengan tetap melakukan ibadat di dalamnya, menyebut Allah di dalamnya, sentiasa tetap didirikan solat berjemaah, mengadakan program ilmu seperti tazkirah, kuliah ilmu dan seumpamanya.

    Keempat: menjaga adab dalam masjid seperti yang sudah diterangkan di atas.

    Bagi mereka yang dilantik menguruskan masjid, hendaklah melakukan perkara yang memberi kebaikan kepada masjid seperti memperbaiki masjid, memastikan azan sentiasa dikumandangkan setiap kali masuk waktu solat, memastikan solat berjemaah sentiasa didirikan, ‘mewangikan’ masjid dan memasang lampu sekadar perlu lebih-lebih lagi setiap kali hari raya, menambah pendapatan wakaf masjid dengan berlaku jujur dan ikhlas dalam menjaga harta itu.

    Pada masa sama, hendaklah menjaga kebersihan dan keselamatan perkakas masjid, manakala pegawai masjid, imam, muazzin, tukang bersih dan seumpamanya hendaklah menjalankan tugas yang telah ditetapkan untuk mereka. Demikianlah, wallahua’lam.
  • Persoalan Agama: Panduan, ibadah ketika bermusafir

    Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
    bminggu@bharian.com.my
    2011/05/08

    BAGAIMANAKAH musafir mengikut cara Islam? Soalan kedua, apakah ada sebarang doa khusus untuk kereta baru?

    HAMBA ALLAH,
    Kuala Lumpur.
    AL-HAMDULILLAH wassolatuwassalam ‘ala Rasulillah waba’d.

    Apabila seseorang mula hendak musafir, disunatkan untuk ia bertakbir sebanyak tiga kali dan membaca doa berikut: “Subhanallazi sakhkhara lana haza wa ma kunna muqriniin wa inna ila rabbina lamunqalibun. Allahumma inna nas’aluka fi safarina hazal birra wattaqwa waminal ‘amali ma tardho. Allahumma hawwin ‘alaina safarana haza watwi ‘anna bu’dah. Allahumma antas sohibu fis safari wal khalifatu fil ahli. Allhuamma inni a’uzu bika min wa’thais safari wa kaabatil manzhori wa suuil munqalabi fil mali wal ahli. (Maksudnya: Maha suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.

    Wahai Allah sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan, ketakwaan dan amal yang Engkau reda dalam musafir kami ini. Wahai Tuhan permudahkanlah segala urusan kami dalam musafir kami ini dan singkatkan kejauhan jarak musafir ini kepada kami. Wahai Allah, Engkaulah adalah teman dalam musafir dan pengganti bagi keluarga yang kami tinggalkan. Wahai Allah sesungguhnya saya berlindung diri kepada-Mu dari kesukaran dalam musafir, pemandangan yang menyedihkan dan buruknya kembali baik bagi harta mahupun keluarga kami).

    Ketika selesai urusan dan hendak pulang, maka ucapkanla: “Aa’ibuuna taa’ibuna ‘abiduna lirabbina hamidun. (Maksudnya: Kami kembali dari perjalanan, bertaubat dari dosa kami, beribadat dan memuji Tuhan kami).
    Apabila urusan sudah selesai, sunat untuk dia segera pulang sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Musafir itu adalah sebahagian daripada azab yang mana seseorang itu hendaklah mengurangi makan, minum dan tidurnya. Oleh kerana itu, apabila salah seorang kamu sudah selesai urusannya dalam musafir, maka hendaklah ia segera kembali kepada keluarganya.

    Apabila seseorang itu berhenti pada satu-satu tempat, maka hendaklah dia berdoa sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, nescaya dia tidak akan diganggu sehingga ia meninggalkan tempat berkenaan. Doanya iaitu: “A’uzu bi kalimaatillahit-taam-mati min syarrima khalaq (Maksudnya: Saya berlindung diri dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan yang Ia ciptakan).

    Orang musafir diberi keringanan dalam melaksanakan solat fardu iaitu solat yang empat rakaat dapat diqasarkan (dipendekkan) menjadi dua serta dibolehkan untuk menghimpun (menjamak) solat Zuhur dengan solat Asar dan Solat Maghrib dengan solat Isyak.

    Perkara itu disebabkan mereka dalam keadaan azab iaitu hilangnya ketenangan dan kerehatan.

