September 18, 2011

Antibiotic.What u should know!

Antibiotik merupakan ubat yang digunakan untuk merawat simptom & tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Di kalangan profesional dalam bidang klinikal, antibiotik juga merupakan istilah yang digunakan khusus untuk merujuk kepada ubat yang digunakan bagi merawat jangkitan bakteria (contoh ubat: amoxicillin, ceftriaxone, gentamicin, vancomycin), manakala antifungal merujuk kepada ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat/fungus (contoh ubat: ketoconazole, fluconazole, itraconazole, anidulafungin, caspofungin). Antiviral pulak ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan virus seperti HIV, H1N1 (contoh ubat: oseltamivir, zanamivir. lamivudine, nevirapine). Dalam post kali ni, kita akan bercerita tentang antibiotik.

Pertama sekali, macam mana nak tahu sesuatu ubat tu merupakan antibiotik ataupun tak? Kebiasaannya doktor akan beritahu yang mereka akan beri anda antibiotik sebaik anda anda diperiksa oleh doktor, ataupun ahli farmasi akan beritahu jenis ubat apa yang anda terima masa ubat diberi kepada korang. Katakan semasa ubat diberi kepada anda, ahli farmasi tak bagi tau pun apa kegunaan ubat tu (perkara nitak patut berlaku, seriously perkara ni memang memalukan kalau berlaku) tapi kalau mereka tak bagitau, pastikan anda tanya ahli farmasi tersebut, apa kegunaan ubat tu. Dan pastikan pada bekas/sampul/kotak ubat tu ditulis dengan perkataan "antibiotik". Tapi katakan la anda baru balik daripada kerja/universiti/sekolah, sampai2 kat rumah tengok ada ubat kepunyaan ayah/mak/atau sape2 je, dan anda tak tau ape jenis ubat tu. Macam mana nak tau ubat tu antibiotik ke tak? Berikut merupakan cara mudah nak kenalpasti jenis2 antibiotik.

Bagi antibiotik jenis Penicillin, nama kandungan aktif (active ingredient) bagi ubat tu akan berakhir dengan imbuhan -cillin. Contoh: Amoxycillin, Cloxacillin, Ampicillin

Bagi antibiotik jenis Macrolides, nama ubat tu selalunya berakhir dengan imbuhan -thromycin. Contoh: Azithromycin, Clarithromycin

Bagi antibiotik jenis Cephalosporin, nama ubat selalunya bermula dengan imbuhan -cef. Contoh: Cefuroxime, Ceftazidime, Cefotaxime

Bagi antibiotik jenis sulfonamide, kalau kat Malaysia, paling common jenis ni Co Trimoxazole a.k.a Sulfamethoxazole + Trimethoprim a.k.a Bactrim

Baiklah, bukan tugas anda nak ingat nama2 ubat ni, terutama kalau anda semua bukan ahli farmasi. Langkah terbaik untuk tau jenis ubat ni, ialah dengan cara menghubungi ahli farmasi di hospital/kedai farmasi terdekat kalau nak dapatkan kepastian yang lebih lanjut, okeh.

Sekarang dah tau la sikit camne nak kenal ubat ni, melalui nama dia. Lebih baik sekarang kita straight away kepada fakta2 pasal antibiotik ni.

1. Bekalan ubat antibiotik perlu dihabiskan. Kalau anda dapat 42 butir, maka habiskanlah 42 butir ubat tu. Kecuali kalau antibiotik tu diberikan dalam bentuk cecair dan ahli farmasi bagitau anda , makan selama seminggu je, lepas tu tak perlu habiskan. Antibiotik perlu dimakan selama waktu tertentu untuk mengelakkan kuman daripada kebal terhadap antibiotik ni

2. Sesentengah antibiotik boleh mengakibatkan alahan dan kesan sampingan yang serius, terutamanya jenis penicillin dan cephalosporin. Kalau anda tiba2 dapat ruam kat badan atau sesak nafas lepas makan antibiotik, atau suhu badan bertambah melebihi 38 darjah selsius sebaik je lepas makan antibiotik, sila segera berjumpa doktor dengan segera

3. Minum banyak air kalau anda makan antibiotik, selepas 2 jam anda makan antibiotik tu. Sesetengah antibiotik dikeluarkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing, jadi banyakkan minum air untuk bersihkan buah pinggang anda .

4. Beritahu ahli farmasi/doktor kalau anda sekiranya anda ada masalah buah pinggang, atau mengandung ataupun menyusukan anak dan dalam masa yang sama antibiotik diberikan kepada anda. Sesetengah antibiotik tak sesuai untuk golongan ibu mengandung/menyusukan anak, dan pengubahsuaian dos diperlukan kalau pesakit ada masalah buah pinggang.

5. Pastikan anda bagitau ahli farmasi/doktor dan dapatkan nasihat mereka kalau anda nak makan makjun, ubat-ubat

source: RX5 blog

No comments:

Post a Comment