PERATURAN AM
1.1 Peraturan berkenaan pertandingan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal.
1.2 Sebarang kejadian di luar dugaan atau tidak dinyatakan dalam peraturan akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa atas budi bicara.
1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Badminton Bandung Games 2011 adalah muktamad.
2 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN
2.1 10 Disember 2011, Bandung, Indonesia.
3 PENYERTAAN
3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua mahasiswa MALAYSIA di seluruh Indonesia.
3.2 Setiap cawangan hanya boleh mendaftarkan 1 pasukan sahaja yang terdiri daripada :
Perseorangan lelaki - 1 orang
Perseorangan wanita - 1 orang
Beregu lelaki - 1 pasang
Beregu wanita - 1 pasang
Beregu campuran - 1 pasang
4 KELAYAKAN PESERTA
4.1 Peserta mestilah mahasiswa dari Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia.
4.2 Semua pasukan hendaklah menghantar nama peserta disertakan salinan passport kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup yang ditetapkan oleh penganjur.
4.3 Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum taklimat pengurus sahaja.
4.4 Peserta yang didaftarkan oleh suatu pasukan mestilah dari cawangan sendiri. Pemain import dari cawangan lain adalah DILARANG sama sekali.
5 TAKLIMAT PENGURUSAN PASUKAN
5.1 Taklimat pengurus pasukan akan diadakan 1 hari sebelum pertandingan pertama dijalankan.
5.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta yang akan bermain bersama passport asal untuk disahkan.
5.3 Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan adalah TIDAK DIBENARKAN.
5.4 Senarai peserta yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad.
6 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
6.2 Permainan akan dijalan seperti Piala Sudirman.
6.3 Setiap pasukan akan bermain 5 pertandingan; perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
7 MENENTUKAN KEMENANGAN
7.1 Permainan akan dimainkan dengan sistem kiraan 21 mata atau Rally Point Scoring System. Pemain yang memenangi 2 permainan adalah dikira pemenang pertandingan.
7.2 Pasukan yang memenangi 3 atau lebih pertandingan akan dikira pemenang peringkat tersebut dan akan ke peringkat seterusnya.
7.3 Pasukan yang memenangi peringkat akhir akan dikira pemenang Pertandingan Bandung Games 2011.
8 KELEWATAN
8.1 15 minit akan diberikan kepada semua pasukan.
8.2 Jika selepas masa itu salah seorang pemain dari pasukan itu tidak hadir maka pasukan berkenaan akan dikira menarik diri dari pertandingan.
9 PAKAIAN PESERTA
9.1 Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan pertandingan.
9.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal amat mengharapkan agar pemain dapat memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
10 PENANGGUHAN
10.1 Sekiranya terjadi permasalahan yang tidak mengizinkan pertandingan untuk diteruskan, maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.
10.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal BERHAK menangguhkan atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu diberitahu ATAU secara serta-merta.
11 BANTAHAN ATAU RAYUAN
11.1 Sebarang bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh pengurus pasukan secara bertulis kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal tidak lewat daripada 30 minit sebelum sesuatu perlawanan itu dimulakan.
No comments:
Post a Comment