Masa aku dalam final year dulu, aku pernah suarakan pada sorang pensyarah pasal tindakan fakulti yang ambil masuk student ke dalam program Sarjana Muda Farmasi dalam jumlah yang terlalu ramai. Masa tu aku difahamkan batch ke 8 BPharm UiTM dah mencecah 180 orang. Itu yang terakhir aku tahu sebelum aku tamatkan pengajian kat UiTM. Aku tanya la, Prof, ramai sangat student yang fakulti ambik masuk ni, nanti tak takut ke masalah bila dorang dah graduate nanti, sebab post pegawai farmasi dalam government sector maybe saturated.
Lecturer tu jawab la, takde masalah, memang dalam government skang tak cukup lagi pegawai. Kalau graduates bertambah nanti government tambah la post kosong :D Sangat-sangat la optimistik jawapan beliau masa tu. So benda ni habis kat situ jela.
Kemudian bila aku dah nak habis PRP aku rasa pelik: aku tertunggu-tunggu la mana la PRP baru ni, tak masuk2 lagi. Lama lepas tu masuk la PRP baru ke hospital tempat aku attach for PRP training. Graduates IMU, UIA, UKM. Pastu dengar pulak rungutan junior2 & graduates daripada USM, UiTM, tak dapat2 lagi posting letter. Masa tu dah terasa macam something wrong happening now. Dan kemuncaknya, Bahagian Farmasi pada bulan lepas announce pasal compulsory service dah dipendekkan daripada 1 + 3 tahun kepada 1+1 tahun. So, confirm la, post kosong pegawai farmasi dalam KKM dah nearly saturated.
Ada beberapa isu yang timbul daripada keadaan ni antaranya:
- Elaun kritikal. Elaun kritikal pegawai farmasi diperkenalkan atas sebab sewaktu elaun tu diperkenalkan, jumlah pegawai farmasi dalam sektor awam belum mencukupi. So sekarang bila dah ramai dah pegawai dalam government service, akan dikekalkan lagi ke elaun ni?
- Laluan kerjaya pegawai farmasi. Buat masa sekarang, pegawai farmasi dijanjikan dengan perlantikan secara time based daripada gred gaji U41 ke 44, 48 dan 52. Bila pegawai dah ramai, still berjalan ke atau akan dikaji semula?
- Persaingan untuk mendapatkan kerja. Untuk batch graduates pharmacy pada tahun ni dan pada tahun depan mungkin berpeluang lagi untuk diserapkan terus ke perkhidmatan awam lepas grad, tapi macam mana pulak dengan batch-batch graduate farmasi 3 tahun akan datang? Mungkinkah lepas ni graduate farmasi terpaksa compete sesama mereka untuk dapatkan kerja dengan sektor swasta, industri, retail atau pun dalam bidang akademik?
Isu pertama dan kedua, berkenaan elaun kritikal dan laluan kerjaya. Polisi ni ditentukan oleh pihak JPA, so nasib pegawai2 farmasi semua di tangan geng2 PTD yang membuat dasar di JPA. Kalau dorang nak pekenakan kita, mungkin dalam jangka masa terdekat ni elaun tu bakal ditarik balik dan laluan kerjaya ditarik balik. Tapi tindakan drastik macam tu akan membawa kesan - kebanyakan pegawai farmasi stay dalam government disebabkan adanya elaun kritikal dan jugak laluan kerjaya yang dijanjikan kepada dorang. So kalau kedua-dua benefit tu ditarik, rasanya penghijrahan besar-besaran pegawai farmasi daripada government mungkin berlaku.
Isu ketiga, pasal peluang kerjaya untuk graduates pharmacy. Buat masa sekarang kalau merujuk kepada Akta Pendaftaran Ahli Farmasi, sebelum didaftarkan penuh sebagai ahli farmasi, graduates pharmacy perlu menjalani latihan PRP terlebih dahulu, maksudnya kena kerja dengan government dulu la, baru boleh register penuh dan practice. So buat masa ni kalau mengikut undang-undang, sebab graduate ni semua wajib kerja government sebelum boleh practice so pengambilan masuk ke dalam government sector tu masih berkuatkuasa. Cuma undang-undang, boleh berubah bila-bila masa. Jadi hal ni tetap bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara kerajaan.
Kesimpulan yang aku boleh buat setakat ni:
- Government sector untuk tempoh 3-4 tahun lagi takkan dapat nak absorb semua pharmacy graduate daripada universiti, sebab total IPTA & IPTS yang produce BPharm graduates kat Malaysia dah mencecah 17 buah.
