January 5, 2012

Pemain Bola Sepak Beragama Islam Muslim Terbaik Popular

Diorang tengah nyanyi chant untuk Demba Ba yakni penyerang Newcastle United yang score salah satu goal semasa Newcastle United menewaskan Manchester United 3-0. Kalau korang semua nak tahu, Demba Ba yang berasal daripada Senegal nie merupakan penyerang berasal daripada Senegal dan beragama Islam. Hebat tak? Awesome tak?! Sebab tulah dia punya chant pun berbunyi : “Demba Score 15 Since Ramadhan” Rasa bangga kejap diorang nyanyi chant camtu; lagi-lagi sebab kawasan Newcastle tu memang kawasan hard core British gitu. Ahakz!!

Jadi bersempena dengan kekalahan Manchester United dan juga taksubnya aku dengan sambutan Demba Ba selepas dia score (dia sujud lepas score), maka aku nak listkan senarai pemain bola sepak terkemuka dunia yang beragama Islam. Mungkin korang sendiri terkejut kalau tengok list nie : tapi itulah aku nak share dengan semua berdasarkan research aku. Yeehaaaa!!


>Yerp! Robin van Persie nie beragama Islam<


>Frank Ribery pergi haji di Mekkah : aku pun tak sampai lagi<


>Nasri dan Anelka tengah berdoa sebelum start match Perancis<


English Premier League : Memang ada ramai benar pemain beragama Islam kat EPL kalau korang semua nak tahu; terutamanya pasukan Arsenal. Antara yang korang mungkin kenal adalahRobin van Persie, Abou Diaby, Marouane Chamakh dan Bacary Sagna : semuanya pemain Arsenal. Selain itu bekas pemain Arsenal seperti Emmanuel Ebou, Samir Nasri dan Kolo Tourepun Islam jugak tau. Antara pemain top muslim lain yang masih dan pernah bermain di EPL adalah Nicholas Anelka, Salomon Kalou, Yaya Toure, Armand Toure, Djibril Cisse, Khalid Boulahrouz, Hatem Ben Arfa, Demba Ba, Moussa Dembele, Sulley Muntari, Abel Xabier,Diomansy Kamara, El Hadji Diouf dan Fabio Aurelio.

Spanish La Liga : Selain daripada EPL, ramai jugaklah pemain Islam yang bermain untuk pasukan ternama di Sepanyol dan paling awesome : di dua kelab utama yakni Real Madrid dan Barcelona. Antara pemain Islam untuk Real Madrid adalah Karim Benzema, Mesut Ozil,Lassana Diarra, Mahmadou Diarra, Nuri Sahin dan tak ketinggalan : Zinedane Zidane. Barcelona pun ada pemain muslim jugak dan antaranya adalah Ibrahim Afellay, Erik Abidal dan juga ex-player : Lilian Thuram. Tapi antara ramai-ramai nie, bagi aku yang paling awesome adalah Frederik Kanoute. Dia pernah pakai baju Palestin masa score goal dan bina masjid guna duit sendiri tau. Awesome kan?! Oh ya, tak ketinggalan jugak pemain Sevilla : Arouna Kone.


>Frederik Kanoute : pemain Islam paling awesome aku rasa<


>Karim Benzema : Nama pun dah macam melayu kan?!<


>Hero terbaik mestilah Mesut Ozil : Yeehaa!!<


Sepanjang aku buat research untuk entri nie, ramai jugaklah pemain-pemain Islam lain yang aku baru tahu. Antara yang paling mengejutkan aku adalah bekas penyerang Brazil yang bermain untuk Manchester City yakni Fred. Selain itu goalkeeper utama Korea masa World Cup 2002 dengan World Cup 2006 yakni Lee Woon Jae pun Islam jugak. Selain daripada mereka, antara pemain Islam lain adalah Frank Ribery, Mamadou Sakho, Hakan Yakin, Murat Yakin danBruno Metsu. FYI, dalam menghasilkan list-list nie, aku tak masukkan pemain-pemain Turkey ataupun negara-negara Islam lain sebab memang confirm diorang Islam kan? Ahakz!! Oh ya, aku terjumpa artikel yang Zlatan Ibrahimovic dengan Thierry Henry pun Islam. Benarkah? Aku pun kurang pasti. Yeszaaa!!

reference : http://www.longhaffiz.com/2012/01/antara-pemain-beragama-islam-ataupun.html

No comments:

Post a Comment