MashaAllah, sungguh menakjubkan sejarah hidup salah satu makhluk ciptaan Allah iaitu seekor ikan Salmon. Ikan Salmon berupaya tinggal di air tawar dan masin.Bermula dari telur, anak ikan Salmon yang masih kecil akan makan nutrient dari bekasan telurnya. Mereka tinggal ~1years di sungai tempat kelahirannya. Selepas itu, mereka akan berhijrah melewati lautan pacific,seterusnya ke jepun sebelum kembali ke tempat asalnya. Mereka tinggal dalam tempoh yang agak lama di lautan masin. Apabila telah mencapai tempoh tertentu, mereka akan kembali ke tempat asal mereka iaitu sungai tempat mereka dilahirkan. Sungguh menakjubkan, setelah beribu-ribu tahun berada di luar mereka kembali ke tempat asal mereka untuk bertelur lagi. Akhirnya, riwayat mereka tamat!
Maha suci Allah yang mengatur alam ini dengan segala kekuasaan dan kebesarannya. Manusia harus belajar dari ikan salmon juga. Adakah Manusia yg diberi akal oleh Allah seperti ikan Salmon yang tidak terpengaruh dengan keadaan sekeliling walaupun telah mengembara dan menghadapi segala rintangan dan cabaran serta mara bahaya? Dari saat kita dilahirkan dari rahim Ibu, seterusnya membesar dan berdikari dan menjengah mengembara ke pelosok benua di dunia ini samada United Kingdom, Indonesia, Australia, Norway,Jepun, Mesir, Artartika dan benua2 pecahan yang lain di bumi Allah ini. Sampai saatnya apabila ilmu dan pengalaman telah penuh di dada, adakah kita akan kembali ke tempat asal lahir kita dengan jayanya atau tersangkut di tengah jalan?Hidup kita pada akhirnya akan kembali kepada Allah. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Selamat beramal.
JADILAH SEPERTI IKAN SALMON, WALAUPUN BERADA DI LAUT MASIN TETAPI JATI DIRINYA TETAP UTUH TIDAK DIMAKAN USIA!!!
bang..cite la tentang kubang kekura pulok..
ReplyDeletehaha,ame? sape ni?
ReplyDelete