- Graduates pharmacy pada masa akan datang perlu compete untuk dapatkan kerja, so pointer/CGPA + soft skills dah jadi perkara yang essential dan amat penting bagi setiap graduates.
- Fakulti Farmasi di mana-mana uni kena hadkan semula pengambilan pelajar (something that UiTM wont do, im really sure about this), kalau tak graduates pharmacy mungkin menerima nasib macam graduates kursus-kursus lain yang terpaksa menganggur dan bersaing secara hebat untuk masuk market.
Bawah ni beberapa pengumuman daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi berkenaan polisi perkhidmatan Pegawai Farmasi.
FAQ : PEMENDEKAN TEMPOH KHIDMAT WAJIB PEGAWAI FARMASI DARI 3 TAHUN KE 1 TAHUN
1. Siapa yang terlibat?
a) FRP yang didaftarkan mulai tahun 2011 diberikan notis 1 tahun khidmat wajib secara automatik.
b) FRP yang telah diberikan notis khidmat wajib dan layak untuk menukar notis berkenaan ke notis 1 tahun khidmat wajib.
a) FRP yang didaftarkan mulai tahun 2011 diberikan notis 1 tahun khidmat wajib secara automatik.
b) FRP yang telah diberikan notis khidmat wajib dan layak untuk menukar notis berkenaan ke notis 1 tahun khidmat wajib.
Perlu mematuhi perjanjian biasiswa / pinjaman dengan JPA untuk berkhidmat
dalam perkhidmatan awam mengikut tempoh dalam perjanjian berkenaan.
3. Siapa yang layak menukar notis khidmat wajib dari 3 tahun ke 1 tahun?
Bukan tajaan JPA sahaja tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a) Selepas 1 tahun khidmat wajib dari tarikh melaporkan diri sebagai FRP;
b) Memilih untuk menceburi industri farmaseutikal tempatan/ komuniti farmasi tempatan/ hospital swasta tempatan/ IPT tempatan;
c) Memilih untuk meletak jawatan dari perkhidmatan kerajaan.
Bukan tajaan JPA sahaja tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a) Selepas 1 tahun khidmat wajib dari tarikh melaporkan diri sebagai FRP;
b) Memilih untuk menceburi industri farmaseutikal tempatan/ komuniti farmasi tempatan/ hospital swasta tempatan/ IPT tempatan;
c) Memilih untuk meletak jawatan dari perkhidmatan kerajaan.
4. Apakah prosedur bagi menukar notis khidmat wajib dari 3 tahun ke 1 tahun?
Permohonan dibuat melalui TPKN (F) kepada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM);
Permohonan dibuat melalui TPKN (F) kepada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM);
Sebelum Notis Khidmat Wajib 1 tahun dikeluarkan, Notis Khidmat wajib yang asal dipulangkan kepada LFM beserta:
i. 1 sampul surat beralamat sendiri dan bertampal setem RM1.00; dan
ii. 1 Slip Pos Malaysia bernilai RM 2.20 (tanpa digamkan)
Salinan dokumen-dokumen yang berikut:
i. Surat Tajaan PTPTN/ MARA/ bayaran persendirian;
ii. Surat pengesahan untuk bekerja dengan syarikat swasta tempatan/ IPT tempatan;
ATAU Sijil Pendaftaran Perniagaan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi perniagaan farmasi;
iii. Surat Pemakluman Perletakan Jawatan dari Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia.
i. Surat Tajaan PTPTN/ MARA/ bayaran persendirian;
ii. Surat pengesahan untuk bekerja dengan syarikat swasta tempatan/ IPT tempatan;
ATAU Sijil Pendaftaran Perniagaan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi perniagaan farmasi;
iii. Surat Pemakluman Perletakan Jawatan dari Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia.
5. Apakah implikasi kepada permohonan "Letter of Good Standing" (LGS)?
LGS tidak akan dikeluarkan kecuali :
LGS tidak akan dikeluarkan kecuali :
a)selepas tempoh 1 tahun dari tarikh meletak jawatan dari kerajaan;
b)LFM telah menerima yang berikut:
i. Pengesahan Lesen Racun Jenis 'A' telah dipulangkan kepada Bahagian Penguatkuasa Farmasi, ATAU
ii. Pengesahan pekerjaan.
i. Pengesahan Lesen Racun Jenis 'A' telah dipulangkan kepada Bahagian Penguatkuasa Farmasi, ATAU
ii. Pengesahan pekerjaan.
