April 29, 2012

RENUNGAN

Rasulullah saw hidup di zaman jahiliyah.
Sistem ekonomi, sosial, politik, akhlak dsb semuanya jahiliyah. Subhanallah, Rasulullah saw kemudiannya berjaya melaksanakan transformasi di dalam seluruh sistem tersebut.
Dan jika kita mengharapkan kejayaan yang serupa, yang bernilai di sisi Allah, haruslah kita mengambil langkah2 yang telah diajarkan Rasulullah saw. Yakinlah.

Adakah Rasulullah saw menggunakan kekerasan dan kata2 kesat terhadap manusia2 yang tak faham islam dan hidup jahil?
Adakah Rasulullah saw melakukannya dalam jangka masa sehari? setahun?
Adakah Rasulullah saw memulakan perjuangan baginda melalui politik? dengan berusaha dari mula menjadi pemimpin?

Bukankah Rasulullah saw menggunakan kelembutan dan akhlak yang terpuji?
Bukankah Rasulullah saw mengambil tempoh masa bertahun2?
Bukankah Rasulullah saw memulakan perjuangan dengan
membentuk keperibadian muslim dalam masyarakat?
Diikuti membentuk komuniti muslim dan akhirnya, apabila masyarakat telah faham dan mengamalkan islam, secara automatik sistem2 islam terlaksana.

Rasulullah saw tak pernah salah,
dan cara dakwah baginda terbukti paling berkesan sepanjang zaman.

Tarbiyah.

Tarbiyah bukan segalanya,
tapi segalanya bermula dengan tarbiyah.

April 20, 2012

Nk kabo dok reti, Bace ni sendiri=)


Alhamdulillah aku x immune lg dgn panadol. Kalau just demam biasa ke sakit kepala ke.Aku makan buah limau je or kalau stress sakit kepala ke obat aku adalah tidur dan just let the problem wait until i wake up again.Hhaha... Now if terpaksa amik jgak sebiji bersamaan 500mg atau satu butir.. ok la tu.. Dok rajin lg amik 2 butir..hehe... SAY NO TO PENADOL. AKU PALI PHARMACIST WANNA BE InsyaAllah!! =)

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan

Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber : Pengalaman Seorang Blogger

April 19, 2012

Nok tinggal mayang ke boh?

source: ustaz don page

Sinar itu ada boh

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”. اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”. اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”

Ketika kita mengeluh : “ Serabutnyaa ... ”. اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”

Ketika kita mengeluh : “ Aku sedihh sangat... ”. اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "

#InsyaAllah! ♥

source: ustaz don page

Diet Rasulullah

source: ustaz don page

Doa agar diberi ketetapan hati

source: ustaz don page

Biodata Nabi kita


source : Ustaz don Page

Doa untuk Ibu anda

April 18, 2012

Sombongnye die. Haha

Petua Menduduki Rumah Baharu



1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam

p/s- petikan perkongsian ilmu..syukran

April 16, 2012

Menjana Pemikiran Pemuda

SEJAK zaman-berzaman, kegemilangan sesebuah tamadun adalah bergantung kepada kekuatan pemuda yang hidup pada zaman mereka.

Pemuda digambarkan sebagai satu golongan yang bersemangat untuk merealisasikan apa yang terbuku dalam hati mereka dan merekalah golongan yang beridealisme tinggi.

Adalah silap apabila wujud suara yang menghadang idealisme kerana kadang-kala idealisme harus dikembangkan untuk mewujudkan satu impian dan plan bertindak yang realistik dan sistemik.

Perjuangan Rasulullah SAW yang tampak idealis didokong oleh golongan pemuda di saat golongan tua menolak baginda SAW. Pemuda berada di celah-celah kegilaan dan apabila mereka inginkan sesuatu, mereka akan lakukan dengan semangat 'kegilaan' yang ada pada diri mereka. Saya suka istilahkan kegilaan itu sebagai semangat 'ekstasi'.

Ekstasi ialah satu saat kemuncak dalam hidup seseorang yang mana ketika itu ia akan berasa satu kekuatan yang entah dari mana muncul dalam diri mereka dan mendorong mereka untuk bertindak di luar kemampuan mereka. Ini digambarkan oleh Zaid bin Harithah yang hanya mengambil masa selama tujuh hari untuk mempelajari dan menguasai bahasa Yahudi. Imam Al-Syafie sendiri mempamerkan ekstasi beliau apabila mula menjadi guru kecil sewaktu berumur 10 tahun dan dilantik sebagai mufti muda ketika usianya mencecah 15 tahun.

