Oleh Jumiati Rosly
jumiati@bharian.com.my
2011/11/06
MENCIPTA sejarah sebagai pemain pertama negara merangkul kejuaraan remaja Asia, Zulfadli Zulkifli kini hanya selangkah untuk merangkul gelaran dunia apabila dijadualkan bertemu pemain Denmark, Viktor Axelsen pada final Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan, hari ini.Namun halangan terakhir buat pemain kelab profesional KLRC itu bukan mudah kerana perlu menundukkan juara bertahan, Axelsen yang juga pilihan utama kejohanan dan berada di ranking ke-43 dunia.
Naib juara beregu lelaki tahun lalu itu bagaimanapun berdepan ujian getir pada final hari ini apabila bertemu pilihan pertama dari Taiwan, Huang Po Jui-Lin Chia Yu dalam final selepas Huang-Lin menyingkirkan pasangan Indonesia, Ronald Alexander-Selvanus Geh 21-19, 21-23, 21-15 di separuh akhir.
Nelson yang bergandingan Chow Mei Kuan bagaimanapun terkandas di separuh akhir acara beregu campuran selepas ditundukkan pasangan Indonesia, Ronald Alexander-Nuraidah Tiara Rosalia, 21-17, 20-22, 21-16.
No comments:
Post a Comment