RINGKASAN KENYATAAN Y.B MENTERI KESIHATAN MALAYSIA:
TEMPOH KHIDMAT WAJIB PEGAWAI FARMASI DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DIPENDEKKAN DARI 3 TAHUN KEPADA 1 TAHUN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan khidmat wajib bagi semua graduan farmasi sejak tahun 2004 sebagai satu langkah untuk mengatasi kekurangan pegawai farmasi sebanyak 40% di KKM. Justeru itu, semua graduan farmasi diwajibkan untuk menjalani 1 tahun latihan dan 3 tahun khidmat wajib di KKM. Sehingga kini, sebanyak 89% jawatan pegawai farmasi telah pun diisi di KKM.
Bagaimana pun bilangan ahli farmasi dalam sektor swasta telah mengecil sehingga 45% dari jumlah ahli farmasi berdaftar yang melebihi 8600 orang dan kini industri farmaseutikal swasta pula menghadapi kekurangan pegawai farmasi. Bagi mengimbangi keperluan pegawai farmasi di industri farmaseutikal yang komited terhadap Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) dalam meningkatkan pengilangan ubat-ubatan generik tempatan supaya mampu bersaing di pasaran antarabangsa maka KKM telah mengambil inisiatif untuk memendekkan tempoh khidmat wajib bagi pegawai farmasi di KKM dari 3 tahun kepada 1 tahun. Inisiatif ini telah pun mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 14 September 2011 dan dikuatkuasakan serta merta. Dengan memendekkan tempoh khidmat wajib, bidang industri farmaseutikal tidak lagi perlu menunggu lama sehingga pegawai farmasi menamatkan tempoh 3 tahun khidmat wajib nya di KKM.
Langkah yang sedemikian juga dapat menyelesaikan kekurangan pegawai farmasi yang diperlukan sebagai tenaga akademik di 16 buah institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang menawarkan program Ijazah Farmasi dan 30 buah IPT tempatan yang menawarkan Diploma Farmasi. Kekurangan pegawai farmasi juga telah menjejaskan perkembangan bidang penjagaan kesihatan di sektor swasta seperti premis farmasi dan hospital. Melalui langkah ini akan menggalakkan lebih ramai pegawai farmasi tempatan untuk menceburi bidang farmaseutikal di sektor swasta yang kini terpaksa bergantung kepada pegawai farmasi dari negara lain.
reference : http://bpharmuitmgen5.blogspot.com/2011/10/dasar-kerajaan-terbaru-berkenaan.html?showComment=1320159588062#c1520864806728660153
reference : http://bpharmuitmgen5.blogspot.com/2011/10/dasar-kerajaan-terbaru-berkenaan.html?showComment=1320159588062#c1520864806728660153
Salam.saya sekarang pelajar tahun ke-2 kos farmasi di usm. Memang benar tentang isu yang diutarakan, sejak memasuki sem 2 kami sudah mula mendengar ura2 tentang kemungkinan terjadinya lambakan pharmacists di negara ini.kami yang ketika itu baru sahaja memasuki tahun pertama sudah mulai bimbang tentang laluan karier kami. Melihat tindakan kerajaan memendekkan tempoh khidmat kepada 1 tahun bagai mengukuhkan lagi kebimbangan kami.antara jalan penyelesaian yang boleh saya fikirkan adalah graduan farmasi sendiri perlu mencari alternatif lain selain bekerja di hospital, mungkin sebagai tenaga pengajar atau bekerja dengan pihak kastam.tetapi saya tetap merasakan adalah penting pihak kerajaan mula menetapkan kuota bilangan pelajar farmasi. Bidang farmasi bukan seperti bidang kedoktoran yang memang benar2 kekurangan. Tindakan harus diambil dengan cepat untuk mengelakkan lebih ramai graduan menjadi pengganggur.
ReplyDeletewslm, nice views Ika, i really appreciate it:)Do add my facebook at parisvanjawa@yahoo.com. I will consider u as my junior :)
ReplyDeleteSy baru je dpt surat lantikan SPA dan sijil pendaftaran sementara dari LFM. Sekarang tengah tunggu posting negeri mana2, baru dalam linkungan 3 minggu saya balik Malaysia.
InsyaAllah, awk dun worry, kursus professional tidak akan pernah kosong, akan ade je post2 baru akan diwujudkan nanti. Sekarang da ada ON CALL. Adeih..hhu
Sabah sarawak still byk kosong kalau semenanjung penuh, keje 2 tahun leh stop and focus ke retails farmasi plak ker or nanti bila da keje idea2 akan datang, so dun worry k. Just study heppily. InsyaAllah leh keje nye nanti.