May 4, 2012

Mesir: Menjejaki Bumi Anbiya'

Customer can choose one trip from the list:-

RM5000/orang ALL IN. PAKEJ KEMBARA SUFI KE MESIR 8 HARI 8 MALAM


20 – 30 NOV 2012
1-10 DEC 2012
11-19 DEC 2012
19 -28 DEC 2012


PAKEJ KEMBARA SUFI KE MESIR 8 HARI 8 MALAM
Full Day 8D 8N – Kembara Sufi + Iskandariah + Kaherah + Giza + Taba + Dahab + Sinai+ Fayyoum + Jejak Rasul



Hari 01 Kaherah – Kembara Sufie.
Jejak Pemerintahan Salahuddin kejatuhan tentera salib dan Imam Mazhab
05.30am : Jemput di Airport Cairo. Terus ke penginapan dan
08.30am : Menuju ke Citadel Of Salah El-Dien/Kubu Salahuddin Al-Ayubi terbesar di Afrika dibina pada 1176M, Lawatan ke Masjid Ali Pasha dibina pada 1830M -1848M digelar juga sebagai Masjid Marmar/Alabaster Mosque , Istana Jauhara, Muzium tentera dan Polis. Lawatan ke Makam Imam Syafi’ –Pengasas Mazhab syafie dilahirkan pada 150H dan Makam Sheikh Zakaria Al-anshori dan Solat Jama’ Takhir dimasjid Imam syafi’. 5.30pm – Pulang ke penginapan Villa/Hotel dan berehat

Hari 02 Kaherah – Alexanderia – Kaherah
Jejak Alexanderia, Lukman Al-hakim dan Nabi Daniel.
07.00am : Bertolak ke Iskandariah perjalanan 225km – Berhenti ke Qaryah hasad/perkampungan Singa. Dijangka Sampai ke Iskandariah jam 11.30am. Menuju ke Qal’ah Qaitbey dibina 1480 dibawah pemerintahan Sultan Qaitbey , Masjid dan makam Sheikh Abu Abbas Al-Mursi. Menuju Masjid dan Makam penulis Buldah Imam Busyairi dan Solat Jamak takdim. Lawatan diteruskan ke Masjid dan Makam Nabi Daniel dan Makam Lukman Al-hakim. Terus ke Istana Sultan farouk dan Taman Mumtazah di hadapan laut. – Pulang ke kaherah dan berehat.
 
Hari 03 Kaherah – Giza – Kaherah
Jejak Kerajaan Firaun berusia 5000sm.
08.00am : Bertolak ke Giza dan melawat Pyramid Kufu, Kufra dan Mangkara yang berusia lebih 5000sm. Lawatan diteruskan ke Penorama dan Spinx, Kilang Kristal terbesar di Afrika. Masjid AL-azhar institusi pendidikkan tertua didunia, Masjid dan Makam Cucu Rasullullah saw Saidina Hussain. Solat Jama’ takhir . Pulang ke penginapan dan berehat


Hari 04 Kaherah – Taba – Dahab
Kubu Salahuddin Al-Ayubi sempadan Israel dan bermalam depan Red Sea.
03.00am : Bertolak ke Sinai sejauh 445km. Solat Subuh, Melalui Terusan Suez dan Menyusuli Lorong Ahmad Hamdi dibawah laut, Terus ke Batu Kerajaan Mamluk sebagai penunjuk arah untuk menunaikan haji/umrah dan Menuju ke Taba. Melawat Kubu Salahuddin Al-Ayubi ditengah-tengah laut Merah dan menaiki Boat menuju ke Kubu Salahuddin Pertahanan lautan. Melihat Sempadan/Bolder Israel, Jordan dan Saudi Arabia.Terus menuju ke Autopus Hotel di hadapan laut merah dijangka sampai jam 3.00pm dan Aktiviti bebas berehat/ Shoping. Disebelah malamnya membeli belah di Pasar Dahab/Shoping. Berehat dihotel berhadapan Red Sea.

Hari 05 Dahab – Semenanjung Sinai
Jejak Kembara bani Israel keturunan Nabi Yaakub, Nabi Harun dan Nabi Musa dan Kawasan Bersejarah
07.30 : Aktiviti bebas disekitar Red Sea. 10.30 bertolak ke Semanjung Sinai dan Melalui Banjaran Teh kawasan kaum nabi Musa disesatkan oleh Allah selama 40 tahun. Terus ke makam Nabi Harun dan Makam Nabi Solleh. Melawat ke penyembahan lembu samiri. Terus ke Hotel dan Melawat ke Wadi Arbain dan Berehat dan bersiap untuk keesokkan harinya ingin mendaki gunung tursina.

Hari 06 Semenanjung Sinai – Kaherah –
Jejak Nabi Musa dan nabi Harun dan Bukit Pendakian ke bukit tursina
04.00am : Dijangka Sampai ke Bukit Tursina kawasan Munajat Nabi Musa bertemu Allah swt dan menerima Wahyu dan Melihat Sunset/Matahari terbit. Tempat Khalwat nabi Musa as, Turun dari bukit dijangka sampai jam 9.30am. Melawat ke ST Katherine’s Monastery/Gereja terbesar di Afrika, Bi’rul Musa didalam gereja. Pokok yang terbakar dizaman nabi Musa. Pulang penginapan berkemas dan Cheack Out Menuju perjalanan pulang melalui kawasan Pekampungan Badwi terus ke 12 mata air dan Hamam firaun/Tempat mandi Firaun. Pulang dijangka sampai ke Kaherah jam 10.30am

Hari 07 Kaherah – Fayyoum – Kaherah
Jejak Kerajaan Qarun dan Perkampungan Nabi Yusuf.
07.00am : Bertolak ke Fayyoum 125km dari Kaherah. 8.30 Melalui perkampungan pertanian yang mula dibuka oleh Nabi Yusof. Melihat Lake Qarun/Tasik Qarun dan Istana Qarun kisah yang diterangkan didalam Al-Quran. Sawair/Kincir Air nabi Yusof yang pertama dibuka ditengah-tengah kota Fayyoum. Bertolak ke Kaherah. Solat Jama’ Takhir. Membeli belah di pasar Khan-khalili berusia 650 pasar terbesar di Mesir dan pulang ke penginapan.

Hari 08 Kaherah – Jejak Rasul – Kaherah
Jejak Makam Sahabat, Keturunan rasullullah saw, Masjid ternama di Mesir.
07.30am : lawatan diteruskan ke 15 makam terkenal diantaranya Rabiatul Adawiyyah, Uqbah sahabat Rasullullah saw, keturunan rasullullah saw dan Masjid-masjid kerajaan islam awal yang masih menjadi tarikkan pelancong. Hanya dari kami kembara sufi. Jam 9.00pm akan terus dihantar ke Airport untuk pulang.

Any inquiries, please contact Fadli at email parisvanjawa@yahoo.com

No comments:

Post a Comment