    Apabila seseorang dalam musafir dan menjelang waktu malam, maka hendaklah ia berdoa seperti diajar Nabi SAW iaitu: “Ya Ardhu rabbi wa rabbikillah, a’uzu billahi min syarriki wa syarri mafiki wa syarri ma khuliqa fiki wa syarri ma yadibbu ‘alaiki, wa ‘auzubiki min syarri asadin wa aswada waminal hayyati wal ‘aqrabi wa min sakinilbaladi wamin waalidin wama walada (yang bermaksud: “Wahai bumi, Tuhanmu adalah Allah, saya berlindung diri kepada Allah daripada kejahatanmu wahai bumi, kejahatan yang berada di perutmu, kejahatan makhluk yang berada di perutmu dan kejahatan binatang yang melata di atasmu. Saya berlindung diri denganmu dari kejahatan binatang buas, manusia, ular, kala jengking, segala macam binatang, serta dari Iblis dan syaitan).

    Apabila seseorang baru datang dari musafir, disunatkan ia terus ke masjid dan solat sunat dua rakaat seperti yang disebut dalam sebuah hadis daripada Ka’ab bin Malik ra – Bahawasanya apabila Baginda datang daripada musafir, Baginda SAW terus ke masjid dan solat dua rakaat di dalamnya.

    Kalangan perempuan tidak dibenarkan musafir kecuali bersama mahramnya seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis iaitu: “Tidaklah halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk musafir yang memakan masa sehari semalam kecuali bersama mahramnya.”

    Disunatkan juga untuk memulakan perjalanan pada hari Khamis dan dilarang untuk musafir sekiranya bersendirian. Demikianlah antara adabnya, Wallahua’lam.

    Bagi soalan kedua, Allah SWT berfirman dalam surah az–Zukhruf ayat 13 yang bermaksud: “Dan Dialah (Allah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya, dan Ia mengadakan bagi kamu kapal dan binatang ternak yang kamu dapat menggunakannya (bagi tujuan pengangkutan). Dan supaya kamu duduk tetap di atasnya serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan “Maha Suci Tuhan yang sudah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”

    Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu membeli unta, maka hendaklah kamu memegang bonggol unta dan ucapkanlah:
    “Allahuamma Inni As’aluka min Khairiha wa khairi ma jabaltaha ‘alaihi wa a’uzhu bika min syarriha wa syarri ma jabaltaha ‘alaihi. (Maksudnya: Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu kebaikannya dan keberkatan. Daku memohon diri kepada-mu dari keburukan kenderaan ini dan keburukan tabiatnya).

    INFO

    Sebarang kemusykilan sila hantarkan soalan ringkas menerusi e-mel bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

    Kaabah pasang kiswah sutera

    2011/11/06

    JEMAAH berada di Jabal Rahmah memulakan ibadah haji beramai-ramai di Padang Arafah.
    JEMAAH berada di Jabal Rahmah memulakan ibadah haji beramai-ramai di Padang Arafah.
    Gabenor Makkah nasihat jemaah elak berpolitik, tumpu tunai ibadah

    MINA: Seperti tradisi setiap tahun, kain penutup Kaabah disebut kiswah diganti semalam menandakan permulaan haji dan pada tahun ini kain diperbuat daripada sutera hitam itu bercampur warna emas dan perak.
    Selesai solat Subuh, berpuluh-puluh petugas menanggalkan kiswah yang selama setahun menutupi Kaabah. Para petugas kemudian menggantinya dengan kiswah baru hasil tangan 240 petugas khas.
    Pada masa sama, Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal bin Abdulaziz yang bertanggungjawab atas jemaah haji, mengingatkan jemaah supaya mengelak berpolitik dan menumpukan sepenuhnya kepada ibadat Rukun Islam kelima itu.

    Bercakap dalam sidang akhbar di sini, beliau berkata: “Tindakan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menggunakan haji untuk tujuan lain.”

    Setakat ini, tiada cubaan dibuat dalam hal berkenaan. Sementara itu, jumlah jemaah luar negara tahun ini di Tanah Suci memecah rekod dengan peningkatan 1.5 peratus berbanding tahun lalu menjadikan jumlah keseluruhan jemaah berdaftar seramai 1,828,195 orang.

    Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Mahkota Naif Abdul Aziz berkata jumlah ini meningkat seramai 27,274 berbanding tahun lalu.
    “Ini adalah kali pertama dalam sejarah haji, jumlah jemaah luar negara mencecah rekod melebihi 1.8 juta orang,” katanya kepada agensi berita Arab Saudi.
    Daripada jumlah itu, jemaah lelaki mewakili 54 peratus iaitu seramai 989,776 orang sementara jemaah perempuan seramai 838,419.

    Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, seramai 1,684,876 jemaah tiba menggunakan penerbangan, 128,350 menerusi darat dan 14,969 melalui laut, mewakili 183 negara.

    Putera itu melahirkan rasa terima kasih dan tahniah kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah berikutan kejayaan mengendalikan perhimpunan raksasa itu.

    Sementara itu, jemaah memulakan Hari Tarwiah (Hari Memberi Air) kelmarin, hari yang diberi nama seumpama itu berikutan secara tradisi jemaah memberi air kepada tunggangan dan ternakan serta menyimpan air untuk perjalanan ke Arafah.

    Ramai jemaah menggunakan Kereta Api Mashair untuk ke Arafah dan kawasan sekelilingnya yang kosong dipenuhi jemaah untuk menghadiri kemuncak ibadat haji, semalam.

    Kereta Api Mashair memulakan operasi kali pertama tahun ini dengan kapasiti penuh membawa 72,000 jemaah sejam untuk mengurangkan kesesakan dan mengelakkan tolak menolak.

    Landasan berkembar itu menghubungkan tiga kawasan suci di Mina, Muzdalifah dan Arafah. Kereta api itu akan menggantikan penggunaan 30,000 kereta sebelum ini, kata pengarah projek Fahd Abu Tarbush. – Agensi/AP

    Peluang Zulfadli jadi juara dunia

    Oleh Jumiati Rosly
    jumiati@bharian.com.my
    2011/11/06

    MENCIPTA sejarah sebagai pemain pertama negara merangkul kejuaraan remaja Asia, Zulfadli Zulkifli kini hanya selangkah untuk merangkul gelaran dunia apabila dijadualkan bertemu pemain Denmark, Viktor Axelsen pada final Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan, hari ini.

    Namun halangan terakhir buat pemain kelab profesional KLRC itu bukan mudah kerana perlu menundukkan juara bertahan, Axelsen yang juga pilihan utama kejohanan dan berada di ranking ke-43 dunia.
    Pada separuh akhir semalam, Zulfadli, 18, tidak menghadapi masalah besar untuk sekali lagi mengecewakan pemain Jepun, Kento Momota 21-18, 21-18 dalam masa 38 minit manakala Axelsen menundukkan Sameer Verma dari India, 21-19, 21-19.
    Sementara itu, beregu lelaki negara, Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi turut mara ke final apabila mudah menewaskan pasangan Taiwan, Tien Tzu Chieh-Wang Chih Hao 21-8, 21-17 dalam tempoh hanya 20 minit.

    Naib juara beregu lelaki tahun lalu itu bagaimanapun berdepan ujian getir pada final hari ini apabila bertemu pilihan pertama dari Taiwan, Huang Po Jui-Lin Chia Yu dalam final selepas Huang-Lin menyingkirkan pasangan Indonesia, Ronald Alexander-Selvanus Geh 21-19, 21-23, 21-15 di separuh akhir.

    Nelson yang bergandingan Chow Mei Kuan bagaimanapun terkandas di separuh akhir acara beregu campuran selepas ditundukkan pasangan Indonesia, Ronald Alexander-Nuraidah Tiara Rosalia, 21-17, 20-22, 21-16.

    November 2, 2011

    SEA XXVI: 2 tonggak diketepi

    Oleh Wan Fakhrul Bakar
    wanfakhrul@bharian.com.my
    2011/11/03

    Wan Zack, Gary digugur, Baddrol jadi kapten

    DUA tonggak utama, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat terpaksa diketepikan daripada senarai 20 pemain terakhir skuad B-23 negara ke Jakarta, Indonesia hari ini untuk misi mempertahankan pingat emas di Sukan SEA XXVI.
    Sebagai ganti, pemain tengah 17 tahun, Nazmi Faiz Mansor yang kini bersama skuad negara di Kelayakan Kejuaraan B-19 Asia di Vietnam, terpaksa diterbangkan pulang malam tadi bagi mengisi tempat Gary.
    “Memang kedua-dua pemain ini tonggak. Tapi kita terpaksa akur, Wan Zack masih memerlukan dua minggu untuk pulih daripada kecederaan buku lalinya manakala masalah hamstring Gary hanya akan pulih dalam tempoh tiga minggu.

