Man 'arafa nafsahu, 'arafa rabbahu, faqad 'arafa rabbahu, fasadal jasadu..maksudnya Barangsiapa mengenal dirinya, kenallah Tuhannya, apabila kenal Tuhannya, binasa jasadnya...
Ayat di atas, pada sesetengah orang yang mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati, menerima ayat ini dari sudut keilmuan dalam konteks ianya adalah kata-kata hukama' (ahli hikmah), oleh kerana ada sebahagian ulama' mengatakan ianya bukan hadis Nabi saw. Justeru bagi memelihara diri dan wara' serta bimbang termasuk dalam sabda Nabi saw yang mengatakan, siapa-siapa mendakwa sesuatu itu dariku (Nabi saw), tetapi sebenarnya bukan dariku, maka nerakalah lebih layak baginya.
Jika kita buka link ini - Hadith: Siapa Kenal Dirinya Maka Kenal Tuhannya? kita mendapati beberapa pendapat dan pandangan ulama'. Bahkan ada ulama' yang mentafsirkannya dari sudut pandang keilmuan dan kefahaman yang mereka ada tetapi tidak lari dari kefahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.
Dalam Al-Hikam (Ibnu Athaillah), banyak terdapat kata-kata ahli hikmah, justeru banyak dari kalangan orang-orang soleh dan para wali seringkali mengeluarkan kata-kata hikmah dan sebahagian kata-kata hikmah itu terkumpul dalam kitab ini. Ramai guru-guru telah mensyarahkan kitab ini. Di Malaysia boleh dikatakan di setiap negeri ada ramai ustaz mengadap kitab ni. Di pondok-pondok, kitab ni boleh dikatakan antara yang perlu disyarahkan. Guru yang arif akan mensyarahkan kitab ini dengan baik.
Ok..balik kepada kalam hukama' - Man 'arafa nafsahu, 'arafa rabbahu, faqad 'arafa rabbahu, fasadal jasadu..maksudnya Barangsiapa mengenal dirinya, kenallah Tuhannya, apabila kenal Tuhannya, binasa jasadnya...
Jika kita mahu memahami ayat di atas secara lafzi semata-mata, rasanya sukar difaham. Untuk mudah memahaminya kita buka sedikit dari maksud ayat ini...
Saidina Ali ra pernah mengatakan: Aku menyembah Allah yang aku nampak...Pada sisi aliran fekah serta aliran orang yang mahu memahami satu-satu ucapan atau perkataan secara lafzi semata-mata (termasuklah ayat-ayat Al Quran dan hadis-hadis bukan hanya kata-kata hikmah tertentu sahaja), mana boleh kan? Nampak Allah yang disembah sebab Allah tu laisa kamitslihi syai'un, ertinya Allah itu tidak sama dengan segala sesuatu. Tetapi ulama' ilmu ketuhanan, tarikat, tasauf dan kerohanian menerima perkataan-perkataan ini dengan huraian ilmu dan kefahaman mereka. Ada lagi satu hadis sahih yang berkaitan, iaitu tentang ihsan, engkau menyembah Allah seolah-olah engkau nampak Allah, jika tak dapat, engkau yakinlah menyembah Allah seolah-olah Allah nampak engkau.
Yakin tu rasa yang ada di dalam hati. Saidina Ali ra melihat Allah dari matahatinya. Saidina Ali juga terkenal kisahnya tentang solat yang khusyuk. Al kisahnya, Saidina Ali terkena panah, apabila hendak mencabut anak panahnya keluar semasa keadaan biasa, terasa sakitnya. Lalu Saidina Ali ra mengatakan cabutlah anak panah itu ketika aku solat...Itulah keadaannya ihsan..Itulah maksud Saidina Ali ra yang mengatakan Aku menyembah Allah yang aku nampak. Itulah maksud kata-kata hikmah - Man 'arafa nafsahu, 'arafa rabbahu, faqad 'arafa rabbahu, fasadal jasadu..maksudnya Barangsiapa mengenal dirinya, kenallah Tuhannya, apabila kenal Tuhannya, binasa jasadnya. Jasad Saidina Ali seolah-olah binasa, tiada rasa sakit, tiada kesedaran sewaktu anak panah dicabut dari tubuhnya..Itulah maksud khusyuk dalam solat..Tentang khusyuk ni pun banyak juga huraian dan pendapat ulama', halaqian boleh membacanya dalam Ihya' Ulumuddin, Imam Al Ghazali rh..
Ulama' yang 'arif ilmu ketuhanan, sesetengah orang memanggil 'arifbillah, menghuraikan kalimah ismuz zat, lafaz jalalah Alif Lam Lam Ha "ALLAH" itu lebih mendetail. ZatNya, sifatNya, asmakNya dan af'alNya. Jadi dalam maksud perkataan Saidina Ali serta hadis ihsan itu, ulama' menghuraikan lagi maksud dan ertinya...Allah yang mana yang dimaksudkan oleh Nabi saw dan Saidina Ali itu?......Huraian tentang solat juga diperdalami dengan lebih mendetail dari sudut keilmuan tetapi rukun dan syarat sama sekali tak boleh diabaikan...rukun dan syarat itu diperincikan lagi ilmu dan kefahamannya....umpama nak makan kuih, supaya kuih lebih halus dan sedap terasa kelazatannya, lalu digali ilmu pembuatan kuih itu supaya kuih lebih berkualiti..Huraian tentang solat juga diperdalami dengan lebih mendetail dari sudut keilmuan tetapi rukun dan syarat sama sekali tak boleh diabaikan...rukun dan syarat itu diperincikan lagi ilmu dan kefahamannya....umpama nak makan kuih, supaya kuih lebih halus dan sedap terasa kelazatannya, lalu digali ilmu pembuatan kuih itu supaya kuih lebih berkualiti..
reference : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2943.80
No comments:
Post a Comment