March 28, 2011

zahhhh....

Hurmm, malam yang sepi.. Hanya hembusan angin dari kipas meja kedengaran.. Mata tertumpu di depan laptop acer sambil menelaah pelajaran Pharmacology dan Toxicology 11 (Phatox 11). Walaupun semangat untuk belajar tidak segairah dulu sewaktu menduduki peperiksaan spm tetapi digagahi juga untuk terus belajar. Sebenarnya momentum belajar 100% masih bisa dilakukan tetapi entah kenapa semangat yang dahulunya berkobar-kobar seolah-olah telah hilang ditelan masa. Apakah faktor-faktor yang menpengaruhi? Adakah kerana usia yang semakin meningkat? Atau pengaruh persekitaran atau kawan-kawan? Semuanya bercampur-baur antara satu sama lain. Seperti ada sesuatu yang tidak lengkap pada diri ini. Masih mencari apakah point itu. Arghh tinggalkan dulu hal tersebut.

Dalam melangkah ke depan sehari-hari sebagai mahasiswa sekolah farmasi ITB, tidak banyak yang berubah dalam 7 hari seminggu. Hari-hari diisi dengan praktikal di makmal, masuk kelas, makan, facebooking, etc.. Kadang-kadang hati panas jugak, kalau laporan yang harus dikerjakan secara grouping then setiap bahagian akan dibahagikan. Jadi harus menunggu part-part dari teman-teman yang lain untuk menyelesaikan part kita kerana saling bersangkutan. Kalau lambat terima then lambatlah untuk menyelesaikan part kita itu. The mean problem is kalau kerja secara individu takpelah nak buat ke tidak, tapi ini kerja grouping, bukannya takde kerja lain yang harus dibuat selain memperingatkan untuk hantar part mereka kepada kita sampai muak!! Tunggu punya tunggu tak dapat2 jugak. Membazir masa betul!! Apa yang boleh dikatakan di sini adalah hidup kalau tak boleh menolong orang lain maka janganlah menyusahkan hidup orang lain. Jadilah neutral.

Nah, exam menjelma jua!! Semua orang pasti pernah merasai perasaan berdebar-debar untuk exam, lulus?gagal?cemerlang? Perkataan2 ini akan diisi dalam transkrip exam. Setiap kali exam kita akan dengar pelbagai luahan perasaan,keluhan dan sebagainya. “ oh tensionnya,susah betul exam. Study banyak pun tak dapat jawab lagi. Dari pihak satu lagi, die la die la tetapi padahal mereka boleh jawab dengan baik dan hasil grade exam yang bagus mereka dapat pada akhirnya. Mereka seolah-olah bersikap menyakitkan hati orang lain. Sudah banyak aku perhatikan di facebook yang mana ada je orang2 yang marah kepada orang2 yang mengeluh berkenaan dengan exam tersebut padahal grade yang mereka perolehi adalah bagus dan memuaskan. Ada yang kata adoi matilah tak study langsung ni. Selama aku hidup ini ada adalah statement yang paling bodoh aku pernah dengar. Kalau betul tak study tak ape. Tapi ini study macam nak mati tapi boleh plak tunjuk kat orang cakap dia tak study. Siaoooo lah!! Banyak lagi peristiwa yang berlaku kalau nak exam. The moral of the story is jadi simple and relax sudah, tak yah nak menunjuk-nunjuk. Ade je orang yang jenis diam tengok gelagat ‘mereka2 itu’ kerana sudah muak dan bosan!! So, jadilah orang yang berkaliber. Jangan terlampau hipokrit.
Oohh, inianwarhadi. Kali pertama tengok youtube video dia 1st impression aku adalah wahhh mantap gile bahasa inggeris dia. Bagus2,keep it up bro. Ada lagi beberapa students yang lain post kat youtube untuk menyampaikan sesuatu pesanan yang berguna, bravo=) Tetapi ade juga yang terlalu gedik. Isk3. Macam-macam ada..oh lagu femes jugak sekarang ini. G6..huhu..layann..

“hiduplah untuk member sebanyak-banyakknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya”

March 12, 2011

Bruno Mars


link : http://www.youtube.com/watch?v=LjhCEhWiKXk

U(ar) r amazing, Just the way you are ^_^

ps: Bruno mars will make a visit to Jakarta, Indonesia this coming april, 2011. I heard the ticket sold out already. If the concert is @ bandung then maybe i will go. The distance between bandung and jakarta around 2-3 hours journey by car. I'm not a die hard fan. Almost all types of musics i listen to, as long as it is nice and has the message to me. Just like world most famous football team which is Manchester United, i support this team but i'm not a die hard fan. Everything must be done and treated moderately. Simple and cool is better =)

March 11, 2011

lagu tema Nur Kasih The Movie

Di sana-sini, sering kali kedengaran majlis pertunangan,kahwin etc yang selamat dilangsungkan. Kawan aku sendiri, so fast so far. umur 21 tahun da berkahwin. Tahniah to him =) Patut ceria semacam dan selalu je datang awal kelas sekarang ni=p
Har, ni dia, actually, aku tak tengok fully pun cerita ni time tengah hot-hot dulu. Tapi terjumpa lak cerita ni kat youtube. Nah, buat kalian. hehe.. layannn...
ps: mode= kedamaian =p

http://www.youtube.com/watch?v=Ov8WUY9Ry04

Linknya di atas ini..

Tanda 100 hari before mati.

Tanda 100 Hari Sebelum Mati

Tanda Pertama

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 Hari

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

:> Perkongsian Ilmu Menuju Ke Alam Akhirat

Selesailah sudah lab pharmaceutical technology solid.hehe


Hepi?nope?yes?haha, of course la hepi.hehe. This semester,total lab ada 4 iaitu pharmacokinetic, physicochemistry,solid lab and analytical pharmacognosy lab (paling berat-lama sangat,huhu)..
1 lab dalam jangka masa around 4 jam so 4x4=16jam untuk lab saje per week. Memandangkan 1 lab da settle, tinggal 3 lagi.Hehe..hoayeah =)
Ni bukti sebagai aku kat lab solid dengan Sat beer( bak kata pak nyoman)..haha

Mid term exam

Assalamualaikum, fuhh, dah lame gile tak datang jenguk blog ni, da berabuk,puff puff, berterbangan debu-debu tu.Huhu.. Nothing much to say here now because the 'killer paper' is waiting for me this coming monday. Pharmacokinetic, yeah, from the name itself, its involving the action of the body to the drugs, the dose calculation, volume of distribution theories etc. Today, i heard a quite 'big' news, Tsunami 8.4 hit japan and the tsunami will hit the hawaii islands too, soon ! I hope everything is fine there especially for the malaysians either workers, students, or tourists. Tiba-tiba teringat, semaju mana atau segenius manapun manusia, tidak akan dapat mengelak dari menerima ketentuan Allah sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran " Allah berkata, jadilah kau,maka jadilah ia", Insaf2..huhu..

oh ye, almost forgot, mak ayah dan adik kecik yang mengada akan menunaikan umrah pada bulan ini. Moga semuanya berjalan lancar insyaAllah. Dalam meniti arus masa, I do not know why my life at ITB feel like nothing, like a robot, everyday do the same things. I'm not complaining but just thinking( bertafakur). Eventhough i'm laughing, playing, studying etc but i feel like my heart is missing something. Where is it? InsyaAllah i will find my true self soon..Last but not least, hopefully that 'cairo' is safe now. Take care there =)