August 29, 2011

suasana raya 2011 =)




























Assalamualaikum... Pagi ini setelah solat subuh seperti biasa akan tidur dulu kejap.. Mandi sunat hari raya then g kubur jap baca yaasin. After that, g solat sunat hari raya di surau merbau patah... sesi amik gambar sebagai kenangan di masa depan..seterusnya, acara yang dinanti-nanti, g jalan2 la plok =p ..slmt hari raya semua, maaf zahir batin =)

August 28, 2011

Pertemuan kenalan sekolah=)







Alhamdulillah,berjaya la jugak pertemuan berbuka puasa bersama pada 28 ogos 2011. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Dari segi pemilihan tempat makan dan sehingga selesai majlis. Di sini disertakan sedikit foto untuk tatapan semua=)

August 27, 2011

Tragedi 27 ogos 201


Assalamualaikum.. Alhamdulillah sesudah berbuka kenyang la adat kata =p .. Keluar je baru sekejap on the way nak balik ke kuala terengganu dari kelulut marang, nasib 'baik' sket, ada kereta Viva tiba2 nok corner U turn .. Apa lg, takleh fikir panjang doh,terlampau dekat..Doommm..tiada kata dapat aku ucapkan..just diam,tutup mata..aku xleh bende2 macam ni..main genting pun skali je,,pahtu serik doh..aku dokleh main bende2 bahaya ni seperti kete accident ke..huhu..1st time aku accident kete and aku xnk berulang lagi doh insyaAllah..seram kot bagi aku..HUKUM ADAT, NASIB BAIK PAKAI SEAT BELT.Kalo x, kepala ambe da lama 'hilang' entah ke mana..Thanks ya Allah,panjang umur lg..huhu...pe2 hal,naik kete pakais seat belt lu, kalo bowok time hujan naik 60km/hour je doh la..huhu..bereh,selamat beramal,pakai seat belt, doa bnyok2 =p ..slmt berpuasa..oh ye, tidak lupa kepada ahli permata serta POK LI sendiri yang sanggup datang ke hospital.Terharu ..huhu...ahli2 permata,peja,dll...

August 25, 2011

Raya bakal menjelma 2011

Assalamualaikum.. Wah, lama gile dok jengok blog aku.huhu.Berdebu berasap doh.. kejap je.nok raya doh..huhu..ngaji dok abis agi..kene pulun derah ni insyaAllah...ouh dah final year aku sekarang ni. Then, next year insyaAllah gelaran PRP (provisional registered pharmacy) akan kedengaran insyaAllah, dok puah agih duk Bandung. Dang molek r setahung agi dinung insyaAllah=) Jom selamat beramal di bulan puasa ini. Grab as much as u can.. all d best...chow lu=)

August 10, 2011

Journey to final year

Assalamualaikum dan good morning (xtdo lepas subuh daa =p ).. Hari ni just rase mcm nk hidupkan sket blog ni. 2 ogos 2011, flight to jakarta! Alhamdulillah dijemput oleh RIANDA, ketua badminton Trisakti University, Jakarta. From soekarno-Hatta airport, perjalanan diteruskan ke Usakti. Bertempat di fakulti ekonomi, aku dibawa bertemu Pak Abu iaitu ketua pensyarah bahagian diploma akaun. Orangnya sempoi dan sangat baik. Di sini juga, aku bertemu pensyarah fakulti ekonomi, sempat juga berdiskusi sebentar dengannya, namanya Pak Yudhi. Aku juga berpeluang bertemu alumni ITB iaitu adiknya Pak Abu yang bernama Mas syarif, orangnya simple dan merendah diri. Keberadaan aku di Jakarta tidak lama kerana harus lekas ke Bandung untuk bersiap sedia sebelum semester 7 bermula.

Tahun 4 atau juga boleh disebut 'final year already'. Aku tak tahu kenapa, perasaan aku kali ni agak berbeza. Sambil merenung sejenak, sudah hampir lulus aku di Institut Teknologi Bandung (ITB). Perjalanan hidup mematangkan aku dari segi belajar erti hidup. Aku bertemu dengan begitu banyak ragam orang dari lulus A level medicine di INTEC, Uitm S.Alam hinggalah ke ITB. Ada yang suka bodek, ada yang suka tunjuk muka baik je depan kita, ada yang suka mengambil kesempatan, ada yang sangat baik (baik lajok), ada yang suka sembang, ada yang suka menyendiri, ada yang suka cakap je lebeyh, ada yang nyekit dan banyak lagi. Aku banyak belajar melalui pengalaman. Tidak pernah terlintas di pikiran aku akan melanjutkan pelajaran ijazah farmasi di Indonesia. Sesungguhnya, aturan Allah sungguh unik. That is Qada' dan Qadar Allah belaka.

Berpuasa di Indonesia agak biasa bagi aku cuma aku suka style solat terawih di sini. Selepas soat isya', ba'da isya', akan ada ceramah singkat sekitar 30 minit sebelum solat terawih. Topiknye bergantung, berubah setiap malam. Selama berada di Bandung, bacaan solat terawih yang agak bagus adalah di Masjid Salman. Anyway, time fly so fast. Next week insyaAllah dah nak balik Malaysia. InsyaAllah ibadah 10 hari terakhir di kampung sendiri. Moga ramadhan kali ini lebih mematangkan kita dan meningkatkan ketakwaan kita semua. Salah silap harap diampun semua. Hidup hanyalah sebentar cuma, sesungguhnya perjuangan yang hakiki adalah mencari keredhaan Allah. Nah, layan lagu 'OPICK-RAMADHAN TIBA'. Sekian =)