Ekstasi melahirkan satu perubahan, atau kita menyebutnya sebagai reformasi. Perubahan merupakan satu perkara yang tidak tetap, dan setiap zaman memerlukan perubahan.

Hal ini digambarkan oleh seorang ulama yang memelihara anjing dan beliau telah dikritik oleh para pendokong mazhab anutan beliau. Beliau lantas menjawab: "Sekiranya guru kita berada dalam lingkungan kita pada masa sekarang, nescaya bukan sekadar anjing, bahkan singa pun boleh kita pelihara".

Setiap manusia, bahkan negara dan bangsa memerlukan kepada perubahan. Bangsa yang tidak berani berubah adalah bangsa yang lemah dan dayus dalam berijtihad. Negara yang tidak berubah adalah negara yang kekal mundur dan tidak akan maju selamanya.

Pemikiran lama akan ditenggelamkan oleh pemikiran baru.

Albert Einstein berkata:

"Masalah zaman kita tidak mampu untuk diselesaikan oleh pemikiran pada zaman kita". Perubahan menuntut kecekalan dan keberanian, bukannya jiwa-jiwa yang dayus dan lemah. Orang yang penakut akan kekal berada di tampuk yang lama kerana mereka sudah hidup dalam zon acuh tidak acuh, namun orang yang berani akan melakukan perubahan dari masa ke masa tanpa mengira cercaan dan gugatan terhadap mereka.

Hanya pemuda dan kepemudaan mampu mendokong perubahan. Tatkala para malaikat tidak sabar untuk menghumbankan bukit-bukau ke atas penguni Thaif yang mencerca Rasulullah SAW, baginda lantas menghalang niat para malaikat. Pandangan baginda ternyata jauh dan analitikal: "Boleh jadi lahir daripada sulbi mereka, zuriat yang akan mengimani risalahku ini".

Ya, generasi baru harus dibentuk mulai sekarang. Generasi yang tidak hanya melihat dengan pandangan singkat dan dekat, tetapi generasi berpandangan jauh dan meluas, seolah-seolah sayap matahari yang tidak hanya melimpah di satu tempat tetapi menerangi seluruh alam.

Kita boleh perhatikan riak-riak perubahan yang sedang berlaku di Turkey. Sepanjang mereka berpayungkan sistem sekularisme, ekonomi mereka tidak berkembang dan mereka hidup dalam suasana yang kucar-kacir. Nama mereka tidak disebut-sebut sebagai sebuah negara yang maju setelah kejatuhan Turki Uthmaniah. Tetapi setelah wujudnya generasi baru yang membawa pemikiran dan budaya hidup yang menongkah arus, maka kita dapati gelombang perubahan berlaku dengan pesat.

Malah, Turkey merupakan negara ke-6 termaju dalam Eropah dan negara ke-16 di dunia yang mempunyai kuasa ekonomi terbesar. Apa yang menarik juga Turkey merupakan negara dunia ke-13 yang paling menarik dan berdaya saing.

Umat Islam harus memiliki jiwa kepemudaan yang tinggi. Jiwa kepemudaan tidak hanya dimiliki oleh pemuda, malah semua orang berhak untuk memiliki jiwa dan semangat kepemudaan ini. Jiwa yang sentiasa meronta-ronta untuk membuahkan pembaharuan dari semasa ke semasa supaya ummah tidak ketinggalan dan hanya mengikut dari belakang.

Jiwa kepemudaan juga perlu supaya kita tidak hanya memasang angan-angan seperti Mat Jenin, atau hanya berperilaku seperti Luncai dengan labu-labunya. Cukuplah, kita sudah tidak tahan dan sanggup didendangkan dengan cerita-cerita yang melembapkan pemikiran kita seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Awang Kecil, Sang Luncai sebagaimana negara Arab yang mempopularkan kisah Juha, Abu Nawas dan 1001 Malam, sedangkan Barat sudah meluaskan empayar penguasaan mereka hingga ke angkasa lepas.

