August 10, 2011

Journey to final year

Assalamualaikum dan good morning (xtdo lepas subuh daa =p ).. Hari ni just rase mcm nk hidupkan sket blog ni. 2 ogos 2011, flight to jakarta! Alhamdulillah dijemput oleh RIANDA, ketua badminton Trisakti University, Jakarta. From soekarno-Hatta airport, perjalanan diteruskan ke Usakti. Bertempat di fakulti ekonomi, aku dibawa bertemu Pak Abu iaitu ketua pensyarah bahagian diploma akaun. Orangnya sempoi dan sangat baik. Di sini juga, aku bertemu pensyarah fakulti ekonomi, sempat juga berdiskusi sebentar dengannya, namanya Pak Yudhi. Aku juga berpeluang bertemu alumni ITB iaitu adiknya Pak Abu yang bernama Mas syarif, orangnya simple dan merendah diri. Keberadaan aku di Jakarta tidak lama kerana harus lekas ke Bandung untuk bersiap sedia sebelum semester 7 bermula.

Tahun 4 atau juga boleh disebut 'final year already'. Aku tak tahu kenapa, perasaan aku kali ni agak berbeza. Sambil merenung sejenak, sudah hampir lulus aku di Institut Teknologi Bandung (ITB). Perjalanan hidup mematangkan aku dari segi belajar erti hidup. Aku bertemu dengan begitu banyak ragam orang dari lulus A level medicine di INTEC, Uitm S.Alam hinggalah ke ITB. Ada yang suka bodek, ada yang suka tunjuk muka baik je depan kita, ada yang suka mengambil kesempatan, ada yang sangat baik (baik lajok), ada yang suka sembang, ada yang suka menyendiri, ada yang suka cakap je lebeyh, ada yang nyekit dan banyak lagi. Aku banyak belajar melalui pengalaman. Tidak pernah terlintas di pikiran aku akan melanjutkan pelajaran ijazah farmasi di Indonesia. Sesungguhnya, aturan Allah sungguh unik. That is Qada' dan Qadar Allah belaka.

Berpuasa di Indonesia agak biasa bagi aku cuma aku suka style solat terawih di sini. Selepas soat isya', ba'da isya', akan ada ceramah singkat sekitar 30 minit sebelum solat terawih. Topiknye bergantung, berubah setiap malam. Selama berada di Bandung, bacaan solat terawih yang agak bagus adalah di Masjid Salman. Anyway, time fly so fast. Next week insyaAllah dah nak balik Malaysia. InsyaAllah ibadah 10 hari terakhir di kampung sendiri. Moga ramadhan kali ini lebih mematangkan kita dan meningkatkan ketakwaan kita semua. Salah silap harap diampun semua. Hidup hanyalah sebentar cuma, sesungguhnya perjuangan yang hakiki adalah mencari keredhaan Allah. Nah, layan lagu 'OPICK-RAMADHAN TIBA'. Sekian =)

No comments:

Post a Comment