    “Tapi bagi mengisi tempat Wan Zack di posisi sayap, saya masih boleh gunakan Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani atau Syahrul Azwari Ibrahim,” kata Kim Swee pada sidang media di Petaling Jaya, malam tadi.

    Senarai 20 pemain itu diumumkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, menyaksikan tujuh pemain terpaksa disisihkan iaitu Wan Zack, Gary, Zamir Selamat, Ab Aziz Ismail, Izuan Salahuddin, K Reuben dan Syazwan Tajuddin.

    Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mendedahkan rancangan penyediaan pesawat sewa khas untuk membawa pulang pemain negara sejurus tamat aksi final Sukan SEA, andai Malaysia layak.
    “Kita perlu pulang segera untuk menghadapi aksi Kelayakan Olimpik menentang Syria di Kuala Lumpur pada 23 November. Jadi jika layak ke final, kita pulang segera sebaik tamat saja perlawanan pada malam 21 November itu,” kata Azzuddin.

    Baddrol turut diumumkan sebagai kapten pasukan manakala penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sebagai penolongnya, dengan aksi sulung Kumpulan A menyaksikan Malaysia berdepan Singapura, Isnin ini.


    SENARAI 20 PEMAIN

    Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Izham Tarmizi Roslan.

    Pertahanan: Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Amer Saidin, Asraruddin Putra Omar, Zubir Azmi.

    Tengah: Syahrul Azwari Ibrahim, Yong Kuong Yong, K Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Zakaria.

    Penyerang: Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Izzaq Faris Ramlan, A Thamil Arasu

    November 1, 2011

    Dasar kerajaan terbaru berkenaan perkhidmatan Pegawai Farmasi Posted bykarl

    Masa aku dalam final year dulu, aku pernah suarakan pada sorang pensyarah pasal tindakan fakulti yang ambil masuk student ke dalam program Sarjana Muda Farmasi dalam jumlah yang terlalu ramai. Masa tu aku difahamkan batch ke 8 BPharm UiTM dah mencecah 180 orang. Itu yang terakhir aku tahu sebelum aku tamatkan pengajian kat UiTM. Aku tanya la, Prof, ramai sangat student yang fakulti ambik masuk ni, nanti tak takut ke masalah bila dorang dah graduate nanti, sebab post pegawai farmasi dalam government sector maybe saturated.

    Lecturer tu jawab la, takde masalah, memang dalam government skang tak cukup lagi pegawai. Kalau graduates bertambah nanti government tambah la post kosong :D Sangat-sangat la optimistik jawapan beliau masa tu. So benda ni habis kat situ jela.

    Kemudian bila aku dah nak habis PRP aku rasa pelik: aku tertunggu-tunggu la mana la PRP baru ni, tak masuk2 lagi. Lama lepas tu masuk la PRP baru ke hospital tempat aku attach for PRP training. Graduates IMU, UIA, UKM. Pastu dengar pulak rungutan junior2 & graduates daripada USM, UiTM, tak dapat2 lagi posting letter. Masa tu dah terasa macam something wrong happening now. Dan kemuncaknya, Bahagian Farmasi pada bulan lepas announce pasal compulsory service dah dipendekkan daripada 1 + 3 tahun kepada 1+1 tahun. So, confirm la, post kosong pegawai farmasi dalam KKM dah nearly saturated.

    Ada beberapa isu yang timbul daripada keadaan ni antaranya:

    - Elaun kritikal. Elaun kritikal pegawai farmasi diperkenalkan atas sebab sewaktu elaun tu diperkenalkan, jumlah pegawai farmasi dalam sektor awam belum mencukupi. So sekarang bila dah ramai dah pegawai dalam government service, akan dikekalkan lagi ke elaun ni?

    - Laluan kerjaya pegawai farmasi. Buat masa sekarang, pegawai farmasi dijanjikan dengan perlantikan secara time based daripada gred gaji U41 ke 44, 48 dan 52. Bila pegawai dah ramai, still berjalan ke atau akan dikaji semula?

