Semakin hari dunia akhlak remaja semakin parah. Budaya seks bebas, budaya hedonisme( Berseronok-seronok), zina, rempit dan masalah-masalah perilaku anak muda yang lain sangat menbimbangkan. Di manakah hilangnya ruh sebagai manusia yang berakal? Anak-anak muda seolah-olah hilang pedoman hidup dan arah tuju. Mahu di bawa ke mana pentadbiran negara ini kalau generasi penerus umpama 'hidup segan mati tak mahu'. Kehidupan hari ini seolah-olah jiwa meronta-ronta kekeringan dan tandus tidak disirami ruh keimanan. Alhamdulillah, seorang penceramah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus datang tepat pada waktunya dengan izin Allah. Beliau menjadi idola segenap lapisan peringkat umur dan paling penting menjadi pemangkin perubahan kepada remaja. Sambutan tahun baru 2012 kemaren di Shah Alam telah dihadiri kurang lebih 70 000- 80 000 orang yang rata-rata anak muda. Ini menunjukkan para remaja dahagakan agama dan suasana persekitaran yang diterangi dengan agama.
Hukum dan undang-undang Allah wajib ditegakkan supaya masalah-masalah yang muncul dan terbit sekarang ini dapat diselesaikan dengan tuntas. Hukum hudud wajib dijalankan di negara ini.
No comments:
Post a Comment