Orang kita melihat udara lalu terciptalah layang-layang sedangkan Barat mencipta kapal terbang. Orang kita melihat sungai untuk berenang, sedangkan Barat mencipta kapal. Malah saya ingin menambah lagi, orang kita melihat bulan untuk menentukan waktu Ramadhan dan Syawal, sedangkan Barat melihat bulan lalu dijelajahnya. Tepuk dada, tanyalah DIRI.

SUMBER: iluvislam.com

April 14, 2012

Rahsia Cinta Lelaki

Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur dan ikhlas:

  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya.

source : http://budriez04.wordpress.com/category/percintaan-rumahtangga/segalanya-lelaki/

April 13, 2012

Pesanan Rasulullah Untuk Pemuda

  1. Pemuda yg menghambakan diri
    • “ Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya… …pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah.”
    • (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  2. Rebutlah masa muda
    • “ Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu.”
    • (Riwayat al Hakim)
  3. Hati2 dengan kehidupan
    • “ Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”
    • (Riwayat Tirmizi)
  4. Hidup dengan ibadah
    • “ Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).”
    • (Riwayat Imam Abu Ahmad dan Ya’la)
  5. Pemuda pendokong Dakwah
    • Rasulullah SAW menerima wahyu ketika umur 40 tahun
    • Abu Bakr ketika itu 37 tahun
    • Umar Al Khattab memeluk Islam ketika umur 27 tahun
    • Ali ketika itu di awal remaja
    • Abdullah Mas’ud, Said bin Zaid, Abd Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin Umair dll
  6. Pemuda peneraju perjuangan
    • Tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam, Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para pemuda
  7. Harapan untuk Pemuda
    • Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka...
  8. Kembalikan kegemilangan
    • Semoga merekalah orangorang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagungan bagi umat Muhammad ini.

source : http://www.slideshare.net/notarazi/pesanan-rasulullah-untuk-pemuda

April 12, 2012

:: ♥ MEKAH & KA'ABAH ♥ ::


Sedikit maklumat berkaitan Kaabah:

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Wallahua'lam..

source: FB

April 11, 2012

Gempa Bumi 8.9 Magnitud Melanda Aceh


Fuhh, letih betul hari ini. Kelas bermula seawal jam 7am, dimulai dengan subject yang boleh dikatakan boleh membunuh masa depan aku selama setahun. Apa pun yang terjadi aku tetap percaya ada hikmah di sebaliknya.. Usaha-usaha doh tp dok leh gok nok wat gane op! ..

Buka FB, ade berita yang sangat menarik perhatian aku. Gempa Bumi 8.9 Magnitud Melanda Aceh !! MasyaAllah, agak tinggi. Kalau dahulu di Aceh juga gempa pada skal 9.1 yang mengorbankan beratus ribu manusia dalam sekelip mata.





Teringat pengalaman pada tahun 2009 kalau tidak silap, baru sahaja pulang dari kelas dan merebahkan badan di atas tilam. Perghhh lega, baru nak lelap sebentar tiba2 aku rasa bilik aku ada orang cuba nak runtuhkan. At 1st, aku cuma tercengam then jam dinding aku jatuh. Aku panik sedikit takut nak keluar sebab takut orang jahat mana tak puas hati dengan aku nak rosakkan rumah aku. Then, aku dengar orang takbir, aku memberanikan diri untuk keluar. Once kaki menjejakkan kaki di atas, aku jatuh sebab effect gempa agak kuat. Aku tengok lorong jalan itu macam ombak. Perghhh 1st time perasaan ini, di Indonesia!! huhu..

"Update Gempa di Aceh : Doakan kami student Malaysia di sini selamat. Sekarang dalam operasi menyelamatkan diri. Muslimat telah kami pindahkan ke Masjid Unsyiah. Untuk Muslimin mereka telah pergi ke tempat yang jauh dari kawasan Darussalam dan pusat kota.Kami telah maklumkan ke Konsulat di Medan dan Kedutaan di Jakarta. TERBARU: Doakan kami, air sedang naik ke tanah tinggi. (Sumber : Abdullah Hakimi* Mohon kepada semua, kita sama-sama doakan keselamatan sahabat2 dan saudara2 kita di sana. Semoga mereka dalam jagaan Allah Ta'ala.. Aminnn..." Keratan NEWS DI FACEBOOK TADI!!