    - Persaingan untuk mendapatkan kerja. Untuk batch graduates pharmacy pada tahun ni dan pada tahun depan mungkin berpeluang lagi untuk diserapkan terus ke perkhidmatan awam lepas grad, tapi macam mana pulak dengan batch-batch graduate farmasi 3 tahun akan datang? Mungkinkah lepas ni graduate farmasi terpaksa compete sesama mereka untuk dapatkan kerja dengan sektor swasta, industri, retail atau pun dalam bidang akademik?

    Isu pertama dan kedua, berkenaan elaun kritikal dan laluan kerjaya. Polisi ni ditentukan oleh pihak JPA, so nasib pegawai2 farmasi semua di tangan geng2 PTD yang membuat dasar di JPA. Kalau dorang nak pekenakan kita, mungkin dalam jangka masa terdekat ni elaun tu bakal ditarik balik dan laluan kerjaya ditarik balik. Tapi tindakan drastik macam tu akan membawa kesan - kebanyakan pegawai farmasi stay dalam government disebabkan adanya elaun kritikal dan jugak laluan kerjaya yang dijanjikan kepada dorang. So kalau kedua-dua benefit tu ditarik, rasanya penghijrahan besar-besaran pegawai farmasi daripada government mungkin berlaku.

    Isu ketiga, pasal peluang kerjaya untuk graduates pharmacy. Buat masa sekarang kalau merujuk kepada Akta Pendaftaran Ahli Farmasi, sebelum didaftarkan penuh sebagai ahli farmasi, graduates pharmacy perlu menjalani latihan PRP terlebih dahulu, maksudnya kena kerja dengan government dulu la, baru boleh register penuh dan practice. So buat masa ni kalau mengikut undang-undang, sebab graduate ni semua wajib kerja government sebelum boleh practice so pengambilan masuk ke dalam government sector tu masih berkuatkuasa. Cuma undang-undang, boleh berubah bila-bila masa. Jadi hal ni tetap bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara kerajaan.

    Kesimpulan yang aku boleh buat setakat ni:

    - Government sector untuk tempoh 3-4 tahun lagi takkan dapat nak absorb semua pharmacy graduate daripada universiti, sebab total IPTA & IPTS yang produce BPharm graduates kat Malaysia dah mencecah 17 buah.

    - Graduates pharmacy pada masa akan datang perlu compete untuk dapatkan kerja, so pointer/CGPA + soft skills dah jadi perkara yang essential dan amat penting bagi setiap graduates.

    - Fakulti Farmasi di mana-mana uni kena hadkan semula pengambilan pelajar (something that UiTM wont do, im really sure about this), kalau tak graduates pharmacy mungkin menerima nasib macam graduates kursus-kursus lain yang terpaksa menganggur dan bersaing secara hebat untuk masuk market.

    Bawah ni beberapa pengumuman daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi berkenaan polisi perkhidmatan Pegawai Farmasi.

    FAQ : PEMENDEKAN TEMPOH KHIDMAT WAJIB PEGAWAI FARMASI DARI 3 TAHUN KE 1 TAHUN

    1. Siapa yang terlibat?
    a) FRP yang didaftarkan mulai tahun 2011 diberikan notis 1 tahun khidmat wajib secara automatik.
    b) FRP yang telah diberikan notis khidmat wajib dan layak untuk menukar notis berkenaan ke notis 1 tahun khidmat wajib.

    2. Bagaimana status FRP tajaan JPA?
    Perlu mematuhi perjanjian biasiswa / pinjaman dengan JPA untuk berkhidmat
    dalam perkhidmatan awam mengikut tempoh dalam perjanjian berkenaan.



    3. Siapa yang layak menukar notis khidmat wajib dari 3 tahun ke 1 tahun?
    Bukan tajaan JPA sahaja tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
    a) Selepas 1 tahun khidmat wajib dari tarikh melaporkan diri sebagai FRP;
    b) Memilih untuk menceburi industri farmaseutikal tempatan/ komuniti farmasi tempatan/ hospital swasta tempatan/ IPT tempatan;
    c) Memilih untuk meletak jawatan dari perkhidmatan kerajaan.

