March 28, 2011

zahhhh....

Hurmm, malam yang sepi.. Hanya hembusan angin dari kipas meja kedengaran.. Mata tertumpu di depan laptop acer sambil menelaah pelajaran Pharmacology dan Toxicology 11 (Phatox 11). Walaupun semangat untuk belajar tidak segairah dulu sewaktu menduduki peperiksaan spm tetapi digagahi juga untuk terus belajar. Sebenarnya momentum belajar 100% masih bisa dilakukan tetapi entah kenapa semangat yang dahulunya berkobar-kobar seolah-olah telah hilang ditelan masa. Apakah faktor-faktor yang menpengaruhi? Adakah kerana usia yang semakin meningkat? Atau pengaruh persekitaran atau kawan-kawan? Semuanya bercampur-baur antara satu sama lain. Seperti ada sesuatu yang tidak lengkap pada diri ini. Masih mencari apakah point itu. Arghh tinggalkan dulu hal tersebut.

Dalam melangkah ke depan sehari-hari sebagai mahasiswa sekolah farmasi ITB, tidak banyak yang berubah dalam 7 hari seminggu. Hari-hari diisi dengan praktikal di makmal, masuk kelas, makan, facebooking, etc.. Kadang-kadang hati panas jugak, kalau laporan yang harus dikerjakan secara grouping then setiap bahagian akan dibahagikan. Jadi harus menunggu part-part dari teman-teman yang lain untuk menyelesaikan part kita kerana saling bersangkutan. Kalau lambat terima then lambatlah untuk menyelesaikan part kita itu. The mean problem is kalau kerja secara individu takpelah nak buat ke tidak, tapi ini kerja grouping, bukannya takde kerja lain yang harus dibuat selain memperingatkan untuk hantar part mereka kepada kita sampai muak!! Tunggu punya tunggu tak dapat2 jugak. Membazir masa betul!! Apa yang boleh dikatakan di sini adalah hidup kalau tak boleh menolong orang lain maka janganlah menyusahkan hidup orang lain. Jadilah neutral.

Nah, exam menjelma jua!! Semua orang pasti pernah merasai perasaan berdebar-debar untuk exam, lulus?gagal?cemerlang? Perkataan2 ini akan diisi dalam transkrip exam. Setiap kali exam kita akan dengar pelbagai luahan perasaan,keluhan dan sebagainya. “ oh tensionnya,susah betul exam. Study banyak pun tak dapat jawab lagi. Dari pihak satu lagi, die la die la tetapi padahal mereka boleh jawab dengan baik dan hasil grade exam yang bagus mereka dapat pada akhirnya. Mereka seolah-olah bersikap menyakitkan hati orang lain. Sudah banyak aku perhatikan di facebook yang mana ada je orang2 yang marah kepada orang2 yang mengeluh berkenaan dengan exam tersebut padahal grade yang mereka perolehi adalah bagus dan memuaskan. Ada yang kata adoi matilah tak study langsung ni. Selama aku hidup ini ada adalah statement yang paling bodoh aku pernah dengar. Kalau betul tak study tak ape. Tapi ini study macam nak mati tapi boleh plak tunjuk kat orang cakap dia tak study. Siaoooo lah!! Banyak lagi peristiwa yang berlaku kalau nak exam. The moral of the story is jadi simple and relax sudah, tak yah nak menunjuk-nunjuk. Ade je orang yang jenis diam tengok gelagat ‘mereka2 itu’ kerana sudah muak dan bosan!! So, jadilah orang yang berkaliber. Jangan terlampau hipokrit.
Oohh, inianwarhadi. Kali pertama tengok youtube video dia 1st impression aku adalah wahhh mantap gile bahasa inggeris dia. Bagus2,keep it up bro. Ada lagi beberapa students yang lain post kat youtube untuk menyampaikan sesuatu pesanan yang berguna, bravo=) Tetapi ade juga yang terlalu gedik. Isk3. Macam-macam ada..oh lagu femes jugak sekarang ini. G6..huhu..layann..

“hiduplah untuk member sebanyak-banyakknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya”

No comments:

Post a Comment