    4. Apakah prosedur bagi menukar notis khidmat wajib dari 3 tahun ke 1 tahun?
    Permohonan dibuat melalui TPKN (F) kepada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM);
    Sebelum Notis Khidmat Wajib 1 tahun dikeluarkan, Notis Khidmat wajib yang asal dipulangkan kepada LFM beserta:

    i. 1 sampul surat beralamat sendiri dan bertampal setem RM1.00; dan
    ii. 1 Slip Pos Malaysia bernilai RM 2.20 (tanpa digamkan)

    Salinan dokumen-dokumen yang berikut:
    i. Surat Tajaan PTPTN/ MARA/ bayaran persendirian;
    ii. Surat pengesahan untuk bekerja dengan syarikat swasta tempatan/ IPT tempatan;
    ATAU Sijil Pendaftaran Perniagaan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi perniagaan farmasi;
    iii. Surat Pemakluman Perletakan Jawatan dari Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia.

    5. Apakah implikasi kepada permohonan "Letter of Good Standing" (LGS)?
    LGS tidak akan dikeluarkan kecuali :
    a)selepas tempoh 1 tahun dari tarikh meletak jawatan dari kerajaan;
    b)LFM telah menerima yang berikut:
    i. Pengesahan Lesen Racun Jenis 'A' telah dipulangkan kepada Bahagian Penguatkuasa Farmasi, ATAU
    ii. Pengesahan pekerjaan.

    RINGKASAN KENYATAAN Y.B MENTERI KESIHATAN MALAYSIA:
    TEMPOH KHIDMAT WAJIB PEGAWAI FARMASI DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DIPENDEKKAN DARI 3 TAHUN KEPADA 1 TAHUN

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan khidmat wajib bagi semua graduan farmasi sejak tahun 2004 sebagai satu langkah untuk mengatasi kekurangan pegawai farmasi sebanyak 40% di KKM. Justeru itu, semua graduan farmasi diwajibkan untuk menjalani 1 tahun latihan dan 3 tahun khidmat wajib di KKM. Sehingga kini, sebanyak 89% jawatan pegawai farmasi telah pun diisi di KKM.

    Bagaimana pun bilangan ahli farmasi dalam sektor swasta telah mengecil sehingga 45% dari jumlah ahli farmasi berdaftar yang melebihi 8600 orang dan kini industri farmaseutikal swasta pula menghadapi kekurangan pegawai farmasi. Bagi mengimbangi keperluan pegawai farmasi di industri farmaseutikal yang komited terhadap Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) dalam meningkatkan pengilangan ubat-ubatan generik tempatan supaya mampu bersaing di pasaran antarabangsa maka KKM telah mengambil inisiatif untuk memendekkan tempoh khidmat wajib bagi pegawai farmasi di KKM dari 3 tahun kepada 1 tahun. Inisiatif ini telah pun mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 14 September 2011 dan dikuatkuasakan serta merta. Dengan memendekkan tempoh khidmat wajib, bidang industri farmaseutikal tidak lagi perlu menunggu lama sehingga pegawai farmasi menamatkan tempoh 3 tahun khidmat wajib nya di KKM.

    Langkah yang sedemikian juga dapat menyelesaikan kekurangan pegawai farmasi yang diperlukan sebagai tenaga akademik di 16 buah institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang menawarkan program Ijazah Farmasi dan 30 buah IPT tempatan yang menawarkan Diploma Farmasi. Kekurangan pegawai farmasi juga telah menjejaskan perkembangan bidang penjagaan kesihatan di sektor swasta seperti premis farmasi dan hospital. Melalui langkah ini akan menggalakkan lebih ramai pegawai farmasi tempatan untuk menceburi bidang farmaseutikal di sektor swasta yang kini terpaksa bergantung kepada pegawai farmasi dari negara lain.

    reference : http://bpharmuitmgen5.blogspot.com/2011/10/dasar-kerajaan-terbaru-berkenaan.html?showComment=1320159588062#c1520864806728660153

    Wake up !!

    Hurmm, Unexpected result came out for biopharmacy, i cannot believe that i get ZERO for 1 question, he said i did misunderstood the question! As a result, i must score above 85% for UAS to pass this paper. Oh Ya Allah, aku memohon kepadamu untuk diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk PASS semua mata kuliah di semester 7 ini. Amin ya Rabb .

    =(

    I believe i can do it!
    I believe i can do it!
    I believe i can do it!

    insyaAllah